Cerita Tentang [
Realiti
]

Tidak Cukup Nakal

Seorang kawan mengutarakan pendapat (teori)  ini, "Kalau seseorang itu terlalu baik perempuan susah nak sangkut!"  Tambahnya lagi.. "Sedikit gila-gila, nakal serta sikap mudah mesra penting untuk menarik perhatian perempuan!" 

Ini pula pendapat Aku.. "Kalau mahu menarik perhatian perempuan kena ada keyakinan diri!"

Kalau tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi apa yang dicita takkan tercapai. Kalau sudah berkeyakinan, buat apa pun Insyallah akan menjadi walaupun muka tidak berapa lawa.




Berdasarkan pemerhatian terhadap rakan-rakan yang lain,  memang benar lelaki yang agak gila-gila dan nakal akan bertemu jodoh lebih awal daripada yang biasa-biasa ini. 

Tetapi kami berdua juga bersetuju, kebanyakan rakan-rakan yang dikategorikan sebagai nakal itu sememangnya terdiri dari mereka yang berkeyakinan tinggi. Jadi pendapat kami berdua ada juga meritnya :)

Patutlah Aku lewat berkahwin! Mungkin dahulu Aku tidak cukup nakal. Haha..


Kredit gambar,  IMDB


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment