BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Oktober 2010

Liberalisasi Untuk Maju?

Membaca Bab 13, Program Transformasi Ekonomi  (Communications Content and Infrastructure – Driving the Transition to a Knowledge Based Society) dan tertarik dengan Exhibit 13-1 yang menyatakan bahawa sektor telekomunikasi telah berjaya menyumbang sebanyak 4.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 
  
 Exhibit 13-1

Kejayaan ini dianggap cemerlang kerana angka ini juga merupakan antara yang tertinggi berbanding negara Asia yang lain. 

Sebenarnya kejayaan ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana kadar penembusan terhadap alatan telekomunikasi seperti telefon bimbit telah menunjukkan aliran peningkatan pada setiap tahun.

Kejayaan ini turut disumbang oleh langkah kerajaan yang telah meliberalisasikan sektor ini pada awal 1990an dahulu.  Malah dengan keputusan kerajaan menghapuskan cukai jualan terhadap alatan telekomunikasi seperti telefon bimbit pada Bajet 2011 pastinya akan merancakkan lagi sektor ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Nampaknya ini adalah satu contoh dimana liberalisasi yang membantu meningkatkan KDNK (GDP) sesuatu sektor ekonomi.   Adakah ini adalah petunjuk dimana proses liberalisasi akan berlaku dengan lebih pantas di sektor ekonomi yang lain?



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan