Ubat
April 30, 2010
30 April 2010
29 April 2010
Umum
April 29, 2010
Gerabak Komuter Wanita
Technical
April 29, 2010
PC Hardware Sudah Tidak Menyeronokkan!
Mungkin Aku sudah bosan memberitahu semua bahawa dunia komputer terutama berkaitan dengan "hardware" tidak lagi seronok. Maklumlah sejak bertambah maju teknologi maka semakin mudahlah semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan setting dan pemasangan hardware. Tekonologi "Plug n Play" dan USB memudahkan segala-galanya.
Serendah-rendah spesifikasi komputer peribadi sekarang pun sudah mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan. Tidak seperti lima belas tahun dahulu, untuk membolehkan sesebuah komputer memainkan cakera VCD perlu di "upgrade" kad grafiknya kepada yang lebih baik atau terpaksa memasang kad MPEG!
28 April 2010
Realiti
April 28, 2010
Sudah Bayar la..
Aku ingatkan hal itu sudah selesai, rupa-rupanya belum! Hari Isnin yang lepas Aku dihubungi oleh pihak Maybank Credit Card Center berkenaan tunggakkan bil kad kredit yang belum dijelaskan!
Menjadi Isu Semula
Hiss.. tak cukup dengan surat kemudian siap telefon pula. Memang menyakitkan hati bila perkara yang dianggap selesai tiba-tiba menjadi isu semula. Patutnya sebelum menghubungi, tolonglah semak rekod terkini akaun tersebut dan bukannya terus memberi peringatan untuk membayar hutang!
Letih Menerangkan Situasi Sebenar
Aku pun sudah letih untuk menerangkan pada mereka tentang situasi sebenarnya. Pada hemat Aku ia tidaklah serumit mana. Situasi itu berlaku disebabkan komunikasi yang tidak efisien antara jabatan.
Selepas 2 Minggu
Dua minggu yang lepas, sebaik sahaja menerima surat peringatan yang pertama, Aku telah menghubungi talian 1-300 88 6688 untuk memberitahu tentang situasi tersebut dan mereka berjanji untuk mengemaskini rekod dan akaun dalam jangkamasa dua minggu. Sebaliknya selepas dua minggu, bukan sahaja rekod belum dikemaskini malah menerima panggilan daripada mereka untuk menuntut hutang! Ciss *@#%6%
Link Exchange
April 28, 2010
Header | Banner Untuk Kawan-Kawan - Siri 2
Sepanjang minggu lepas dan sehingga semalam Aku telah berjaya menyiapkan empat buah Banner | Header untuk kawan-kawan. Dua disiapkan pada 21/04/2010, satu pada 22/04/2010 dan yang terakhir pada 27/04/2010. Projek seronok-seronok memang tiada tekanan!
Header | Banner untuk Blog Mista Blogga
Header | Banner untuk Blog Blogger Miey
Header | Banner untuk Blog Akmar
Header | Banner untuk Blog Ummiabbiqis
27 April 2010
Tips
April 27, 2010
Tips Membeli Komputer Peribadi atau Laptop
Bekerja dibidang I.T akan menyebabkan kamu menjadi "I.T. Consultant" tidak rasmi setiap kali saudara mara dan sahabat handai serta rakan sepejabat yang hendak membeli Komputer Peribadi mahupun Laptop.
Dan yang paling 'horror" ialah apabila kamu bertindak sebagai penjual, "warranty" nya ialah sampai mati! Hahaha... Susah bukan menjadi penjual komputer kepada saudara mara dan rakan-rakan?
Dan yang paling 'horror" ialah apabila kamu bertindak sebagai penjual, "warranty" nya ialah sampai mati! Hahaha... Susah bukan menjadi penjual komputer kepada saudara mara dan rakan-rakan?
Kredit: Alienware / Dell |
26 April 2010
Umum
April 26, 2010
Cara mudah untuk mendarab, guna garisan sahaja tanpa sifir - rugi kalau tak belajar | SeMekaR KaSih
Cara mudah untuk mendarab, guna garisan sahaja tanpa sifir - rugi kalau tak belajar | SeMekaR KaSih
Aku dapati cara ini amat menakjubkan. Kalaulah Aku tahu sejak dari dahulu tentu ia dapat membantu memudahkan pembelajaran matematik. Maklumlah matematik bukan subjek kegemaran dan Aku juga merasakan ia bukan subjek kegemaran ramai orang.
Tetapi untuk maju kita perlu menguasainya sepantas mungkin. Terima kasih kepada Cikgu Isza untuk "entry" yang menarik ini.

25 April 2010
Umum
April 25, 2010
Generasi Internet - Siri 2
23 April 2010
Umum
April 23, 2010
BUDAK BARU GRAD DAPAT JAWATAN BESAR | unfiltered-madness . com
BUDAK BARU GRAD DAPAT JAWATAN BESAR | unfiltered-madness . com
Ramai juga rakan-rakan yang terkena ketika menunggu keputusan SPM. Kemudian, perkara yang sama juga berlaku sebaik sahaja menamatkan pengajian.. Bila terbaca "entry" ini, tiba-tiba Aku tersenyum.. teringatkan cerita-cerita lama. :D

Berhati-hati Ketika Memotong "Low Loader"
Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga balik ke Seremban. Setengah jam memulakan perjalanan, Aku memotong sebuah "low loader" kosong yang dipandu agak laju. Ketika betul-betul berada disebelah kenderaan tersebut, tiba-tiba seketul batu bata mengelungsur daripada "low loader" tersebut dan terus mengenai bahagian bawah kiri kereta yang dipandu..
Bunyinya amat kuat sehinggakan semua yang ada didalam kereta terjaga! Nasib baik juga, ia terkena dibahagian kiri tepi bawah kereta. Kalau ia mengelunsur dan terkena di bahagian hadapan mungkin banyak kerosakkan yang akan berlaku dan kemungkinan paling teruk ialah kemalangan!

21 April 2010
Link Exchange
April 21, 2010
Header | Banner Untuk Kawan-Kawan - Siri 1
Sejak semalam dan pagi tadi, sebanyak tiga buah Header | Banner telah berjaya Aku siapkan. Yang pertama ialah untuk blog sendiri, kemudian Aku membuat satu untuk Siew Mei dan ketiga (pagi tadi) untuk Rumaizah.
Memandangkan hari ini Aku tidak sesibuk mana, maka sempatlah untuk menyiapkannya.
Memandangkan hari ini Aku tidak sesibuk mana, maka sempatlah untuk menyiapkannya.
Ini Header | Banner untuk Blog ini
Header | Banner untuk Blog Siew Mei
Header | Banner Untuk untuk Blog Rumaizah
Umum
April 21, 2010
Apa Itu Ginco?
20 April 2010
Umum
April 20, 2010
Generasi Internet - Siri 1
19 April 2010
Umum
April 19, 2010
Terima Kasih Kerana Menyokong!
Sejak beberapa minggu yang lepas, Aku sudah mula berjinak-jinak melukis komik. Mendapat inspirasi daripada rakan blogger, Park Air. Zaman sekarang ini tidak memerlukan Aku melukis pada kertas, semuanya boleh dibuat dengan komputer dan internet.
Kadang-kadang agak sukar untuk menyampaikan maksud melalui penulisan jadi jalan alternatif terbaik untuk menyampaikannya ialah melalui komik. Walaupun sudah mula berkomik, Aku akan tetap menulis blog. Komik itu mungkin sebagai sisipan setiap minggu. Insyallah..

16 April 2010
Umum
April 16, 2010
Kadang-Kadang Terlupa - Siri 1
15 April 2010
Umum
April 15, 2010
Simple Itu Complicated?
Berdasarkan pengalaman Aku, kalau seseorang itu mengatakan yang dirinya itu "simple" sebenarnya dia seorang yang "complicated". Logiknya, kalau dia benar-benar "simple", maka tak perlulah dia memberitahu yang dirinya sebegitu.
Orang yang semulajadi "complicated" pun akan mengaku dia "simple". Maklumlah sifat itu pun terlalu subjektif untuk diukur dan ditentukan oleh diri sendiri.
Orang yang semulajadi "complicated" pun akan mengaku dia "simple". Maklumlah sifat itu pun terlalu subjektif untuk diukur dan ditentukan oleh diri sendiri.
14 April 2010
Umum
April 14, 2010
Kalau Ada Logo Ini - Berani Nak Hisap?
Entry semalam mengenai Rokok Halal membuatkan Aku terfikir semula. Mungkin dengan pengenalan logo baharu ini akan mendorong perokok muslim untuk berhenti merokok dengan serta merta. Merujuk kepada artikel yang dipetik oleh Kosmo dan jika terbukti pengilang rokok di negara ini mengeluarkan rokok yang mengandungi Sel Darah Babi, Kerajaan harus mewajibkan penggunaan logo seperti ini :D
Kalau semua kotak rokok di Malaysia ditandakan dengan logo -Non Halal- atau "Pork Inside" Aku amat yakin yang perokok muslim akan membuang tabiat buruk tersebut tanpa berlengah-lengah lagi.
Geli tak nak hisap kalau ada logo ini? :D Najis berat tu! Ada berani?

13 April 2010
Umum
April 13, 2010
Rokok Halal
Pada awal bulan ini (April), para perokok di negara ini dikejutkan dengan berita yang penuh sensasi yang dipetik oleh akhbar Kosmo. Menurut akhbar tersebut satu kajian di Belanda baru-baru ini mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok!
Aku pun tidak pasti sama ada berita ini boleh menyebabkan atau mematikan ketagihan bagi perokok yang beragama Islam di negara ini. Selama ini mungkin mereka tercari-cari sebab dan alasan yang kukuh untuk berhenti merokok. Nah.. sekarang ianya sudah menjelma di hadapan mata! - " Rokok Ada Sel Darah Babi"
Tetapi syarikat pengeluar rokok tidak akan duduk diam apabila barangan dagangan mereka diburukkan dan mungkin mereka mungkin akan bekerjasama dengan JAKIM untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka :D
Mungkin ini penyelesaian untuk rokok yang dijual di negara ini - Akan ada logo halal JAKIM? Haha..

11 April 2010
Realiti
April 11, 2010
Generasi X - 80an Yang Hebat
Generasi X merujuk kepada golongan yang lahir pada tahun 1964 hingga 1981. Aku adalah antara jutaan manusia yang tergolong didalam generasi ini. Jadi sengaja aku gelarkan Generasi X - 80an Yang Hebat.
Mungkin Aku paling beruntung di dunia kerana dilahirkan pada tahun 1974. Kenapa agaknya ya? Bukannya apa, cuma samada perasan atau tidak? Aku mula bersekolah tadika pada tahun 1980 pada usia 6 tahun. Darjah satu pada tahun 1981. Darjah dua pada tahun 1982 dan seterusnya sehingga tahun 1986 di darjah 6. Jadi, senang nak ingat! "Entry" ini menumpukan kisah yang berlatar belakangkan tahun 1980 sehingga 1986 secara spesifiknya.

Isu Semasa
Pada tahun 1974 banyak perkara telah berlaku di seluruh dunia. Antaranya ialah Krisis Minyak Dunia, pasukan bolasepak Jerman menang Piala Dunia, India berjaya menjalankan ujian nuklear untuk kali pertama, Presiden Nixon meletak jawatan berikutan Skandal Watergate, Perjanjian damai antara Israel, Syria dan Mesir, Muhammad Ali menewaskan George Foreman dalam perlawanan tinju di Zaire. Dalam tahun itu memang banyak perkara belaku di seluruh dunia dan kesannya mencorak perkembangan dunia sekarang. Yang pastinya sehingga sekitar 1980an ekonomi negara kita masih lagi didalam kegawatan. Pakcik Aku yang tamat Universiti pun keluar tiada kerja. Oh! Pada masa itu Tun Mahathir baru dilantik menjadi Perdana Menteri.
Media
Perkembangan mutakhir pada zaman tersebut hanya boleh dicapai dan disebarkan melalui media arus perdana. Media alternatif belum wujud lagi. Alat yang paling penting ialah radio. Pemain berserta perakam radio kaset stereo mudah alih juga baru dikeluarkan pada masa tersebut dan amat popular. Bermulalah era dominan "Kaset" dan pertama kali mendengar istilah "Cetak Rompak" dan "Battle of The Band".
Aku mendengar lagu irama pop leleh dan permulaan era rock kapak. Kadang-kadang Pakcik dan Makcik Aku pasang kaset Micheal Jackson, Stevie Wonder, Wham dan Modern Talking! Cuma sekitar 1985 irama "Pop Yeh Yeh" sedikit kembali menambat hati.
Majalah, Rancangan Radio Dan Siri Televisyen
Bersantai dengan membaca majalah Gila-Gila, Gelihati, Bujal dan kadang-kadang Bambino serta Al-Ain walaupun tidak berapa faham sangat isi kandungannya kecuali Bujal, Bambino dan Al-Ain.
Menonton rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh Wazata Zain, iaitu Cumi dan Ciki di RTM. Mengikuti rancangan kanak-kanak Kak Yong dan Abang Chik di radio RTM, mendengar drama radio paling popular No 5 Persiaran Satu di radio RTM, menonoton Captain Future setiap petang Jumaat.dan Ultraman setiap Sabtu. Captain Future dan Ultraman adalah antara siri kanak-kanak terawal yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu.
Istimewa bagi warga Johor Bahru ialah dapat mengikuti siaran radio dan televisyen dari Singapura. Setiap Ahad Aku berpeluang mendengar siaran LPMI - Lagu Pujaan Minggu Ini serta Rancangan Ada-ada Sahaja yang paling popular di Radio Singapura yang dihoskan oleh Adnan Maswan. Selain itu Mat Yo Yo dan Aksi Mat Yo Yo yang di hoskon oleh Mat Sentul di televisyen saluran SBC 5.
Pada malam hari pula RTM akan menyiarkan siri popular dari Amerika seperti Starsky and Hutch, BJ and The Bear, The A-Team, Battlestar Galactica, Galactica, High Chaparral, Combat dan Knight Rider. Haaaa yang paling best semua siaran televisyen tersebut ditonton menggunakan televisyen hitam putih kerana tidak semua keluarga ada televisyen berwarna yang sangat mahal harganya pada masa itu. Di kampung pada masa itu cuma ada beberapa keluarga yang mempunyai televisyen berwarna.
07 April 2010
Realiti
April 07, 2010
Budak Lelaki Itu Kasutnya Tiada Saiz .. OK!
Memulakan alam persekolahan tentunya antara perkara terpenting didalam hidup. Aku seperti kanak-kanak yang lain sudah tentu sangat gembira untuk belajar di sekolah rendah sebaik sahaja tamat belajar di sekolah tadika. Setiap hari Aku akan bertanya kepada emak, "bilakah Aku akan dapat pergi ke sekolah rendah?" Biasanya emak hanya menjawab mudah, "bila buka penggal baharu persekolahan!" Oh! Emak memang jenis yang tidak banyak cakap.
Saiz Kecil
Sebenarnya ada perkara yang paling emak risaukan kerana Aku sebenarnya tergolong dikalangan kanak-kanak lelaki yang sangat kecil saiz tubuh badannya. Teringat ketika itu emak sedang menjahit, seorang jiran bertanyakan kepadanya.
Jiran: Apa kakak buat tu?
Emak: Jahit baju dan seluar sekolah!
06 April 2010
Nurin Iman
April 06, 2010
Nurin Amani Dan Nurin Iman
Bila Aku ambil gambar Nurin Amani dengan kucing, tiba-tiba teringat yang kakaknya juga ada gambar seperti ini. Merujuk kepada "entry" lepas - Nurin Iman Vs Kucing http://www.anif.co.cc/2006/07/04062006-nurin-vs-kucing.html.
05 April 2010
Realiti
April 05, 2010
Alahai Maybank!
Aku menerima surat peringatan daripada Maybank berkenaan tunggakkan kad kredit yang belum dibayar! Eh! Setahu Aku semua bayaran yang patut dilangsaikan sudah pun dibuat. Macam mana perkara ini boleh terjadi. Lagipun Aku menggunakkan "online banking" untuk menjelaskan segala bayaran pinjaman dan segala bil utiliti. Sepatutnya ia menjadi lebih cekap!
Kisah 3 Tahun Dahulu
Kemudian baharulah Aku teringat, 3 tahun yang lepas Aku pernah mengalami masalah yang serupa. Masalah ini timbul setiap kali menerima kad kredit baharu bagi menggantikan kad kredit yang telah tamat tempoh. Jadi, bayaran yang dibuat masih lagi merujuk kepda kad lama (akaun lama) sebab itu Aku akan mendapat surat peringatan yang menyatakan Aku belum menjelaskan bayaran. Untuk menyelesaikannya terpaksa menghubungi talian hotline Maybank dan memberitahu mereka tentang masalah ini. Kemudian mereka akan mengemaskini sistem mereka.
04 April 2010
Realiti
April 04, 2010
Budak Lelaki Tidak Bawa Beg Seperti Itu.. Ok!
Bila terlihat iklan Petronas di YouTube, tiba-tiba mata ini tertumpu pada beg sekolah yang dibawa oleh budak perempuan itu! Aku ada beg sepertinya.. memang serupa. Beg itu menjadi punca untuk Aku tidak mahu ke sekolah! Budak lelaki tidak membawa beg seperti itu. Mereka membawa beg sandang belakang.
Aku Seorang Sahaja Yang Guna
Nampaknya Aku sahaja yang membawa beg seperti itu ke sekolah untuk sepanjang penggal pertama persekolahan. Aku memang benci beg itu. Aku sentiasa menyatakan ketidakpuasan hati kepada emak dan meminta supaya dibelikan beg sandang belakang!
02 April 2010
Umum
April 02, 2010
Nasi Goreng Ayam Penyet
Mungkin sudah rezeki, singgah di cawangan syarikat di Nusa Bestari dan dibelanja rakan untuk makan tengahari di gerai Mama Zai. Kali ini Aku dibelanja makan Nasi Goreng Ayam Penyet.
Hari sebelumnya Aku ada bergurau dengannya melalui telefon supaya membelanja makan kalau Aku singgah di Cawangan Nusa Bestari. Tak sangka pula gurauan itu dianggap serius oleh beliau. Alhamdulillah, semoga murah rezeki kamu Encik Syahron. Terima kasih banyak-banyak!
Rasa masih seperti dahulu, tiada apa yang berubah. Sambalnya masih lagi yang terbaik!