BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Julai 2010

Dicakar Kucing

Kejadian berlaku masa balik ke kampung tempohari.  Disebabkan menonton perlawanan bola sepak piala dunia, akhirnya kami tidur dihadapan TV. Tidak tahu pula yang Abah ada membela seekor kucing. Menurut adik kucing itu datang sendiri ke rumah..

Mungkin pada kebiasannya di situ tiada orang tidur, kucing itu pun lalu di situ seperti biasa. Apabila menyedari terdapat ramai orang yang sedang tidur diatas lantai, kucing tersebut panik!  Hendak dijadikan cerita kucing tersebut melompat dan berlari diatas orang yang sedang tidur.


Nasib memang tidak berapa baik, dalam kelam kabut itu Aku telah "dicakar" oleh kucing tersebut.



Memang terkejut sebab tiba-tiba tangan dan badan terasa pedih.. tetapi malas hendak membuka lampu dan terus menyambung tidur.  Pagi itu baru perasan yang tangan dan badan ada kesan cakaran kucing! Patutlah pedih semacam!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan