BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 November 2010

Menderma Organ - Adakah Anda Bersedia?

Semalam kami sekeluarga pergi ke Plaza Angsana. Tujuan utamanya ialah untuk mencari buku-buku latihan tambahan buat Nurin Iman dan mencari buku yang sesuai untuk Nurin Amani.

Pada mulanya memang itulah tujuan utama tetapi apabila terpandang ada kempen menderma darah yang sedang berlangsung terus mengubah sedikit rancangan asal. Mula-mula pergi ke kedai buku dan selepas itu menderma darah. 



Kali terakhir  menderma darah tahun 2009. Memang sesuai sangatlah kerana tahun 2010 masih belum menderma lagi. Sejak mula menderma darah 2 tahun yang lepas, memang telah menetapkan sasaran untuk menderma sekurang-kurangnya sekali setiap tahun Insyallah. Alhamdulillah nampaknya ia masih lagi berada dilandasan yang betul.


Ada kelainan ketika hendak menderma darah kali ini. Kempen kali ini disertakan sekali dengan Kempen Menderma Organ. Ketika hendak mengisi borang menderma darah, petugas di situ telah mengedarkan risalah berkaitan dengan menderma organ.

Terkejut pada mulanya apabila ditanya sama ada berminat untuk menderma organ. Berdasarkan daripada reaksi terkejut, petugas tersebut tahu yang Aku belum bersedia tetapi beliau segera memberitahu bahawa untuk menjadi penderma organ perlu buat sedikit perbincangan dengan ahli keluarga terdekat dahulu agar tidak timbul sebarang masalah dikemudian hari. Aku mengangguk tanda faham.

Insyallah jika dibukakan hati Aku akan menjadi penderma organ tetapi sebagai langkah perrmulaan, Aku mulakan dahulu dengan perkara yang termampu dahulu iaitu menderma darah..

Yang pastinya untuk menderma organ tentunya memerlukan kekuatan dalaman yang jitu. Memang Aku tabik kepada beberapa individu yang mendaftar sebagai penderma organ dikempen tersebut tanpa banyak cerita.

Kalaulah Aku diberi kekuatan sebegitu.. Menderma Organ - Adakah Anda Bersedia?








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan