Hari Aiskrim Sekeluarga - Siri 2

Sebaik sahaja membuat entry berkenaan berbuka puasa di restoran makanan segera tempohari, keseokannya harinya kami ke sana.  Tetapi bukanlah untuk berbuka puasa sebaliknya singgah kerana Nurin Iman mengadu lapar setelah balik dari membeli persiapan hari raya.

Sinonim bukan, bila sudah penat membeli belah dan berjalan-jalan tentu lapar!


Ingatkan bila sudah lepas waktu berbuka semakin kurang pelanggan tetapi apa yang berlaku agak mengelirukan. Semakin malam semakin ramai pelanggan sehinggakan untuk mendapatkan tempat duduk pun agak sukar. 

Ini semua pada hemat kami berpunca daripada perkhidmatan WiFi percuma yang disediakan. Seronok ber WiFi percuma di sini agaknya!


Mujur restoran ini perihatin dan membuka ruangan "reserve" yang selalunya digunakan hanya apabila ada keperluan mengadakan acara. 

Akhirnya setelah dua tiga kali berpusing-pusing mencari,dapatlah kami sekeluarga duduk. Itupun setelah ada beberapa orang yang keluar dari kawasan itu.


Kalau masih tidak dapat duduk, pilihan yang terakhir ialah untuk membeli bungkus dan bawa pulang! 

Pastinya pilihan tersebut akan ditentang habis-habisan oleh kedua-dua anak kami kerana mereka bukan sekadar mahu makan di situ tetapi bermain di bilik permainan mini yang disediakan. Memang sudah menjadi acara wajib bagi mereka.



Bila sudah penat bermain, berehat sebentar dan kemudiannya terus makan aiskrim. Anak-anak dengan aiskrim memang tidak dapat dipisahkan.



0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™