BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Februari 2010

Februari 28, 2010

Hidup Tanpa Bateri! Bolehkah?

Hidup tanpa bateri tentu sukar. Masakan tidak, semua peralatan daripada sekecil-kecil jam tangan sehingga ke jam dinding (kecuali yang mekanikal dan automatik), handphone, PDA, laptop dan kamera digital serta kenderaan memerlukan kuasa bateri. Secara perlahan-lahan dan secara tidak sedar, kehidupan seharian kita sebenarnya telah dikuasai oleh bateri. Selain itu, Kita secara sedar atau tidak sentiasa membawa toksik di dalam saku atau beg!

Pada masa hadapan bateri juga juga akan digunakan untuk menyimpan tenaga yang dijana dari dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu solar dan angin. Dibidang automotif, kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya dan juga hybrid akan memasuki pasaran. Semua itu melibatkan penggunaan bateri dengan skala yang besar.





27 Februari 2010

Februari 27, 2010

Sindrom Tiada Duit Kecil

Masalah tiada duit kecil ini biasa di Malaysia. Untuk lebih tepat lagi, ini ialah masalah utama dikalangan peniaga-peniaga di Malaysia! Kadang-kadang bukan setakat peniaga yang tidak mempunyai duit kecil, sindrom ini juga merebak ke kaunter-kaunter perjualan tiket terutamanya bas ekspress. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Peniaga atau pihak pengurusan syarikat perlu sentiasa bersedia menyediakan duit kecil secukupnya untuk memastikan kelancaran urusan di kaunter.

Pengalaman menaiki bas ekspress sejak dari alam persekolahan sehingga kini memang menunjukkan yang situasi itu kerap terjadi.

Kalau dahlulu semasa Aku berusia belasan tahun, Aku tidak kisah sangat bila pihak petugas kaunter meminta Aku memecahkan duit dahulu sebelum membeli tiket bas. Terpaksalah ke gerai-gerai berdekatan, menebalkan muka meminta duit ditukar pada not yang lebih kecil atau kalau tidak mampu menebalkan muka terpaksa membeli sesuatu untuk mendapat pecahan baki dalam not yang lebih kecil! Oh! Itu cerita lapan belas tahun dahulu!


Sindrom Tiada Duit Kecil


Kira-kira dua tahun yang lalu ketika Aku ingin membeli tiket bas ekspress untuk perjalanan ke Seremban, sekali lagi Aku diminta untuk menukarkan duit kecil terlebih dahulu sebelum dapat membeli tiket. Keadaan masih tidak berubah!

Kisah ini terjadi di kaunter penjualan tiket bas ekspress yang agak terkenal! Memang menyirap darah bila sampai giliran untuk membeli tiket, pihak kaunter memberikan alasan remeh pada pelanggan!

Kalau tiada duit kecil.. Adakah itu masalah pelanggan? Itu masalah pengurusan syarikat! Bersedialah secukupnya terutama pada masa cuti atau hujung minggu di mana terdapatnya peningkatan dikalangan penumpang yang menggunakkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Aku tidak lagi bertoleransi dengan keadaan sebegitu! Sepatutnya kualiti perkhidmatan yang diberikan menjadi lebih baik berbanding lapan belas tahun dahulu. Pelanggan sebenarnya ada hak untuk dilayan dengan baik. 


26 Februari 2010

Februari 26, 2010

Proton Satria - Masalah Bateri atau Alternator?

Beberapa minggu yang lalu, tiba-tiba kereta Satria ini seperti tidak bermaya. Kuasa pecutan turun mendadak, terasa berat untuk bergerak serta bateri pula kehilangan kuasa dan akhirnya enjin tidak dapat dihidupan. Masalah  Bateri atau  Alternator?

Kalau hendak dikatan baterinya sudah rosak memang agak mustahil kerana saya telah menggantikannya dengan bateri baru sekitar bulan September 09 yang lalu. Masih agak baru iaitu kira-kira 6 bulan. Jangka hayat bateri biasanya lebih kurang dua tahun jika diselenggara dengan baik. Err maintenance free battery tak perlu diselenggara.

Berdasarkan pengalaman, jika bateri kehilangan kuasa secara mendadak, tentu  ia berkaitan dengan sistem elektrik kereta atau  yang lebih tepat lagi ialah alat untuk menghasilkan elektrik dan mengecas bateri mungkin telah rosak. Aisey.. Saya terus teringatkkan "Alternator"!



Proton Satria - Masalah  Bateri atau  Alternator?
Proton Satria - Masalah  Bateri atau  Alternator?



Saya memanggil mekanik untuk datang ke rumah untuk memeriksa Satria. Berbekalkan "Voltmeter" untuk menguji kuasa bateri dan keupayaan menguji kuasa mengecas "alternator", akhirnya ia mendapati bahawa bateri tersebut masih dalam keadaan baik tetapi "alternator" memang telah rosak! Ia sudah tidak dapat membekalkan dan menjana elektrik yang cukup untuk Satria.

Patutlah tempohari keika saya memandu di malam hari, lampu hadapan seperti tidak cukup terang. Simptom ini sudah seminggu ditunjukkan cuma saya yang tidak ambil kisah! Nasib baik juga ia rosak di rumah. Kalau ketika Azza yang memandunya tentu keadaan akan jadi lebih sukar dan menjadi kelam kabut.

Alternator itu seusia dengan Satria. Memang sudah sampai masa ia ditukar! Boleh rujuk artikel [Link]untuk lebih lanjut bagaimana untuk menentukan sama ada bateri atau alternator yang perlu ditukar.


24 Februari 2010

Februari 24, 2010

Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor

Motorsikal Modenas Jaguh 175 ini asalnya kepunyaan Abah. Abah membeli motorsikal ini sekadar suka-suka. Pada kebanyakkan masa ia tersimpan di dalam rumah. Cuma kadang-kadang ia dibawa keluar untuk memanaskan enjin. Secara amnya motorsikal ini memang tidak digunakkan sangat.


Menunggang Semula Ke Tempat Kerja?


Sekitar tahun 2002, Aku pinjam motorsikal ini dari Abah untuk ke tempat kerja disebabkan kereta mengalami kerosakkan dan terpaksa berada dibengkel lebih daripada dua hari. Sejak itu keinginan untuk bermotorsikal timbul semula. Walaupun hanya menggunakkannya selama seminggu, keseronokkan mula datang kembali dan segala skil menunggang yang telah lama ditinggalkan dapat dikutip semula sedikit demi sedikit.



Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor
Modenas Jaguh 175 - Guna Carburetor Yamaha RXZ



Carburator Modenas Jaguh 175 Di Curi


Hendak dijadikan cerita, motorsikal ini kemudianya di bawa oleh adik ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2005. Semasa berada di sana, "Carburetor" motorsikal ini dicuri! "Carburetor" motorsikal ini popular dikalangan pencuri kerana ia boleh dijual dan digunakan untuk kerja pengubahsuaian meningkatkan prestasi skuter!


Carburator Modenas Jaguh Original Mahal!


Untuk menggantikkan "Carburetor" yang hilang itu, kosnya amat tinggi. Kalau tidak silap harga "Carburetor" asli Modenas Jaguh 175 sekitar RM800. Akhirnya beliau menggantikkannya dengan "Carburetor" daripada model motorsikal yang lain yang tidak diketahui asal usulnya.  Fahamlah, masa itu dia pelajar. Itu sahaja caranya untuk  membolehkan motorsikal itu beroperasi semula pada kos yang mampu ditanggung. 


Enjin Mati Ketika Menunggang


Akhirnya dua tahun lepas, Aku membeli motorsikal ini daripada Abah. Daripada tidak digunakkan dan tersimpan sahaja di rumah lebih baik Aku gunakan semula untuk ke tempat kerja. Oleh kerana "Carburetor" motorsikal in bukan yang asal, prestasi motorsikal ini tidak berapa bagus. Kuasa pecutan sering terganggu dan kadang-kadang enjin termati sendiri ketika menunggang!



Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor - Mikuni RXZ
Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor - Mikuni RXZ



Modenas Jaguh Guna Carburator Yamaha RXZ


Oleh kerana "Carburetor" motorsikal ini telah pun diubah suai sebelumnya, Aku mengambil keputusan untuk menukar kepada jenis yang lain. Berdasarkan cadangan daripada beberapa kenalan dan pihak bengkel, "Carburetor" asli Yamaha RXZ amat sesuai untuk dipasang ke Modenas Jaguh 175

Walaupun berlainan jenis tetapi "Carburetor" Mikuni - Yamaha RXZ hanya memerlukan pengubahsuaian paling minumum untuk di pasang pada Modenas Jaguh 175 dan yang paling penting ia dapat memulihkan prestasi ke tahap asal  serta pada kos satu per tiga lebih murah daripada "Carburetor" asal. Alternatif terbaik buat pemilik Modenas Jaguh 175 yang mengalami masalah serupa dengan kes Aku.



23 Februari 2010

Februari 23, 2010

Apa Kakak Buat, Adik Akan Ikut!

Nurin Iman anak sulung kami sudah pun berusia enam tahun. Selepas kelahirannya kami sentiasa memastikan yang dia mendapat apa yang terbaik yang mampu kami sediakan. Walau bagaimanapun, sebagai anak sulung banyak perkara yang dia ingin buat terpaksa kami halang dan kawal. Maklumlah dia anak pertama dan kami juga pertama kali menjadi ibu dan bapa. Banyak perkara yang kami takutkan dan bimbang!

Kemudian barulah kami menyedari, tindakan mengawal keterlaluan tidak baik untuk perkembangan personaliti dan pembelajarannya. Kini kami lebih terbuka.




Berbeza dengan adiknya, kami tidak terlalu mengawal. Lagipun kalau kami cuba mengawal tentulah tidak berapa berkesan kerana proses pembelajarannya bermula dengan meniru segala apa yang kakak lakukan. Jika kakak melakukan perkara positif, adik akan turut mengikut dan begitu juga sebaliknya. Hmm.. Satu proses yang masih panjang!

22 Februari 2010

Februari 22, 2010

Rumah Lelong?

Petang tadi kami menghadiri majlis kenduri arwah di rumah makcik. Selepas habis majlis, seperti biasa sesi berbual bual sesama saudara bermula. Antara perkara yang menarik yang menjadi tajuk utama ialah membeli rumah lelong!


18 Februari 2010

Februari 18, 2010

Tutorial Mudah Membuka Casing iPod

iPod 4th Generation 40GB ini telah berada di dalam simpanan sejak tahun 2005. Boleh dikatakan ini adalah pemain MP3 terhebat pada masa tersebut. 

Telah berkhidmat hampir lima tahun tanpa masalah cuma pernah dua kali Hard Disk Drive tersangkut! Tetapi itu bukan masalah besar, cuma ketuk disisi untuk memulihkannya. Masalah biasa bagi iPod yang menggunakan Hard Disk Drive.



Setelah lama menggunakkannya barulah terfikir, bagaimana untuk membuka "Casing" iPod? Tidak nampak ruang untuk diumpil, semuanya tertutup rapi! Tujuan untuk membuka "Casing" itu sebenarnya untuk menggantikan bateri dan untuk melakukan "Modification" menukar Hard Disk Drive kepada Compact Flash. Apa-apa pun sebelum melangkah lebih jauh, tumpukan perhatian bagaimana untuk membuka "Casing" iPod ini dahulu.

Melalui beberapa forum dan tips daripada pemilik iPod 4th Generation, cara paling mudah untuk membuka "Casing" ialah dengan menggunakkan "Guitar Pick". Ooo... macam itu rupanya. Sangat mudah untuk melakukannya  jika teknik dan peralatan yang digunakan adalah betul!


Aku menggunakkan "Guitar Pick" berketebalan 1mm untuk membuka "Casing". Aku dapati ia agak sukar, mungkin jika Aku menggunakan "Guitar Pick" berketebalan 0.7mm lebih mudah kerana lebih nipis. 

Akhirnya berjaya juga Aku membuka "Casing" iPod 4th Generation





17 Februari 2010

Februari 17, 2010

Basah Tapi Tidak Hujan!

Kalaulah pemandu kereta tadi perihatin, tentu Aku tidak basah. Mungkin beliau tidak perasan. Tidak mengapa kerana Aku telah memaafkannya. Maklumlah penunggang motorsikal mana ada yang ambil peduli.

Err..  Encik pemandu kereta, lain kali kalau hendak mencuci cermin pandang-pandanglah belakang, kiri dan kanan juga!






11 Februari 2010

Februari 11, 2010

Tips Berhenti Merokok

Aku mengambil masa hampir empat tahun untuk berhenti merokok. Jadi, Tips Berhenti Merokok ini didokumentasikan berdasarkan situasi sebenar.

Boleh dikatakan ini merupakan satu cerita kejayaan. Besar maknanya pada diri ini. Walaupuan pada sesetengah orang kejayaan ini tidak seberapa, Aku menganggapnya sama pentingnya dengan menerima segulung ijazah! 

Berdasarkan pengalaman lalu, untuk berhenti merokok seseorang itu perlukan:

  1. Sebab untuk berhenti
  2. Persekitaran baru
  3. Rakan-rakan yang baru
  4. Hobi baru
  5. Displin
  6. Doa 





    Sebab untuk berhenti

    Untuk berhenti merokok, seseorang perlukan sebab.  "Saya mahu berhenti merokok kerana....."  Itu ialah "Mission Statement" atau "Azam" kenapa perlu berhenti merokok. Dalam kes Aku, sebab utama ingin berhenti daripada merokok ialah kerana "Aku sudah mencapai matlamat.."  iaitu apabila ingin diterima didalam sesebuah kumpulan! Bila sudah diterima, tiada apa lagi yang hendak dibuktikan. Tiada lagi cabaran.. Jadi lebih baik berhenti!  Sepatutnya "point" yang pertama ini pun sudah cukup untuk seseorang itu untuk berhenti merokok!

    Persekitaran Baru

    Bila berpindah ke tempat baru, inilah masa yang sesuai untuk menghentikan atau menghapuskan kebiasaan dalam diri.  Kalau dahulu merokok, apabila di tempat baru boleh mencuba untuk mengurangkan atau memilih untuk tidak merokok langsung.  Dalam kes Aku, sebaik sahaja melangkah masuk ke Universiti, Aku telah tanamkan dalam diri "Azam" untuk mengurang serta seterusnya berhenti merokok secara berperingkat.

    Rakan-Rakan Baru

    Faktor merokok disebabkan pergaulan dan rakan-rakan memang tidak boleh disangkal lagi. Kaitannya memang amat kuat. Tetapi sebenarnya kita boleh membuat pilihan, samada untuk terus berkawan dengan mereka atau tidak. Kalau disebabkan mereka kita terpengaruh, harus ada sikap dalam diri yang akan sentiasa mempersoalkan kenapa harus menjadi begitu dan sebagainya untuk mewujudkan suasana "check and balance".  Tinggalkan rakan-rakan lama dan cari rakan-rakan baru! Bukan memutuskan persahabatan cuma kurangkan bercampur dengan mereka yang bermasalah dan bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat positif. 

    Hobi Baru

    Mula mencari hobi baru atau pun menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mengisi masa lapang.  Mungkin tidak semua perkara boleh menyebabakan seseorang itu dapat melupakan rokok tetapi untuk berubah seseorang itu perlu membuka fikiran seluas mungkin dan bersedia menerima perubahan.  Semasa di Universiti, Aku dapati kejuruteraan komputer amat mengasyikkan sehingga menyebabkan Aku berjaya melupakan rokok.


    Displin

    Mulalah berdisplin! Jangan langgar apa-apa perjanjian dan syarat yang dibuat dengan diri sendiri untuk mencapai matlamat. Displin mestilah kuat, barulah misi boleh dicapai. Tanpa displin kita akan tewas dengan diri sendiri.

    Doa

    Sentiasa berdoa kepada Illahi supaya dikuatkan iman dan menghindarkan perkara-perkara buruk daripada meresap ke dalam diri.

    Semoga dengan adanya tips ini, dapat memudahkan sesiapa yang mempunyai niat untuk berhenti merokok. Sebenarnya tidaklah sesusah mana. Kalau kita boleh berhenti merokok di siang hari ketika di bulan puasa, maka tiada sebab kenapa kita tidak boleh berhenti merokok untuk keseluruhan hari! Pokok pangkalnya ialah diri sendiri, sejauh manakan kuatnya azam dan kesungguhan serta displin dalam diri. Insyallah.

    10 Februari 2010

    Februari 10, 2010

    Berhenti Merokok - Part 2

    Kuantan seoalah-olah telah menjadi kampung kedua, maklumlah setelah tinggal hampir 2 tahun di sana, Aku sudah faham selok-belok bandar tersebut. Kalau dahulu Aku belajar, kini Aku bekerja di Kuantan!

    Menjadi Pekerja Kontrak

    Aku mula bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai pekerja kontrak. Semasa menanti keputusan peperiksaan akhir, seorang pensyarah memberitahu tentang terdapatnya kekosongan di jabatan tersebut yang memerlukan beberapa orang kakitangan kontrak pada kadar segera.

    09 Februari 2010

    Februari 09, 2010

    Berhenti Merokok - Part 1

    Beberapa "entry" yang lepas Aku telah menumpukan kepada subjek yang berkaitan dengan merokok. Aku sebenarnya memang sengaja memilih subjek ini untuk diketengahkan kerana ia amat dekat dengan diri. Dari mula mengenal, kemudiannya terjebak dan kemudian beransur-ansur meninggalkan tabiat buruk ini. Semuanya harus Aku kongsikan untuk dijadikan iktibar.

    05 Februari 2010

    Februari 05, 2010

    Ais vs Rokok

    Dah menjadi kebiasaan, selepas minum minuman berais Aku akan kunyah ais! Tapi pada hari itu Aku telah ditegur:

    "Bahaya woo kunyah ais"
    "Tak baik untuk kesihatan"



    Bahaya Minum & Kunyah Ais?
    Bahaya Minum & Kunyah Ais?


    Tetapi apa yang lebih kelakar ialah rakan yang menegur Aku tu baru sahaja menyalakan sebatang rokok dan menghisapnya dengan penuh bangga!



    04 Februari 2010

    Februari 04, 2010

    Saya Menyebabkan Dia Merokok!

    Dia sedang membakar surat-surat cinta lama dan gambar-gambar kenangan di dalam tin susu tepung. Dari tadi Aku memerhatikan gelagatnya. Ishh.. Sampai begitu jadinya kalau cinta tidak kesampaian!

    Sedutan Pertama Menyebabkan Dia Terbatuk-batuk!

    Bila dia sudah tenang, Aku mempelawanya, "Nah.. Ambil sebatang, sambil-sambil bakar surat tu, bakarlah rokok tu sekali!"  Dengan tidak berfikir panjang, dia menerima pelawaan Aku dan terus menyalakannya. Sedutan pertama menyebabkan dia terbatuk-batuk!

    02 Februari 2010

    Februari 02, 2010

    Kenapa Saya Merokok!

    "Perokok sekarang memang sudah hilang sifat budimannya. Kalau tak percaya cuba lihat di persekitaran, bersepah-sepah puntung rokok!  Aku pun pernah merokok dahulu.. tetapi Aku jenis yang tidak membuang puntung rokok sembarangan..."


    01 Februari 2010

    Februari 01, 2010

    Hukum Potongan 30 Peratus

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah Hukum Potongan 30 Peratus yang Aku maksudkan! Baiklah, siapa yang tidak suka diskaun 30 peratus ketika membuat pembelian?  Jawapannya, tentulah semua orang suka. Kita tentu seronok bila mendapat diskaun yang ditawarkan oleh penjual.

    Hukum Potongan 30 Peratus

    Sekarang cuba bayangkan yang kita sendiri memberi diskaun terhadap pembelian itu. Sebenarnya ini ialah petua yang telah lama Aku amalkan ketika hendak membeli atau berhutang.

    Hukum Potongan 30 Peratus
    Hukum Potongan 30 Peratus