BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Julai 2010

USB Flash Drive - Siri 1

Di atas meja pejabat, ada 5 buah USB Flash Drive ataupun lebih dikenali sebagai ThumbDrive dan Pen Drive.  Apa nak dihairankan kerana ini merupakan pemandangan biasa dikebanyakkan pejabat sekarang. Maklumlah selepas berakhirnya era Floppy Disk, media storan ini adalah pengganti sempurnanya.



Walaupun USB Flash Drive ini amat berguna untuk menyimpan data, ia juga merupakan mimpi ngeri kepada kebanyakkan System Administrator.  Malah ada sesetengah syarikat telah mengharamkan penggunaannya atas tujuan keselamatan.

Disebabkan ia merupakan pengganti sempurna kepada Floppy Disk, maka ia juga mewarisi kelemahannya. USB Flash Drive merupakan antara punca utama kepada penyebaran Virus!




Percayalah jika ia tidak diimbas dengan sempurna (menggunakan perisian Anti Virus) ketika hendak menggunakannya, banyak Virus yang merbahaya boleh masuk kedalamnya atau dipindahkan keluar dengan mudah.

Hal ini biasa terjadi terutama jika berkongsi menggunakannya pada beberapa komputer yang tidak dilindungi dengan perisian Anti Virus. Kemudian ditambah pula dengan adanya sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi serta rangkaian setempat, pastinya akan mempercepatkan lagi kesan penyebaran dan kerosakan!

Kerana ThumbDrive, System Administrator boleh "mereng" buat seminggu dua...


Artikel berkaitan:

Floppy Disk
Anti Virus




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan