BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Oktober 2010

Malware Lagi?

Pagi tadi blog telah digegarkan oleh satu komen daripada Encik Imran mengenai kewujudan "Malware" di sini! Terkejut juga pada mulanya kerana Mozilla Firefox yang digunakan serta Google Chrome tidak memberikan apa-apa amaran mengenainya.

Memandangkan isu "Malware" merupakan satu isu yang agak "serious",  Segera mengemaskini Google Chrome kepada versi  7.0.517.41.  Lagipun semalam baharu sahaja mengemaskini Mozilla Firefox.

Oleh kerana menurut Encik Imran, beliau mendapat mesej berkenaan "Malware" ketika menggunakan Google Chrome,  adalah baik juga jika Google Chrome turut dikemaskini.



Sebaik sahaja Google Chrome dikemaskini, segera membuka url blog dan ternyata memang benar ada link "Malware" pada blog ini dan "Malware" itu berpunca daripada imcurtain.com!




Bila punca sudah dikenal pasti, terus mengemaskini blog dan membuang link yang bermasalah.

Nampaknya satu lagi perkhidmatan "Blog Pinger" telah diserang. Diharap pihak pentadbir halaman web berkenaan mengambil langkah perlu bagi membendung serangan. Sayang jika perkhidmatan yang baik dirosakkan oleh hal-hal yang sedemikian.




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan