BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Mei 2010

Mei 30, 2010

Alahai Maybank - Isu Selesai!

Isu Aku bersama Maybank berkenaan Kad Kredit telah pun selesai. Setelah beberapa kali mengalami situasi tidak puas hati dan insiden menulis surat aduan ke Pusat Kad Kredit Maybank di Kuala Lumpur. Cerita  penuh kesemua insiden terebut boleh dibaca di sini dan di sini  :D






Maybank Mengembalikan Semula Hak


Akhirnya Maybank mengembalikan hak Aku semula. Alhamdulillah! Mereka telah mengembalikan kadar "interest" yang dikenakan kepada kadar asal iaitu 13.5% serta menghapuskan segala caj berkaitan dengan pembayaran lewat.

29 Mei 2010

Mei 29, 2010

Makan Malam Yang Pantas Di Bong Sate

Balik dari berbelanja di Giant dan Kip Mart, Kami singgah ke Bong Sate untuk makan malam. Ini pertama kali kami sekeluarga makan di situ. Selalunya kami hanya membeli sate untuk dibungkus dan dibawa pulang.

Sebenarnya sudah agak lewat untuk makan malam kami. Maklumlah kami makan malam kami selalunya sebelum pukul 7.  Mujur juga sebelum keluar tadi anak-anak sudah diberi sedikit makanan untuk mengalas perut. Jadi kami perlukan sesuatu yang cepat dan pantas dan juga sedap.




Kalau ke kedai tomyam mungkin terpaksa menunggu paling kurang pun 15 minit untuk makanan disediakan. Ini adalah pilihan yang terbaik yang terhampir dengan kediaman kami. Menunya ringkas hanya ada Mee Rebus, Soto, Nasi Lemak dan Sate. Jadi tidaklah pening kepala untuk membuat pesanan.

Aku memilih untuk makan Mee Soto, manakala Azza meminta Mee Rebus dan Sate untuk anak-anak.



Mee Soto Special yang sedap.

Mee Rebus yang agak berbeza kuahnya
tetapi sedap


Sate yang amat disukai oleh Nurin Iman
dan Nurin Amani


26 Mei 2010

Mei 26, 2010

Modenas Jaguh 175 - Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak

Sejak dari minggu lepas motorsikal ini sudah memberikan tanda-tanda yang ia tidak gembira. Bermula dengan lampu hadapan menjadi kurang terang, kehilangan kuasa secara tiba-tiba dan kemudiannya bunyi hon menjadi perlahan.


Modenas Jaguh 175 - Ganti Bateri Baharu
Bateri Procell "Maintenance Free"




Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak!


Itu sebenarnya tanda-tanda awal bahawa bateri sudah tidak berapa elok. Oleh kerana motorsikal Jaguh ini tidak dilengkapi dengan penghidup tendang, perkara yang berkaitan denga bateri perlu dipandang serius! Maklumlah untuk menolak motorsikal sebesar ini memang cukup seksa!



Modenas Jaguh 175 - Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak?
Modenas Jaguh 175 - Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak -lampu hadapan menjadi kurang terang, kehilangan kuasa secara tiba-tiba dan kemudiannya bunyi hon menjadi perlahan.



Bateri Procell "Maintenance Free"


Bateri Procell "Maintenance Free" yang digunakan pada motorsikal ini hanya mampu bertahan setahun! Setelah diuji menggunakkan Voltmeter ternyata kuasanya sudah mula menurun. Memang bateri tersebut bukan pilihan utama sejak dari awal lagi, tetapi kerana terdesak pada masa itu terpaksalah juga membelinya. - Cerita mengenainya di sini!



Modenas Jaguh 175 - Bateri OEM Jaguh Yuasa 12N9-4B-1
Bateri Yuasa Model 12N9-4B-1



Yuasa Model 12N9-4B-1 Jadi Pilihan


Kali ini Aku menggantikannya dengan bateri Yuasa Model 12N9-4B-1, sama seperti bateri OEM Jaguh. Insyallah bateri ini mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun jika diselenggara dengan baik. Kosnya ialah RM105.

24 Mei 2010

Mei 24, 2010

Gagal Sekarang Lebih Baik..

Masih berkisar tentang topik-topik yang dibincangkan ketika bertemu kenalan lama tempohari. Selain daripada topik Facebook, kami juga membincangkan topik yang agak berat iaitu kehidupan.

Ada Yang Sudah Berjaya

Maklumlah bila usia sudah memasuki usia 37 tahun sebahagian daripada kawan-kawan telah pun berjaya dalam hidup. Yang bekerja makan gaji, biasanya sudah berada pada tahap senior manakala bagi yang berniaga ada yang sudah berjaya. Seronok mendengar cerita kejayaan rakan-rakan.

Ada Juga Yang Masih Bertatih

Namun begitu ada juga yang masih bertatih dan terkial-kial untuk bermula semula akibat salah percaturan. Perniagaan yang tidak menjadi, pelaburan yang tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan serta hubungan peribadi yang bermasalah. Aku amat bersimpati dengan mereka namun begitu inilah realiti kehidupan! Tidak semuanya indah..

22 Mei 2010

Mei 22, 2010

Orang Jahat Takut Guna Facebook!

Bila berjumpa kenalan lama macam-macam topik akan dibincangkan! Cuma kekangan masa yang membataskan perbualan. Kalau tidak, pasti akan terkeluar segala teori paradox yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dunia :D

Facebook

Dalam banyak-banyak perkara, topik berkenaan Facebook antara yang paling menarik. Aku katakan padanya yang Facebook tidak akan digunakan oleh orang jahat! Maksud sebenar Aku berkenaan orang jahat ialah orang yang dahulunya (zaman mudanya) bersikap playboy dan playgirl!  Kalau golongan ini menyertainya dengan menggunakkan nama sebenar, Aku juga yakin yang ia tidak akan bertahan lama.


Orang Jahat Takut Guna Facebook!

21 Mei 2010

Mei 21, 2010

Danga Bay Lagi..

Kami ke Danga Bay lagi.. Seperti yang telah Aku katakan kelmarin, warga Johor Bahru memang kekurangan tempah beriadah! Cuma anak-anak ini memang tidak akan jemu ke sana.




Kali ini aktivitinya sedikit berbeza. Nurin Iman dan Nurin Amani menaiki "Merry Go Round". Permainan yang sesuai dan kelihatan selamat berbanding permainan yang lain. Lagipun Azza pun boleh menyertai dan mengawasi mereka ketika di atas permainan tersebut.





Selepas aktiviti menaiki "Merry Go Round" selesai, aktiviti biasa pun bermula.. bermain kejar-kejar. Kakak mengejar adik, adik mengejar kakak. Kemudian Azza mengejar kedua-duanya :D





Sukar untuk mengambil gambar ketika mereka sedang berkejaran. Mujur juga kamera ini dilengkapi dengan "Image Stabilizer", maka dapatlah juga menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

19 Mei 2010

Mei 19, 2010

(Aku Sayang Tulisan Jawi) اکو سايڠ توليسن جاوي

Blog ini mengandungi tulisan jawi dan memerlukan font jawi untuk dipaparkan dengan betul pada browser. Sila dapatkan di http://www.ejawi.net atau di sini.

Tulisan jawi berasal daripada tulisan arab, walau begitu masih terdapat sedikit perbezaan sebab itu walaupun font arabic telah di"install" ia masih tidak dapat memaparkan beberapa huruf dengan betul. Jadi font Jawi perlu di"install" ke dalam sistem operasi untuk memastikan browser dapat memaparkan tulisan jawi dengan sempurna.

18 Mei 2010

Mei 18, 2010

Cemburu Pada Kerjaya Guru!

Cemburu pada kerjaya Guru! Mereka ada hari istimewa, dimana mereka diraikan setiap tahun! Pada hari tersebut tentunya ada persembahan serta jamuan yang diadakan di sekolah!  Tentu seronok bila kerjaya diiktiraf  dan diberi penghargaan sewajarnya pada setiap tahun..

Hari Sambutan Untuk Kerjaya Lain?


Jadi untuk berlaku adil kepada semua, Aku ingin cadangkan supaya diwujudkan "hari sambutan" untuk kerjaya yang lain contohnya Hari Kerani, Hari System Administrator, Hari Juruteknik dan lain-lain.

Rasa Diiktiraf


Tentu meriah bukan?  Semua orang akan rasa diiktiraf serta dihargai dan seterusnya Aku pasti ia akan meningkatkan produktiviti!  Lagipun pengiktirafan tak semestinya berbentuk ganjaran tunai! Apalah salahnya diwujudkan hari istimewa bagi setiap kerjaya.. :D



Cikgu Lokman

17 Mei 2010

Mei 17, 2010

Teh Tarik Session - Siri 2

Kalau kita tidak melakukan sesuatu perkara yang istimewa, ataupun mempunyai personaliti yang unik tentu kita sukar untuk diingati!

Tiada Dalam Memori?

Oh! itulah yang berlaku .. Setiap kali pergi ke acara perjumpaan terutamanya berkaitan alumni, pasti tidak ramai yang mengingati Aku!  Rasanya ini adalah perkara biasa yang berlaku di kalangan rakan-rakan perempuan. Mujur bagi rakan-rakan lelaki tiada masalah tersebut!




Eh! Kau Dah Besarlah!


Bagi yang mengenali pula pastinya ayat pertama yang terkeluar ialah:  "Eh! Kau Dah Besarlah!" Haha nampak sangat Aku seorang yang bertubuh kecil semasa di sekolah dulu. :D

16 Mei 2010

Mei 16, 2010

Teh Tarik Session - Siri 1

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti tidak rasmi alumni. Memang sukar untuk mengumpulkan rakan-rakan di zaman persekolahan, apatah lagi setelah sekian lama tidak berjumpa dan masing-masing telah mempunyai pelbagai komitmen.

Momentum Berterusan

Sekurang-kurangnya hasil usaha Aku yang tidak seberapa ini, sedikit sebanyak telah membantu mengesan seberapa banyak rakan-rakan melalui Projek Wachaaaaaaaaa yang dilancarkan pada akhir 2005.  Alhamdulillah, momentum projek itu diteruskan di Facebook sehingga kini.

13 Mei 2010

Mei 13, 2010

Mencipta Unique Selling Point - Panduan Bagi Bakal Graduan

Sebaik sahaja diterima masuk ke universiti, Aku telah bertekad untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terbuka dihadapan mata. Aku mencerap segala ilmu yang ada dipersekitaran sama ada secara formal atau tidak sedaya yang mungkin. Aku percaya bahawa apa yang aku pelajari di universiti sama ada formal ataupun tidak akan menentukan hala tuju hidup dan masa hadapan.

Sejak alam persekolahan Aku diberitahu bahawa Menara Gading ialah lubuk ilmu. Tempat dimana kita perlu melakukan penerokaan ilmu dan bukannya menunggu untuk disuap! Di sini kita perlu proaktif, berfikiran di luar kotak serta mewujudkan perbezaan.

Bagaimana mewujudkan perbezaan?

Untuk mewujudkan perbezaan, kita perlu melakukan perkara atau tindakan yang menetang arus perdana.

Dalam kes Aku, sedang rakan-rakan sefakulti yang lain sibuk melengkapkan kursus elektif  dengan mengambil kursus-kursus mudah. Aku melakukan sebaliknya.

Kursus pelengkap fakulti dan pelengkap elektif  yang Aku pilih ialah kursus-kursus daripada Fakulti Bahasa dan beberapa kursus dari Fakulti Sains. Memang sukar untuk mendapat "A" bagi kursus-kursus tersebut tetapi itulah risiko untuk mewujudkan perbezaan.

11 Mei 2010

Mei 11, 2010

Danga Bay

Anak-anak kalau sudah lama tidak dibawa berjalan-jalan akhirnya bersungut juga. Ada sahaja yang tidak kena semasa di rumah.

Kami bukannya tidak membawa mereka keluar rumah langsung tetapi bagi anak-anak istilah berjalan-jalan itu sangat spesifik, iaitu keluar berjalan-jalan (jangan buat perkara lain!)  Kalau kami keluar dan pergi ke pasar atau hypermarket dan pulang ke kampung itu tidak dikira keluar berjalan-jalan!



Sebenarnya bagi warga Johor Bahru, kemudahan atau tempat rekreasi awam sangat terhad pilihannya sehinggakan kami tidak tahu lagi hendak pergi ke mana lagi. Balik-balik ke Danga Bay!  Oh! Mungkin kami sudah bosan.. tetapi bagi anak-anak, tempat itu menyeronokkan!


10 Mei 2010

Mei 10, 2010

Mentega Itu Berkulat!

Aktiviti wajib kami setiap minggu ialah membeli barangan keperluan dapur. Selalunya kami ke pasar basah Kip Mart dan sekali sekala ke Giant Tampoi. Minggu ini kami beralih angin untuk ke Carrefour Sutera Utama. Sebenarnya hypermarket ini ialah yang paling hampir dengan kediaman kami, jaraknya kurang daripada 5km. Cuma kami jarang ke sana kebelakangan ini.

Memandangkan stok mentega yang ada di rumah sudah hampir habis, kami membeli sebuku lagi dari "in house brand" Carrefour. Oh! Kami sekeluarga memang gemar makan roti bersama mentega.



09 Mei 2010

Mei 09, 2010

Comicstriper: Kepada Pencari Kerja Yang Pakai Kabel.

Comicstriper: Kepada Pencari Kerja Yang Pakai Kabel.

Semestinya perbuatan tersebut menutup peluang golongan yang lebih berhak! Benci betul golongan yang masuk pasaran kerja menggunakkan "kabel".

Kadang-kadang terfikir juga kalaulah terlalu ramai yang masuk menggunakkan cara itu pasti boleh mendatangkan masalah terhadap sesebuah organisasi kerana yang dipilih masuk bekerja itu bukanlah golongan yang layak berdasarkan merit!

07 Mei 2010

Mei 07, 2010

Saya Anti Rasuah Dengan Tidak Memberi Rasuah!

Sudah sembilan belas tahu Aku memandu dan menunggang motorsikal. Sudah banyak pengalaman berdepan dengan pihak berkuasa semasa memandu dan menunggang motorsikal. Jadi cerita ini berkisar dari pengalaman tersebut.

Melakukan Kesalahan


Sepanjang tempoh tersebut sudah empat kali Aku di saman. Tiga daripadanya merupakan saman memandu melebihi had laju dan bakinya merupakan saman akibat kesalahan meletakkan kenderaan. Pada kebanyakkan masa Aku sebenarnya sedar ketika melakukan kesalahan tersebut. Sengaja melakukannya dan telah bersedia mengambil risiko.

Ambil Risiko


Kalau sudah bersedia mengambil risiko dan kemudiannya di tahan Polis, bersedialah pula untuk menerima surat saman!  Jangan berikan pelbagai alasan untuk melengah-lengah cerita.  Mengaku sahaja kesalahan tersebut dengan sejujurnya. Mungkin kalau bernasib baik akan dilepaskan tetapi jangan sekali-kali cuba menutup kesalahan dengan cuba menyogok penjawat awam itu! Itu tindakkan yang tidak "gentleman" langsung!

Saya Anti Rasuah Dengan Tidak Memberi Rasuah!

06 Mei 2010

Mei 06, 2010

Anif.. Version 2.0 - Layout Baru Yey!!

Alhamdulillah.. kerja-kerja mengemaskini "layout" blog ini telah berjaya dilakukan dengan jayanya. Memang sudah lama merancang untuk melakukan perubahan pada blog untuk menjadikannya lebih mesra pengunjung dan membuang semua "widget" yang melambatkan "page loading".

Selain daripada itu, Aku telah mengintegrasikan "intensedebate" sebagai pengurus komen rasmi untuk blog ini menggantikan Echo Js-Kit.

Go to IntenseDebate


05 Mei 2010

Mei 05, 2010

Cili - Raja Segala Ubat?

Cili - Raja Segala Ubat?
Lebih dari 3,000 kajian saintifik dinyatakan di dalam US National Library of Medicine, menyokong penggunaan cili dalam mencegah dan melegakan banyak penyakit umum.  

Cili juga dinyatakan di dalam world pharmacopoeias (senarai ubat rasmi). Menurut American physicians Desk Reference, beberapa jenis ubat juga mengandungi ramuan yang dibuat cili.

04 Mei 2010

Mei 04, 2010

Suzuki FR50 Dalam Kenangan

Seperti remaja-remaja yang lain, Aku mahukan cabaran dan mencuba perkara baharu. Dalam banyak-banyak perkara menunggang motosikal dan memandu kenderaan merupakan perkara yang tidak sah kalau tidak dicuba! Sama ada mendapat kebenara atau tidak, itu lain cerita!

Dikalangan rakan sebaya, mungkin Akulah yang paling lewat sekali belajar menunggang motosikal. Ketika usia memasuki empat belas tahun baharu diberi peluang oleh Abah untuk menunggang. Itupun kerana terpaksa, Aku diajar menunggang motosikal di jalan ladang kelapa sawit untuk memudahkan pergerakkan. Maklumlah bekerja di ladang kelapa sawit ini banyak peralatan yang hendak dibawa. Daripada kereta sorong, pongkis, sabit dan batang "aluminium" nya yang panjang itu memerlukan seorang memegangnya. Kalau dah memegang peralatan macam mana hendak menunggang motosikal? Sebab itu Aku diajar menunggang motosikal.. Tujuannya amat murni iaitu untuk membantu orang tua :D

Kalau sudah pandai menunggang motosikal tetapi hanya pokok-pokok sawit sahaja menjadi saksi tentulah tidak seronok. Hendak juga diberitahu satu kampung yang Aku sudah pandai menunggang motosikal. Dari situlah bermulanya punca segala masalah.. Maklumlah remaja, menunjukkan kehebatan menunggang memang keseronokkan buat mereka. Apatah lagi bila dipuji rakan-rakan tentang keberanian atas aksi yang ditunjukkan lagilah ia menjadi-jadi.


Suzuki FR50
Suzuki FR50

Menunggang berkumpulan pusing-pusing satu kampung merupakan aktiviti harian. Mungkin disebabkan Abah hanya ada motosikal Suzuki FR50, jadi tidaklah boleh Aku nak berlumba dengan rakan-rakan yang mempunyai Honda C70. Haha. tertinggal jauh bertiang-tiang beb!  Mungkin itu lah hikmahnya.. motosikal tidak cukup berkuasa! Tidak boleh nak ber "wheelie" dengannya.. apalagi melakukan aksi "wikang"!  Maka terselamatlah Aku daripada terjebak menjadi "Mat Rempit"!

Oh! Sekarang media arus perdana sudah menukar istilah dari Mat Rempit kepada Samseng Jalan Raya!

Kredit (gambar) - Suzuki Motorcycles.org

03 Mei 2010

Mei 03, 2010

Brand New Video: SGE feat Pak Samad


Rujuk - http://kamalsabran.blogspot.com/2010/04/brand-new-video-sge-feat-pak-samad.html untuk lebih lanjut mengenai projek ini.

Karya seni yang hebat seperti ini tidak mendapat tempat di media arus perdana! Memang amat mengecewakan. Sepatutnya rancangan televisyen seperti Melodi yang amat popular itu, mengutip berita-berita seperti ini untuk diberitahu dan diwar-war pada penonton.

Gossip sebagai rencah utama didalam rancangan hiburan sememangnya akan mematikan seni itu sendiri.. Anggap sahaja rancangan hiburan di Malaysia sudah hilang fokus!

01 Mei 2010

Mei 01, 2010

Header | Banner Untuk Blog Sendiri

Kegilaan membuat Banner | Header semakin menjadi-jadi. Kali ini Aku mencuba untuk membuat "design" yang sedikit kompleks (pada Aku la.. pada orang lain mungkin kacang je ni). Bagi yang sudah "Pro" tentulah tidaklah sesukar mana, tetapi bagi Aku yang baru beberapa minggu cuba membuatnya sendiri, ini merupakan satu langkah yang besar! Seronok rupanya membuat "graphic design" ni..