BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

03 Disember 2010

Air Asia Dan Kawan-Kawan Sabah

Sebentar tadi Aku sempat menjenguk ke akuan ChurpChurp untuk memeriksa kempen pengiklanan terbaharu yang diberikan oleh pihak mereka. Bila terbaca promo terbaharu AirAsia X  mengenai New Zealand,

"Planning your holidays ahead? Starting from only RM199, AirAsiaX is now offering direct flights to Chirstchurch New Zealand! Hurry! Share this exciting adventure!"

Tiba-tiba teringat kenangan semasa di Universiti...

Maklumlah semasa belajar ada kawan-kawan yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Bila berbual-bual sesama mereka tentunya akan terkeluar cerita balik kampung. Bagi mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak, tentunya cerita mengenai kampung akan membuat mereka sedikit sedih.

Rasanya pada zaman itu peluang untuk balik ke kampung hanya sekali sahaja setahun melalui tajaan. Kalau hendak balik sendiri tentunya keadaan kewangan tidak mengizinkan kerana syarikat penerbangan kadar murah masih belum wujud lagi.

Satu-satunya cara untuk mendapatkan tambang murah ialah melalui AYTB (Asean Youth Travel Bureau). Dengan adanya keahlian ini para pelajar dapat menikmati potongan sebanyak 50%  daripada kadar tambang penerbangan  biasa dengan syarat mereka dimasukkan didalam senarai menunggu.  

Susah bukan.. Untuk balik ke kampung kalau tambang mahal dan kadang-kadang terpaksa bermalam di lapangan terbang!






Kini dengan hanya RM199 seseoang itu sudah boleh sampai ke New Zealand!  Buat tempahan tiket dalam talian bermula hari ini sehingga 5 Disember 2010, bersedia apa yang patut dan menjelang bulan April  2011 sudah boleh pergi ber "bungee jumping" di New Zealand!

Amacam ada berani? -  New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.
Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan