Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Rasanya ada diantara kita yang sudah sampai ke kampung halaman. Maklumlah anak-anak sekolah pun sudah mula bercuti, kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk pulang awal  ke kampung. 

Insyallah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung pada hari Khamis sebaik sahaja segala urusan di tempat kerja diselesaikan. Tahun ini hanya 2 hari diperuntukan untuk cuti hari raya iaitu pada 13 dan 14 September 2010.  Untuk cuti yang sesingkat ini, Insyallah akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk berziarah.

Sempena dengan kehadiran Syawal yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" pada semua. Disamping itu kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang "berblog" serta "bersiosial secara maya" ada menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak disengajakan.



Tiada kad atau gambar untuk menyokong "entry" kali ini cuma ucapan  "Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir Dan Batin" dalam bentuk Bar Code.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin"








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™