BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 Julai 2010

Telur Pindang

Kalau berkunjung ke majlis perkahwinan di negeri Johor, jangan terkejut sekiranya anda menerima telur ayam yang bewarna gelap ini. Ini ialah "Telur Pindang"! Ia juga merupakan antara kelainan makanan didalam majlis perkahwinan di Johor.

Sayangnya sekarang tidak ramai yang mengamalkan tradisi ini sekarang, sebaliknya mereka menggantikannya dengan gula-gula serta makanan ringan. Mungkin kerana untuk membuatnya memakan masa yang panjang menyebabkan ia dipinggirkan.



Gambar kredit - Wiki



Bila menghadiri majlis perkahwinan di sekitar Johor, kadang-kadang terdetik difikiran sama ada pihak tuan rumah ini akan memberi "Telur Pindang" ketika sedang makan atau meninggalkan majlis nanti.

Tetapi peluang untuk mendapat "Telur Pindang" ini biasanya lebih cerah jika dapat menyertai acara menepung tawar kerana selesai acara kita akan mendapat cenderahati berupa bunga telur.. dan biasanya bunga telur di Johor diisikan dengan "Telur Pindang". :D





Menurut artikel Wiki - http://ms.wikipedia.org/wiki/Telur_pindang

Telur pidang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamaan di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.

Telur pidang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.

Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai.

Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.


Teringat semasa kecil dahulu, ketika balik daripada majlis perkahwinan. Sebaik sahaja sampai ke rumah terus membuka bungkusan cenderahati yang diterima oleh emak. Seronok bukan kepalang bila emak mengatakan didalamnya terdapat telur. Segera mencarinya tetapi tidak jadi hendak memakannya kerana warna gelap serta menyangkakannya ia telah busuk! Nasib baik juga tidak membuangnya ke tong sampah! Mujur emak menerangkan yang ia adalah "Telur Pindang" yang istimewa dan sangat susah untuk membuatnya.

Perkara yang sama juga sering berlaku kepada orang yang bukan berasal dari Johor kerana menyangka yang telur itu sudah rosak dan tidak boleh dimakan!  Janganlah dibuang.. kalau tidak tentu terlepas peluang untuk menikmati keenakannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan