Cerita Tentang [
Umum
]

Rokok Halal

Pada awal bulan ini (April), para perokok di negara ini dikejutkan dengan berita yang penuh sensasi yang dipetik oleh akhbar Kosmo. Menurut akhbar tersebut satu kajian di Belanda baru-baru ini mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok!

Aku pun tidak pasti sama ada berita ini boleh menyebabkan atau mematikan ketagihan bagi perokok yang beragama Islam di negara ini. Selama ini mungkin mereka tercari-cari sebab dan alasan yang kukuh untuk berhenti merokok. Nah.. sekarang ianya sudah menjelma di hadapan mata! - " Rokok Ada Sel Darah Babi"





Tetapi syarikat pengeluar rokok tidak akan duduk diam apabila barangan dagangan mereka diburukkan dan mungkin mereka mungkin akan bekerjasama dengan  JAKIM untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka :D


Mungkin ini penyelesaian untuk rokok yang dijual di negara ini - Akan ada logo halal JAKIM? Haha..

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

19 comments

  1. rokok xkan dapat logo halal dari jakim sebab merokok adalah haram...
     malas nak komen lebih2. nanti saya kena hentam balik tapi isu ni kami pernah bincang dalam kelas dengan lecturer

    ReplyDelete
  2. Hahaha..memang takkan pun.. Cuba fikir.. Merokok itu haram.. Bahan-bahan pun haram.. dan mendatangkan kemudaratan pada diri perokok dan orang lain!  Takkan tak cukup lagi sebab untuk yang dah terjebak tu untuk berhenti merokok?

    Konpius kadang-kadang dibuatnya..

    ReplyDelete
  3. MelodikaJiwaSepiApril 13, 2010

    haha...klaka lak kalo ader cop gitu..hahah

    ReplyDelete
  4. Untuk pasaran Malaysia kena ada logo halal :D

    ReplyDelete
  5. Untuk menghindarkan daripada terhisap rokok haram..haha

    ReplyDelete
  6. Mista BloggaApril 13, 2010

    anif,
    kalau tak reti2 jugak nak berenti merokok, aku pun tak tau nak cakap lagi... 

    ReplyDelete
  7. Memang dah tak tau nak cakap apa lagi pun...

    ReplyDelete
  8. rokok pon bole jd halal ke???aisyeh~

    ReplyDelete
  9. al-lavendariApril 13, 2010

    apa yang nak di hairankan sangat nif ..  arak yang dah jelas haram pun, bagi yang nak mimun, dia orang belasah juga !

    ReplyDelete
  10. Buat lawak jer dengan gambar tu..

    ReplyDelete
  11. Hmmm betul juga tu.. yang terang-terang haram pun belasah juga. Inikan pula yang tak berapa jelas!

    ReplyDelete
  12. alfa julietApril 13, 2010

    yes kenapa ada tanda halal??

    ReplyDelete
  13. Lawak jer la tu.. Cut n Paste!

    ReplyDelete
  14. Afiq IzzatApril 13, 2010

    mmg ada fatwa negeri yg haramkan rokok nie..ssh nk banteras gejala nie sb pihak atasan ttp nk staykan rokok sbg smber pndpatan ngara..aduss..
    dh mmg sah2 rosakkan kshtan, ttp ada jgk org nk mrokok..

    ReplyDelete
  15. Saya ada idea menarik..  Daripada letak logo halal kat kotak rokok tu.. apa kata letak tanda -Non Halal- kat kotak rokok tu!

    ReplyDelete
  16. Mungkin kalau ada logo sebegini di kotak rokok akan menghapuskan terus penghisap rokok muslim.

    ReplyDelete
  17. Zahidah MaulidaApril 14, 2010

    rokok. membahayakan kesihatan. memudaratkan diri. jadi haram. adoii tak payah la nak halal2 bagai...

    ReplyDelete
  18. Itu pnadangan sinis saya mengenai isu ini dari kaca mata pengilang/pengedar rokok. Harap maklum :D

    ReplyDelete
  19. Dan ini pula pandangan sinis saya mengenai isu ini dari kaca mata kerajaan - http://www.anif.co.cc/2010/04/kalau-ada-logo-ini-berani-nak-hisap.html :D

    ReplyDelete