Cerita Tentang [
Ubat
]

Cili - Raja Segala Ubat?

Cili - Raja Segala Ubat?
Lebih dari 3,000 kajian saintifik dinyatakan di dalam US National Library of Medicine, menyokong penggunaan cili dalam mencegah dan melegakan banyak penyakit umum.  

Cili juga dinyatakan di dalam world pharmacopoeias (senarai ubat rasmi). Menurut American physicians Desk Reference, beberapa jenis ubat juga mengandungi ramuan yang dibuat cili.

Cili dapat mencegah kanser, penyakit jantung, angin ahmar, bekuan darah, obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, bronkitis, emfisema, batuk dan selsema dan radang perut.

Digunakan sebagai makanan, rempah dan ubat herba selama lebih dari 9000 tahun, cili dikatakan baik untuk buah pinggang, limpa, pankreas, paru-paru dan jantung. Ketika era Victoria, cili digunakan sebagai agen pemanasan dalam mengubati arthritis, kesejukkan, rheumatism, terseliuh dan depresi.




Sekitar 12% daripada cili terdiri daripada capsaicin, sebatian yang membuat rasanya pedas. Ini adalah komponen utama sifat ubat yang ada pada cili. Kebanyakkan ubat penahan sakit komersial mengandungi capsaicin.

Rupa-rupanya banyak kebaikkan cili, cuma kita yang tidak menyedarinya. Berdasarkan pemahaman Aku terhadap artikel yang disiarkan di Consumers Association of  Penang atau CAP, diantara kebaikan cili ialah:

  • Oleh kerana cili secara semulajadinya mengandungi "capsaicin", ia boleh digunakan untuk melegakkan kesakitan, pening kepala atau ketidakselesaan badan yang biasa. Lupakan panadol, nikmatilah makanlah makanan pedas untuk melegakkan kesakitan!
  • Sifat utama cili yang pedas itu secara tidak langsung merangsang pelepasan hormon endorfin iaitu hormon "Feel Good" di Otak, secara langsung menyebakan kita merasa selesa, tenang dan gembira.(Mood Enhancer).
  • Cili segar mengandungi dua kali ganda Vitamin C berbanding Oren dan Nenas.
  • Memiliki sifat anti oksidan yang tinggi iaitu agen penghalang kanser.
  • Merangsang peredaran dan memperbaiki peredaran darah di dalam badan.
  • Membantu penurunan berat badan. Merujuk kepada artikel yang disiarkan di Kosmo pada keluaran 29 April 2010 - Cili Boleh Kuruskan Badan

    Rujukkan dan maklumat lebih lanjut sila layari - Chillies - Hot healer for many illnesses. Artikel ini telah membuka mata dan memberi ilmu tentang kehebatan cili. Selain itu ia juga telah banyak memperbetulkan banyak salah tanggapan terhadap cili. Mulai sekarang, jangan risau bila menikmati makanan yang pedas! Ia juga baik untuk kesihatan..


    Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
    :) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

    10 comments

    1. cili ---> cirit

      ReplyDelete
    2. Betul tu.. itu kesan sampingan jika diambil terlalu banyak dan ada sesetengah orang yang perutnya memang tidak tahan pedas :D

      ReplyDelete
    3. alfa julietMay 05, 2010

      memang kalau banyak akan beri effect....contoh gastrik..

      ReplyDelete
    4. Berpada-pada bila memakannya, perlu tahu juga tahap keupayaan diri sendiri :D

      ReplyDelete
    5. Mista BloggaMay 05, 2010

      oppsss.. mau yang panas2 saja.. hehe

      ReplyDelete
    6. Panas dan pedas adalah satu kombinasi ekstrim yang pelik :D

      ReplyDelete
    7. brat2104May 05, 2010

      suka pedas.. tp kalau mkn pedas masa panas.. aish..

      ReplyDelete
    8. Wahaha.. makan pedas masa panas = pedas berpanas tu :D

      ReplyDelete
    9. aku suke pedas..tp air pon laju je..heheehe

      ReplyDelete
    10. azizan4444 - Biasalah tu pedas, kenalah minum air :D

      Tapi untuk lebih cepat hilangkan pedas.. makanlah roti atau aiskrim :D

      ReplyDelete