Teka-Teki
Januari 31, 2010
31 Januari 2010
30 Januari 2010
Blog
Januari 30, 2010
Tiada Komen!
Alhamdulillah, akhirnya blog ini telah pun berjaya di "transformasi" dengan jayanya. Walaupuan pada awalnya terdapat beberapa masalah, ianya berjaya diatasi kecuali masalah yang berkaitan dengan "komen". Komen yang lama ada yang telah terpadam dan kalau ada pun "user" telah bertukar menjadi nama Aku. Ishh..
Maaf Tiada Komen! |
28 Januari 2010
Realiti
Januari 28, 2010
Terjebak Dalam Hutang - Cerita Kedai Kopi
Antara topik yang tidak diajar semasa di sekolah dan universiti secara formal ialah Pengurusan Kewangan Peribadi. Ramai yang menganggapnya tidak penting kerana fokus utama tentunya terhadap pelajaran dan kemudiannya mendapatkan pekerjaan yang bergaji besar!
Terjebak Dalam Hutang |
Sebenarnya pegurusan kewangan perlu didedahkan terhadap setiap manusia sebaik sahaja mereka mengenal wang sebagai perantaraan pertukaran. Bagi keluarga yang mempunyai kesedaran tinggi tentang pengurusan kewangan, perancangan mereka bermula sejak anak masih berada didalam kandungan lagi!
Ramai diantara kita terjebak didalam masalah kewangan disebabkan kurang kesedaran tentang bagaimana untuk mengurus sumber pendapatan dan perbelanjaan dengan baik. Malah ramai yang terjerumus ini sebenarnya terdiri daripada professional muda yang sepatutnya tahu bagaimana untuk mengurus kewangan diri dengan baik.
Bagaimana Boleh Terjebak?
Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan mereka ini terjebak sebaik sahaja mereka mendapat pekerjaan pertama. Harus diingat kebanyakkan dari graduan, semasa belajar tentunya ada mengambil pinjaman dengan JPA, MARA, PTPTN dan Yayasan Negeri. Maksudnya sebaik sahaja tamat belajar, hutang telah sedia menunggu!
Menambah Hutang Kedua
Biasalah bila sudah mula bekerja dan mendapat pendapatan yang agak baik, mereka berhasrat pula meningkatkan taraf hidup. Kalau dahulu menaiki kenderaan awam atau bermotorsikal, sudah sampai masa untuk membeli kereta. Mula menambah hutang kedua. Bayaran deposit minimum dan tempoh pinjaman maksimum 9 tahun. Tidak mengapa kerana mereka masih bujang dan pastinya mampu untuk menanggung dua hutang.
Bila sudah berkereta, tentulah tidak menarik jika tidak dipasang dengan aksesori. Orang mudalah katakan.. Sport rim! Oh itu sudah pasti.. Tayar import berprofil rendah! Sistem audio hebat yang menyokong iPhone, teknologi Bluetooth berserta skrin sesentuh dan GPS! Semua yang dihajati semasa zaman belajar cuba dipenuhi. Kemudian bila mula berkira-kira untuk membeli, barulah menyedari.. "Oh kena simpan sedikit wang dahulu baru boleh membeli sistem audio idaman itu". Alhamdulillah akhirnya terdetik untuk menyimpan!
Menambah Hutang Ketiga
Satu hari ketika berjalan di sebuah pusat membeli belah, didatangi seorang agen kad kredit yang comel. Agen tersebut menyakinkan yang anda mampu untuk untuk memiliki barangan yang dihajati dengan menggunakan kad kredit! Beli dahulu, bayar kemudian dan cuma perlu bayar minimum 5% setiap bulan keatas baki tertunggak. Wah! hebat! Tidak tahu ada produk kewangan sebegini hebat ada dipasaran! Err.. tanpa disedari mula menambah hutang ketiga!
Ada kereta cantik dan pekerjaan yang bagus. Mesti ada wanita yang menyukai dan disukai. Masa berlalu, dimulai dengan perkenalan, akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin. Setelah berkira-kira dan mencongak. "Err kena mula menyimpan, kalau tidak tidak sempat untuk kumpul wang untuk hantaran serta belanja perkahwinan". Alhamdulillah akhirnya terdetik sekali lagi untuk menyimpan!
Menambah Hutang Keempat
Satu hari ketika melakukan "blog walking" dan "online banking" di internet, ternampak iklan mengenai pinjaman peribadi. Tanpa penjamin, mudah dan kelulusan segera! Boleh menyelesaikan apa sahaja masalah dan perkara yang dihajati. Sambil berkira-kira dan mencongak, "Hmmm ok lah.. mohon pinjaman peribadi, bila dah dapat wang pinjaman itu nanti, boleh menyelesaikan hutang kad kredit dan buat belanja perkahwinan." Nak pinjam berapa agaknya? RM30,000 cukup rasanya.. Apa-apa hal pun perkahwinan perlu disegerakan. Hutang nanti boleh dibayar kemudian. Err.. tanpa disedari mula menambah hutang keempat!
Hutang Keempat Menghapuskan Hutang Ketiga!
Jika sudah ada empat hutang yang perlu dibayar. Eh! Tiga sebenarnya, sebab pinjaman keempat menghapuskan pinjaman ketiga. Uish bijak juga strategi ini! Ambil hutang untuk hapuskan hutang lain! Tetapi realitinya masih tidak akan meredakan keadaan. Kalau semua hutang tersebut telah pun merangkumi 50% atau lebih dari pendapatan, anda telah pun dikira terjebak!
Lebih kurang begitulah situasi dimana mereka ini terjebak pada awalnya. Mungkin menyangka yang mereka ini mampu untuk membayar hutang tanpa mengambil kira langsung hal-hal kecemasan yang bakal berlaku dan keadaan ekonomi semasa. Atau mereka juga menyangka yang langit sentiasa cerah, jadi tak perlulah menyediakan payung sebelum hujan!
Apa-apa pun berhati-hatilah ketika mengambil hutang baru terutamanya hutang kad kredit. Kalau boleh mula menyimpan seawal mungkin. Berhutang tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan mendatangkan masalah yang lebih besar jika tidak mampu membayarnya.
Sebagai panduan sila muat turun E-Book ini secara percuma.
25 Januari 2010
Tips
Januari 25, 2010
Cara Mengutip Hutang!
Teringat dahulu semasa aku belajar di universiti. Kadang-kadang kalau terputus duit terpaksalah meminjam dari rakan-rakan. Alhamdulillah biasanya ada yang sudi menolong dan bila sudah ada duit, aku akan cepat-cepat membayarnya semula.
Adat pelajar, kadang-kadang kita meminjam dan kadang-kadang kita memberi pinjam. Tetapi apa yang menjengkelkan bila kita memberi pinjam.. Si peminjam bila sudah ada duit buat-buat lupa pulak! Tidak mahu melangsaikan hutang! Ciss!
Tips Mengutip Hutang Dari Kawan Baik! |
Peminjam Buat-buat Lupa!
Adat pelajar, kadang-kadang kita meminjam dan kadang-kadang kita memberi pinjam. Tetapi apa yang menjengkelkan bila kita memberi pinjam.. Si peminjam bila sudah ada duit buat-buat lupa pulak! Tidak mahu melangsaikan hutang! Ciss!
Cara Mengutip Hutang Pantas. |
Strategi Mengutip Hutang
Untuk golongan semacam ini, aku gunakan strategi paling mudah untuk mengingatkan dan seterusnya mengutip hutang! Mula-mula besedia untuk buat muka tidak malu (sepatutnya yang berhutang tu yang patut malu). Kemudian perhatikan keadaan sekeliling, lebih ramai orang lebih bagus. Ketika siberhutang itu lalu atau sedang melepak dengan teman wanitanya, aku akan terus memanggil namanya dengan agak kuat seterusnya mendekatinya..
"Lu pakai duit gua RM10 bila nak bayar?"
Malu Berhutang?
Mungkin disebabkan malu dengan kawan-kawan yang ada disekeliling terutama teman wanitanya, pasti dia akan membayar hutangnya pada masa itu juga! Harus diingat strategi ini hanya sesuai digunakan untuk menuntut hutang-hutang kecil sahaja..hutang-hutang besar kena guna cara lain.
Haha.. Alhamdulillah sepanjang menggunakkan strategi ini, aku amat berpuas hati dengan kadar keberkesanannya. Memang sangat efektif untuk kawan-kawan yang selalu buat-buat lupa pasal hutang walaupun "loan" JPA/MARA/PTPTN sudah masuk ke dalam akaun!
23 Januari 2010
Umum
Januari 23, 2010
Rakyat Johor Berdukacita
22 Januari 2010
Umum
Januari 22, 2010
Mukabuku Tidak Seronok Lagi!
Pagi ini Aku mendapat panggilan telefon dari seorang staff dari jabatan lain. Beliau mahu tahu bagaimana untuk memadam akaun Facebook! Sudah pasti Aku tidak bertanyakan sebabnya. Sebaliknya Aku terus memberikan tunjuk ajar. ** Oh.. itu mudah.. Cuma perlu masuk ke akaun Facebook --> Settings --> Deactivate Account. Kemudian jawablah semua soalan yang ditanya. Selesai!
Kenapa hendak dipadam akaun tersebut? Mungkinkah Facebook tidak lagi seronok dan memberi faedah?
Banyak sebab mengapa seseorang itu tidak lagi merasa seronok apabila berada di halaman web rangkaian sosial. Walau apa pun alasannya, sebab paling utama ialah berkenaan "Privacy"!
19 Januari 2010
Cerita Kedai Kopi
Januari 19, 2010
Ubat Pandai..
Tiada ubat untuk jadi pandai! Kalau rajin berusaha, mengulangkaji pelajaran dengan konsisten dan sentiasa hadir ke kelas atau sekolah Insyallah akan membuahkan hasil.
Kadang-kadang terfikir juga kenapa ada segolongan masyarakat terutamanya ibu bapa yang percaya ada ubat untuk menjadi pandai! Mungkin mereka terpedaya kerana ubat itu berlabelkan gambar seorang budak genius..
Ingat apa.. beri makan ubat kemudiannya tidak perlu belajar boleh terus jadi pandai? Kalau ada ubat sebegitu.. Aku pun nak juga.. Mungkin kalau Aku makan lebih boleh jadi "Super Genius" :D
Percayalah tiada jalan mudah untuk menjadi pandai dan berjaya.
Kadang-kadang terfikir juga kenapa ada segolongan masyarakat terutamanya ibu bapa yang percaya ada ubat untuk menjadi pandai! Mungkin mereka terpedaya kerana ubat itu berlabelkan gambar seorang budak genius..
Ubat Pandai.. |
Ingat apa.. beri makan ubat kemudiannya tidak perlu belajar boleh terus jadi pandai? Kalau ada ubat sebegitu.. Aku pun nak juga.. Mungkin kalau Aku makan lebih boleh jadi "Super Genius" :D
Percayalah tiada jalan mudah untuk menjadi pandai dan berjaya.
18 Januari 2010
Pemandu
Januari 18, 2010
Boleh Hilang Darah Sekejap Bila..
Perkara-perkara yang boleh buat kita hilang darah sekejap dari perspektif penunggang motorsikal :
- Kena hon dengan lori!
- Kenderaan dihadapan tiba-tiba menukar lorang secara tiba-tiba.
- Kena himpit dengan kenderaan lain.
- Tiba-tiba kenderaan dihadapan membrek secara mengejut.
- Nampak penunggang motorsikal lain jatuh depan mata.
- Dipintas kenderaan lain dengan laju dan rapat.
Walau apa pun, amalkan pemanduan yang berhemah. Terutamanya "bikers". Kita ni kalau kemalangan sentiasa jadi mangsa, walapun tak salah!
15 Januari 2010
Umum
Januari 15, 2010
Dilemma Pentadbir IT..
Banyak organisasi kini telah pun menghalang akses ke halaman web rangkaian sosial dan " streaming media". Dari sudut pandangan pihak pekerja dan kakitangan, halangan sebegini seolah-olah menyekat kebebasan mereka. Manakala dari sudut pandangan pihak syarikat terutamanya pihak pentadbir IT, tindakan yang diambil ini adalah amat wajar.
10 Januari 2010
Space Gambus Experiment
Januari 10, 2010
Space Gambus Experiment - Review Part 1
Aku mengetahui tentang kewujudan projek ini bila terbaca di sebuah blog mengenainya beberapa bulan yang lalu.. Kemudian blog tersebut telah membawa Aku ke YouTube.
Aku berpendapat bahawa ini merupakan satu projek yang amat menarik kerana ianya menggabungkan elemen muzik analog tradisional dan digital. Selain daripada itu, terdapat elemen "cosmic radio wave" yang turut di integrasikan ke dalam setiap lagu. Cukup untuk meletakkan projek ini berada didalam kelasnnya yang tersendiri.
Aku berpendapat bahawa ini merupakan satu projek yang amat menarik kerana ianya menggabungkan elemen muzik analog tradisional dan digital. Selain daripada itu, terdapat elemen "cosmic radio wave" yang turut di integrasikan ke dalam setiap lagu. Cukup untuk meletakkan projek ini berada didalam kelasnnya yang tersendiri.
09 Januari 2010
Umum
Januari 09, 2010
Tidak Setuju
Oh! Yang pasal bakar membakar itu, Aku tidak sokong!
08 Januari 2010
Umum
Januari 08, 2010
Pegawai Pekhidmatan Pelanggan Tidak Rasmi
Sudah lama Aku perhatikan tentang pengawal keselamatan yang bekerja di bank terutamanya. Kebanyakkan dari mereka melakukan tugas yang tidak sepatutnya! Mereka ini seolah-olah lebih kepada pegawai perkhidmatan pelanggan tidak rasmi kepada bank.
07 Januari 2010
Pemandu
Januari 07, 2010
Bahasa Pemandu - Tak Ramai Yang Faham
Aku senyum, mengangkat tangan dan memberi isyarat, tetapi pemandu disebelah masih lagi tidak faham. Mungkin dia menyangka Aku mahu menguratnya!
Agak sukar untuk menukar lorong ketika kenderaan sedang banyak di atas jalan. Mujur pemandu dibelakangnya memberi laluan. Alhamdulillah, masih ramai lagi pemandu di Malaysia yang berhati mulia dan faham Bahasa Pemandu!
Agak sukar untuk menukar lorong ketika kenderaan sedang banyak di atas jalan. Mujur pemandu dibelakangnya memberi laluan. Alhamdulillah, masih ramai lagi pemandu di Malaysia yang berhati mulia dan faham Bahasa Pemandu!
06 Januari 2010
Umum
Januari 06, 2010
Berani Ketika Makan!
Rasanya rakyat Malaysia akan menjadi lebih berani ketika makan! Mungkin pelik kenyataan tersebut tetapi itulah hakikatnya. Kalau tak percaya, kita boleh perhatikan mereka ketika menjamu selera di gerai-gerai yang berada di tepi jalan ataupun di kedai-kedai mamak yang kerusi mejanya melimpah sehingga ke tepi jalan.
05 Januari 2010
Realiti
Januari 05, 2010
Hari ini Aku memulakan tugas semula selepas bercuti panjang sejak dari minggu lepas. Semangat untuk ke pejabat amat berkobar-kobar, maklumlah dah hampir 10 hari duduk di rumah. Bila sampai di pejabat, perkara pertama yang dilakukan ialah menghidupkan PC dan kemudiannya membuka Microsoft Outlook. Kombinasi 2 akaun email, menjana lebih kurang 260 email yang belum dibaca!
04 Januari 2010
Realiti
Januari 04, 2010
Kematian Itu Pasti #1
Semalam kami dikejutkan dengan berita yang tak diduga. Berita tentang kembalinya ke Rahmatullah, sepupu kami. Usianya baru 19 tahun, tetapi Allah lebih mengasihinya. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan dan rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah buatnya.
01 Januari 2010
Blog
Januari 01, 2010
Blog Awards
Tahun Baru
Januari 01, 2010
Menyempurnakan Azam Yang Masih Belum Terlaksana #1
Apa azam tahun baru anda? Tentulah ada pelbagai jawapan. Walaupun ada pelbagai jawapan, perkara yang terpenting sebenarnya ialah adakah mampu untuk kita merealisasikan azam itu dalam masa setahun?
Jawapannya ialah ya dan tidak! Jika ia melibatkan perkara jangka pendek dan mudah tentunya ia boleh dicapai dan disempurnakan dan sebaliknya.
Kebanyakkan dari kita mungkin sudah terbiasa untuk berazam dalam bentuk " kehendak ". Contohnya seperti saya hendak membeli barang itu dan ini. Hahah.. yang ini bukan azam.. ini " kehendak "! Azam jenis ini kerap dilakukan masa Aku berumur lingkungan 20an. Mungkin pada masa itu apa yang Aku fikirkan ialah " kehendak " dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk azam. Satu konsep yang salah!
Bila semakin matang, Aku dapati bahawa azam dan kehendak merupakan dua perkara yang berbeza. Berazam untuk mengubah hidup, menambah pendapatan, mendapat anak-anak yang soleh, pergi haji, mengurang dan melagsaikan hutang.. Semuanya merupakan rancangan jangka panjang. Sebab itu bila ditanya sekarang apa azam tahun baru anda? Jawapan klasik ialah, "Meneruskan azam tahun lepas yang masih belum terlaksana :D"