BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Julai 2010

USB Flash Drive - Siri 2

Walaupun USB Flash Drive tidak berapa disukai oleh System Administrator, kegunaannya yang begitu mudah serta dapat menyimpan data dalam kapasiti yang  besar menyebabkan ia begitu disenangi sebagai media storan luaran yang popular. Faktor harganya yang rendah juga mendorong kepada peningkatan penggunaannya. 

Selain daripada digunakan sebagai media storan luaran, USB Flash Drive juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows Vista dan Windows 7.



Fungsi peningkatan prestasi di dalam sistem pengoperasian Windows dikenali sebagai ReadyBoost. Untuk mengaktifkan ReadyBoost amat mudah. Cuma pasang ThumbDrive diport USB dan sistem pengoperasian Windows akan memaparkan screen untuk pengguna membuat pilihan samada untuk mengunakan Flash Drive tersebut untuk tujuan storan atau peningkatan prestasi (ReadyBoost).


Apabila pemilihan sudah dibuat, pengguna dikehendaki menyatakan had kapasiti yang mahu digunakan sebagai ReadyBoost atau bersetuju dengan cadangan sistem pengoperasian Windows.


"When you set up a device to work with ReadyBoost, Windows shows you how much space it recommends you allow it to use for optimal performance. For ReadyBoost to effectively speed up your computer, the flash drive or memory card should have at least 1 gigabyte (GB) of available space. If your device doesn't have enough available space for ReadyBoost, you'll see a message telling you to free some space on the device if you want to use it to speed up your system."

http://windows.microsoft.com/en-MY/windows7/Using-memory-in-your-storage-device-to-speed-up-your-computer



Namun tidak semua USB Flash Drive boleh digunakan untuk mengaktifkan fungsi ReadyBoost pada Windows. Biasanya USB Flash Drive yang dibuat pada 2006 atau sebelumnya tidak boleh digunakan untuk tujuan tersebut kerana ia tidak menepati kriteria kelajuan minimum yang diperlukan.

Jadi apa lagi yang ditunggu. Daripada dibiarkan ThumbDrive yang ada berlebihan disimpan, lebih baik ia digunakan untuk meningkatkan prestasi komputer! Sebenarnya ini merupakan penyelesaian murah dan mudah bagi meneningkatkan prestasi komputer tanpa menambah RAM.

Artikel berkaitan:

USB Flash Drive - Siri 1





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan