Cerita Tentang [
Technical
]

PC Hardware Sudah Tidak Menyeronokkan!

Mungkin Aku sudah bosan memberitahu semua bahawa dunia komputer terutama berkaitan dengan "hardware" tidak lagi seronok.  Maklumlah sejak bertambah maju teknologi maka semakin mudahlah semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan setting dan pemasangan hardware. Tekonologi "Plug n Play" dan USB memudahkan segala-galanya.

Serendah-rendah spesifikasi komputer peribadi sekarang pun sudah mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan. Tidak seperti lima belas tahun dahulu, untuk membolehkan sesebuah komputer memainkan cakera VCD perlu di "upgrade" kad grafiknya kepada yang lebih baik atau terpaksa memasang kad MPEG!



Kini Aku boleh katakan seni untuk membuat modifikasi terhadap sistem komputer peribadi telah hampir pupus!  Seni "Overclocking" juga sudah tidak begitu popular dan kalau ada pun, caranya sudah menjadi begitu mudah, cuma masuk ke "BIOS" dan mencuba beberapa konfigurasi "multiplier" dan "bus speed" untuk mendapatkan kelajuan yang diingini. Dahulu semuanya dilakukan secara manual dengan kepakaran membaca  "motherboard layout" dan kemudiannya mengubah "jumper" yang terdapat pada "motherboard"!

Aku benci kerja mudah..lebih-lebih lagi kerja yang terlalu mudah. I.T. Technician zaman sekarang sudah hilang seni dan serinya. Tiada lagi cabaran kerana sekarang zaman "Truly Plug n Play"!



:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

8 comments

  1. walaupun hilang seninya tetapi sekarang menyenangkan kerja kita juga..

    sebut pasal overclocking...oh ya di mana pernah ku dengar dan lihat ya.

    ;P

    ReplyDelete
  2. Bila sudah senang... Tech support boleh hilang kerja.. Kesian mereka. Kerjaya saya bermula dengan Tech Support ..

    ReplyDelete
  3. He he he tak semua orang celik IT di tempat kerja jangan risau...

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. tak semua celik ITT

    Tapi bila sudah mudah, semua orang boleh jadi orang IT (First Level Support)

    ReplyDelete
  5. Betul tu, teringat balik masa motherboard zaman manual dulu. Seronok cucuk jumper.

    ReplyDelete
  6. Hehe.. itu pun part paling best.. baca mobo layout untuk cari jumper dan kemudian macam mana nak manipulate setting guna jumper (cucuk jumper) miss it so much! :D

    ReplyDelete
  7. aku pun tech support. skang dah jadi terlalu mudah. tapi kena la plak upgrade knowledge kepada hardware yang lagi kompleks..

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. Kena sentiasa upgrade agar tidak tertinggal.. Bidang yang kita ceburi ini teknologinya memang sentiasa berubah..

    ReplyDelete