Teh Tarik Session - Siri 2

Kalau kita tidak melakukan sesuatu perkara yang istimewa, ataupun mempunyai personaliti yang unik tentu kita sukar untuk diingati!

Tiada Dalam Memori?

Oh! itulah yang berlaku .. Setiap kali pergi ke acara perjumpaan terutamanya berkaitan alumni, pasti tidak ramai yang mengingati Aku!  Rasanya ini adalah perkara biasa yang berlaku di kalangan rakan-rakan perempuan. Mujur bagi rakan-rakan lelaki tiada masalah tersebut!




Eh! Kau Dah Besarlah!


Bagi yang mengenali pula pastinya ayat pertama yang terkeluar ialah:  "Eh! Kau Dah Besarlah!" Haha nampak sangat Aku seorang yang bertubuh kecil semasa di sekolah dulu. :D



Umpama Berada Dibawah Radar 


Menjadi "nobody" di zaman persekolahan umpama berada dibawah radar pengesan. Sama ada kewujudan anda disedari atau tidak mungkin tidak memberikan kesan kepada yang lain.  Aku rasa la...

Apa-apa pun Aku sangat gembira dengan  Sesi "Teh Tarik" tersebut! Patut diadakan lagi dengan skala yang lebih besar!


0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™