BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 November 2010

Jangan Jadi Kaki Komplen

Kadang-kadang mahu tergelak mendengar rungutan segelintir manusia mengenai bebanan kerja serta ketidakpuasan hati mengenai kerjaya mereka. Ada sahaja isunya untuk dijadikan bahan kutukan serta melepaskan geram.

Memang benar, kadang-kadang ada meritnya rungutun tersebut dan ada juga yang terlalu remeh untuk dijadikan isu. Kebiasaannya ia cumalah isu remeh yang digembar gemburkan! Tidak perlu campur tangan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya.




Sehebat mana sekalipun kerjaya seseorang itu tentu ada masalah yang bersangkutan dengan kerjaya tersebut. Dari yang berpendapatan rendah sehingga yang berpendapatan tinggi serta yang bekerja sendiri pastinya setiap daripada mereka ada isu yang berkaitan dengan kerjaya mereka. Cuma bagaimana mereka menyelesaiakn isu tersebut yang membezakan mereka dengan yang "kaki komplen!"

Apa pun isunya, janganlah sekali kali sampai menghina tempat kita mencari rezeki. Kalau isu tersebut sudah berlarutan dan sudah tidak lagi dibendung lagi, adalah lebih baik berfikir bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah secara lebih kreatif.

Jika didapati tidak ada lagi jalan penyelesaian, mengundur diri secara terhormat adalah lebih baik. Bertukar ke kerjaya lain. Mungkin ada kerjaya yang lebih baik serta kurang masalah diluar sana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan