BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Mei 2010

Teh Tarik Session - Siri 1

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti tidak rasmi alumni. Memang sukar untuk mengumpulkan rakan-rakan di zaman persekolahan, apatah lagi setelah sekian lama tidak berjumpa dan masing-masing telah mempunyai pelbagai komitmen.

Momentum Berterusan

Sekurang-kurangnya hasil usaha Aku yang tidak seberapa ini, sedikit sebanyak telah membantu mengesan seberapa banyak rakan-rakan melalui Projek Wachaaaaaaaaa yang dilancarkan pada akhir 2005.  Alhamdulillah, momentum projek itu diteruskan di Facebook sehingga kini.

Menunggu Terlalu Lama?

Masalah utama tentang batch kami ini ialah, kami menunggu terlalu lama untuk mengerakkan usaha untuk mengumpulkan semula rakan-rakan. Sepatutnya kami bermula sebaik sahaja meninggalkan sekolah. Kini setelah lebih 19 tahun, baharu ada sedikit gerakkan. Ada sesetengah rakan-rakan sudah tidak berminat dan tidak ambil peduli aktiviti yang dianjurkan..

Alasan Popular Untuk Tidak Menyertai Reunion


Pelbagai alasan yang diberikan bagi mereka yang tidak berminat untuk menyertai aktiviti seringkas "teh tarik session" tetapi antara alasan yang paling popular ialah:

  • Malu sebab berat badan sudah meningkat.
  • Sudah ada program lain.
  • Anak tiada orang jaga.
  • Anak ramai.
  •  
    Serta pelbagai alasan lain yang sukar diterima akal :D  

    Semoga Terbuka Hati Mereka

    Walau apa pun, Aku mengharapkan semoga lebih banyak aktivi akan dijalankan sepanjang tahun 2010. Harap-harap mereka yang sebelum ini amat liat untuk berjumpa akan terbuka hatinya. Insyallah.


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan