BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Julai 2010

29 Julai 2010

Julai 29, 2010

USB Flash Drive - Siri 2

Walaupun USB Flash Drive tidak berapa disukai oleh System Administrator, kegunaannya yang begitu mudah serta dapat menyimpan data dalam kapasiti yang  besar menyebabkan ia begitu disenangi sebagai media storan luaran yang popular. Faktor harganya yang rendah juga mendorong kepada peningkatan penggunaannya. 

Selain daripada digunakan sebagai media storan luaran, USB Flash Drive juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows Vista dan Windows 7.



Fungsi peningkatan prestasi di dalam sistem pengoperasian Windows dikenali sebagai ReadyBoost. Untuk mengaktifkan ReadyBoost amat mudah. Cuma pasang ThumbDrive diport USB dan sistem pengoperasian Windows akan memaparkan screen untuk pengguna membuat pilihan samada untuk mengunakan Flash Drive tersebut untuk tujuan storan atau peningkatan prestasi (ReadyBoost).


Apabila pemilihan sudah dibuat, pengguna dikehendaki menyatakan had kapasiti yang mahu digunakan sebagai ReadyBoost atau bersetuju dengan cadangan sistem pengoperasian Windows.

28 Julai 2010

Julai 28, 2010

NiQuitin - Membantu Menghilangkan Ketagihan Merokok

Sejak beberapa minggu yang lepas, terperasan dikaca televisyen adanya iklan mengenai NiQuitin yang membantu golongan perokok untuk berhenti merokok secara berperingkat-peringkat. Sebenarnya produk ini memang sudah lama berada dipasaran, cuma di Malaysia inilah pertama kali ia diiklankan di televisyen.


NiQuitin - Membantu Menghilangkan Ketagihan Merokok

"NiQuitin sebenarnya adalah rangkaian produk pengganti nikotin yang membantu perokok berhenti dengan menggantikan nikotin yang didapati daripada merokok kadar yang lebih stabil, serta pada tahap yang lebih rendah yang membantu proses berhenti merokok. Nikotin terapeutik yang ada pada NiQuitin berkesan bagi mengurangkan ketagihan nikotin.Kredit, Wikipedia.org

Walaupun pengeluar produk ini mengatakan ianya selamat, masih terdapat beberapa kesan sampingan yang dilaporkan antaranya ruam, pening kepala, rasa tidak selesa dan yang paling menakutkan ialah kebergantungan (ketagihan) kepada NiQuitin itu sendiri! Rujuk - patientsville.com


Berdasarkan kepada pegalaman lalu, untuk berhenti merokok tidak perlukan terapi khusus. Cuma apa yang perlu ialah keazaman yang jitu serta fokus untuk mencapai matlamat. 

Sebenarnya agak pelik juga jika ada ubat yang dikatakan dapat merawat atau membantu seseorang berhenti merokok. Lebih-lebih lagi ubat yang diguna mengandungi nikotin. Merawat ketagihan nikotin dengan memberi ubat mengandungi nikotin?  Patutlah antara kesan sampinganya ialah ketagihan terhadap ubat itu sendiri akhirnya.. Tidak selesai masalah bukan?  

Aku tidak mengatakan ubat ini tidak bagus. Cuma perlu berhati-hati serta sila ikuti dengan sempurna segala peraturan pengambilanya. Jika tidak pasti akan buruk juga akibatnya jika disalah guna!

27 Julai 2010

Julai 27, 2010

USB Flash Drive - Siri 1

Di atas meja pejabat, ada 5 buah USB Flash Drive ataupun lebih dikenali sebagai ThumbDrive dan Pen Drive.  Apa nak dihairankan kerana ini merupakan pemandangan biasa dikebanyakkan pejabat sekarang. Maklumlah selepas berakhirnya era Floppy Disk, media storan ini adalah pengganti sempurnanya.



Walaupun USB Flash Drive ini amat berguna untuk menyimpan data, ia juga merupakan mimpi ngeri kepada kebanyakkan System Administrator.  Malah ada sesetengah syarikat telah mengharamkan penggunaannya atas tujuan keselamatan.

Disebabkan ia merupakan pengganti sempurna kepada Floppy Disk, maka ia juga mewarisi kelemahannya. USB Flash Drive merupakan antara punca utama kepada penyebaran Virus!

25 Julai 2010

Julai 25, 2010

Rojak Petis

Tiba-tiba terdetik hendak makan Rojak Petis! Entahlah mungkin sebab sudah lama tidak memakannya. Lebih kurang pukul 10:00 malam akhirnya kami keluar menuju ke bandar Johor Bahru. Pusing-pusing di sekitar bandar sebentar dan akhirnya menuju ke Dataran Bandaraya.

Kalau di Johor Bahru satu kawasan di mana paling banyak gerai menjual Rojak Petis ialah bersebelahan dengan Dataran Bandaraya. Bukan setakat Rojak Petis, Yang Tau Fo serta Steamboat juga banyak dijual.

Err sebenarnya Aku keliru antara Yong Tau Fu dan Steamboat Kalau diletak sebelah menyebelah mungkin Aku tidak tahu perbezaannya atau mungkin ia hanya masalah nama sahaja yang merujuk kepada makanan yang sama? Apa-apa pun misi hari ini ialah mencari Rojak Petis terbaik di Johor Bahru! :D 


Gerai-gerai yang dimaksudkan sebenarnya merupakan gerai bergerak yang dahulunya mereka ini berniaga di sepanjang Pantai Lido tetapi disebakan projek pembinaan "Coastal Highway", mereka dipindahkan di sini.





Setibanya di sana Kami segera mencari tempat duduk. Memang ramai orang, maklumlah malam minggu! Akhirnya kami mendapat tempat tempat duduk di Gerai Zali No 9. Aku segera memesan "Rojak Petis" manakala Azza dan anak-anak makan "Steamboat".

Rojak Petis itu sangat sedap tetapi Aku akui ia terlalu pedas untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak tahan pedas! Apa-apa pun misi mencari Rojak Petis ini dianggap berjaya.. Mungkin dilain kali Kami akan mencuba gerai No 1, 2 dan seterusnya..

Kalau mahu makan "Rojak Petis" di sini, sila pesan air minuman lebih!


23 Julai 2010

Julai 23, 2010

Dicakar Kucing

Kejadian berlaku masa balik ke kampung tempohari.  Disebabkan menonton perlawanan bola sepak piala dunia, akhirnya kami tidur dihadapan TV. Tidak tahu pula yang Abah ada membela seekor kucing. Menurut adik kucing itu datang sendiri ke rumah..

Mungkin pada kebiasannya di situ tiada orang tidur, kucing itu pun lalu di situ seperti biasa. Apabila menyedari terdapat ramai orang yang sedang tidur diatas lantai, kucing tersebut panik!  Hendak dijadikan cerita kucing tersebut melompat dan berlari diatas orang yang sedang tidur.


Nasib memang tidak berapa baik, dalam kelam kabut itu Aku telah "dicakar" oleh kucing tersebut.

21 Julai 2010

Julai 21, 2010

Dataran Bandaraya

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga ke Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk menghantar Nurin Iman menyertai pertandingan mewarna.  Pertandingan tersebut diadakan sempena Karnival Perpaduan 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.





Sementara menunggu Nurin Iman selesai menyertai pertandingan tersebut, kami berjalan-jalan di sekitar dataran. Oleh kerana kami sampai di sana agak awal, banyak gerai-gerai pameran yang belum dibuka.

Hanya gerai PDRM dibuka paling awal dan yang menarik perhatian, tentunya '"Helang Lebuhraya" dan motorsikal peronda polis traffik "Honda ST1300". Enjin kedua-dua kenderaan tersebut masih panas semasa dipamerkan kepada orang ramai!





Nurin Iman begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan ini walaupun sebenarnya perkara yang paling dia tidak berapa gemar ialah mewarna!





Tidak mengapalah, lagipun kami yakin dengan menyertai pertandingan seperti ini dapat memberi pendedahan dan amat bagus untuknya supaya lebih berkeyakinan.


19 Julai 2010

Julai 19, 2010

Telur Pindang

Kalau berkunjung ke majlis perkahwinan di negeri Johor, jangan terkejut sekiranya anda menerima telur ayam yang bewarna gelap ini. Ini ialah "Telur Pindang"! Ia juga merupakan antara kelainan makanan didalam majlis perkahwinan di Johor.

Sayangnya sekarang tidak ramai yang mengamalkan tradisi ini sekarang, sebaliknya mereka menggantikannya dengan gula-gula serta makanan ringan. Mungkin kerana untuk membuatnya memakan masa yang panjang menyebabkan ia dipinggirkan.



Gambar kredit - Wiki



Bila menghadiri majlis perkahwinan di sekitar Johor, kadang-kadang terdetik difikiran sama ada pihak tuan rumah ini akan memberi "Telur Pindang" ketika sedang makan atau meninggalkan majlis nanti.

Tetapi peluang untuk mendapat "Telur Pindang" ini biasanya lebih cerah jika dapat menyertai acara menepung tawar kerana selesai acara kita akan mendapat cenderahati berupa bunga telur.. dan biasanya bunga telur di Johor diisikan dengan "Telur Pindang". :D





Menurut artikel Wiki - http://ms.wikipedia.org/wiki/Telur_pindang

Telur pidang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamaan di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.

Telur pidang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.

Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai.

Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.


Teringat semasa kecil dahulu, ketika balik daripada majlis perkahwinan. Sebaik sahaja sampai ke rumah terus membuka bungkusan cenderahati yang diterima oleh emak. Seronok bukan kepalang bila emak mengatakan didalamnya terdapat telur. Segera mencarinya tetapi tidak jadi hendak memakannya kerana warna gelap serta menyangkakannya ia telah busuk! Nasib baik juga tidak membuangnya ke tong sampah! Mujur emak menerangkan yang ia adalah "Telur Pindang" yang istimewa dan sangat susah untuk membuatnya.

Perkara yang sama juga sering berlaku kepada orang yang bukan berasal dari Johor kerana menyangka yang telur itu sudah rosak dan tidak boleh dimakan!  Janganlah dibuang.. kalau tidak tentu terlepas peluang untuk menikmati keenakannya.


18 Julai 2010

Julai 18, 2010

Hari Sukan Sekolah - Siri 2

Hari Sukan Sekolah tiba lagi.. Ini merupakan kali kedua Nurin Iman menyertainya. Tahun ini dia lebih bersedia. Berbanding tahun lepas, sehari sebelum hari sukan tiba dia demam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma keadaan padang yang agak lembab berikutan sehari sebelum acara bermula telah berlakunya hujan lebat.

Tahun ini dia masih diberi kepercayaan untuk membawa sepanduk ketika perbarisan. Bilangan pelajar di sekolahnya sudah meningkat. Tahun lepas jumlah pelajarnya cuma 6 orang manakala tahun ini, jumlahnya telah meningkat kepada 14 orang.






Walau bagaimanapun tidak semua acara dapat disertai mereka kerana bilangan pelajarnya masih tidak cukup ramai. Prestasi mereka tentunya jauh lebih baik daripada tahun lepas :D








Bukan sahaja kakanya yang bersemangat, adiknya juga begitu. Lihatlah gayanya semasa melihat kakaknya menyertai acara perasmian dan perbarisan.





Rasanya dia lebih bersemangat daripada kakaknya. Konon-kononnya la..

17 Julai 2010

Julai 17, 2010

Durian

Selepas membantu menolak kereta yang tersangkut dihadapan rumah, Kami ke belakang rumah. Menurut Arshad (Adik), sejak dua tiga hari ini memang banyak buah durian yang luruh. Setiap hari pasti ada.

Kalau begitu, aktiviti malam itu pastiya mencari durian. Kami terus ke belakang rumah dan menuju ke pokok durian yang sedang lebat berbuah itu.


Adik terus pegi ke bawah pokok dan menyuluh disekitarnya. Itu dia.. 3 biji durian yang baru luruh! Memang rezeki kami. Didalam gelap itu sempat juga mengambil gambar!


Pokok durian ini Abah yang menanamnya. Dahulu bila pulang dari sekolah Aku yang menyiram dan membajanya. Aku berjaya mengelakkan diri daripada ditugaskan menjaga pokok buah-buahan setelah diterima masuk ke sekolah berasrama :D Sekarang sudah 22 tahun usia pokok durian ini.

15 Julai 2010

Julai 15, 2010

Perubahan Minimum..

Beberapa perubahan minimum telah dilakukan terhadap blog. Mungkin sebab sudah bosan dengan "text link", Aku mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan "button" bergambar. Cuma perlu cari gambar-gambar yang sesuai dan sedikit proses mengedit. Inilah hasilnya..


Tujuan menggantikan "text link" dengan "button" ialah untuk menambah warna pada blog dan mewujudkan suasana baru. Harap-harap ia tidak menjejaskan prestasi "Page Loading". 


14 Julai 2010

Julai 14, 2010

Jangan Tiru Aksi Ini

Sedang menonton perlawanan bolasepak diantara Germany vs Argentina, tiba-tiba Aku dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat dihadapan rumah. Aku dan Abah segera keluar. Kami terkejut kerana ada kereta termasuk ke dalam longkang! Eh! Sebelah tayarnya tergantung di atas longkang :D

Selang sebuah rumah ada majlis perkahwinan. Abah pun baru sahaja pulang dari majlis "rewang". Kereta ini pun dari rumah tersebut. Rasanya pemandu itu cuba untuk membuat pusingan. Jambatan dihadapan rumah Abah memang tempat popular untuk membuat pusingan keluar. Masa dia masuk ke jambatan itu memang tiada masalah tetapi bila beliau cuba untuk mengundurkannya tayar hadapannya terus masuk ke tepi dan tergantung diatas jambatan! (Rasanya pemandu tersebut terlupa untuk menegakkan semula atau pun terlebih memulas stereng keretanya)


Mujur juga masih ramai orang di rumah orang kahwin, senanglah untuk meminta bantuan menolak keluar kereta tersebut. Lagipun pemandunya seorang perempuan muda (kawan si pengantin) tentu ramai yang berminat untuk menolong kalau tidak diminta pun :D

12 Julai 2010

Julai 12, 2010

Muar - Siri 3

Sebelum berangkat untuk meneruskan perjalanan balik ke Kluang, Kami singgah di medan selera yang berhampiran.  Tidak lengkap perjalanan sekiranya tidak menikmati "Mee Bandung Muar" jika sudah sampai ke Bandar Muar! Tidak susah mencarinya kerana hampir kesemua gerai ada menjualnya. 




Oleh kerana tiada cadangan dan rujukan daripada sesiapa, Kami tidak tahu gerai yang mana menyediakan hidangan yang paling baik di medan selera tersebut. Tidak mengapa.. Rasanya itu bukan perkara penting pun. Janji makan Mee Bandung di Muar pastinya sudah dikira makan "Mee Bandung Muar" yang "original"!






Jadi, Kami memilih gerai yang tidak berapa sibuk dengan pelanggan. Alhamdulillah apa yang Kami minta menepati jangkaan dari segi rasa! Maklumlah nama "Mee Bandung Muar" itu telah dijaja ke selurah pelusuk negara. Kalau tidak sedap, tidak tahu apa lagi yang hendak diperkatakan.

Selain Mee Bandung, di Muar juga terkenal dengan Masakan Asam Pedasnya tetapi Kami tidak sempat untuk mencubanya memandangkan masa dan keadaan tidak mengizinkan. Insyallah kalau ada rezeki serta kesempatan, kami akan datang lagi ke Muar!

Artikel Berkaitan:

Muar - Siri 2
Muar - Siri 1

10 Julai 2010

Julai 10, 2010

Muar - Siri 2

Tidak sah kalau sudah sampai di Muar untuk tidak singgah di Tanjung Emas! Selesai menghadiri majlis perkahwinan, Kami terus mencari arah untuk ke Tanjung Emas.

Memang tidak sukar untuk mencari arah sebaik sahaja keluar dari Dewan Jubli Intan memandangkan ia adalah antara tempat terpenting di bandar Muar! Jadi ada cukup tanda arah untuk dijadikan panduan untuk menuju ke sana.






Sebaik sahaja tiba, Kami terus menyusuri tepian benteng. Cuaca memang tidak begitu panas kebelakangan ini, memang selesa untuk melakukan aktiviti santai dan berjalan-jalan.


Sambil berjalan-jalan dan melayan anak-anak bermain, mata sentiasa memerhati gelagat warga Muar. Memang ada sesuatu yang istimewa tentang mereka terutama anak-anak remaja di sini.

Aku amat berminat dengan  basikal yang mereka gunakan. Sangat "retro"! Kalau di tempat lain, Aku pasti  tiada yang sanggup untuk menaikinya untuk pergi ke bandar!  Basikal jenis ini, hanya orang lama (Atuk dan Nenek) gunakan di kampung dahulu!

Sebenarnya sejak dari awal sampai ke bandar Muar memang sudah terperasan beberapa remaja menaikinya tetapi setelah banyak kali ternampak, maka Aku simpulkan di Muar menaiki basikal lama memang trend yang sedang "hype"!




Akhirnya setelah selesai solat di perkarangan masjid terserempak pula dengan 4 orang adik ini dan terus memanggil mereka untuk diambil gambarnya. Sangat "Cool" bukan? Menunggang basikal "retro", Skinny Jeans, bersandal Crocs dan penuh dengan Jibbitz!

Teringat dahulu semasa belajar menunggang basikal di kampung... dan Inilah jenis basikalnya :D

09 Julai 2010

Julai 09, 2010

Hospital

Melawat Adik ini di Hospital Pakar Putri semalam. Anak kepada seorang rakan sekerja. Adik ini terlibat di dalam kemalangan ketika turun dari van sekolahnya.

Sebaik turun dari Van dan hendak melintas jalan, beliau dilanggar sebuah kereta. Kesian, kakinya patah. Mujur tiada kecederaan lain.


Untuk ibu bapa yang mempunyai anak, sila pesan pada anak-anak supaya berhati-hati ketika hendak melintas jalan.

08 Julai 2010

Julai 08, 2010

Muar - Siri 1

Akhirnya Kami sampai juga di Muar, setelah bertahun-tahun tidak ke sana! (Seingat Aku kali terakhir ke sana ialah pada tahun 1999!)  Bermakna sudah lebih 11 tahun tidak menjejakkan kaki di Muar! Azza lagilah.. beliau memang langsung tidak pernah ke sana!

Kami ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan yang sama-sama menuntut di universiti. Majlis diadakan di tengah-tengah bandar Muar iaitu di Dewan Jubli Intan berhadapan dengan Wetex Parade. 

Memang sudah lama benar tidak melalui dan singgah di Muar. Terasa banyak perubahan yang telah dan sedang berlaku.




Kami sampai di sana sekitar jam 1:00 tengahari. Mujur juga ada alat GPS yang membantu. Kalau tidak tentu Kami tiba lebih lewat! Pengantin sudah pun bersanding dan majlis menepung tawar sudah hampir ke penamat. Kedua mempelai sedang bersedia untuk makan berdamai.

Sebaik tiba, Kami mulakan dahulu perkara pertama iaitu menjamu selera. Memang sampai pun sudah tengahari, jadi sesuai sangatlah untuk makan tengahari. Anak-anak, kalau perut mereka sudah diisi akan kurang ragamnya :D

Setelah selesai dan pengantin pun sudah selesai makan berdamai, baharulah kami mengambil giliran untuk berjumpa pengantin.





Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada kedua mempelai. Akhirnya mereka disatukan. Permulaan kepada perkara yang lebih hebat baharu sahaja bermula! Buat "Yuhany", tahniah sekali lagi diucapkan dari Kami sekeluarga. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

06 Julai 2010

Julai 06, 2010

Sambutan Haji Jadi Lagi!

Bagus juga bila pihak sekolah mengadakan majlis hari jadi berkelompok untuk semua murid. Maklumlah bagi pelajar yang lahir pada pertengahan Jun, November dan Disember, mereka terpaksa melupakan sambutan bersama-sama rakan yang lain di sekolah kerana bertembung dengan cuti semester!



Hal yang sama sering terjadi kepada Nurin Iman dan akan datang, Nurin Amani. Jadi idea untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi secara berkelompok ini memang sangat dialu-alukan.




Sejurus selepas kembali daripada cuti pertengahan semester yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan majlis hari jadi berkelompok untuk semua pelajar di McDonalds. Memang banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak Mcdonalds untuk mereka serta sesi lawatan ke "dapur" untuk melihat bagaimana penyediaan makanan dilakukan.

Jadi tercapailah hasrat Nurin Iman untuk menyambut hari jadi bersama rakan-rakan sekolahnya yang lain dalam suasana yang amat meriah!


05 Julai 2010

Julai 05, 2010

Bazar JB - Singgah Sebentar..

Tempohari, Kami ke Bazar JB lagi. Kami melalui jalan di hadapan Pejabat POS Besar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Selalunya apabila melalui jalan tersebut mata sudah pastilah tertumpu pada pancuran air dihadapan bangunan tersebut dan selalunya ia tidak dihidupkan. Ianya memang cantik kalau dihidupkan terutamanya di waktu malam!




Kami bernasib baik, pada hari tersebut ia dihidupkan! Peluang tersebut tidak Kami lepaskan. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di situ.




Seingat kami, Nurin Iman pernah bergambar di situ dahulu. Jadi kali ini ia khas buat Nurin Amani.



Kedua-dua anak Kami sangat gembira semasa berada di situ. Cuma Kami terpaksa berhati-hati memerhatikan mereka kerana persekitarannya agak licin dan jika tidak berhati-hati mudah sahaja untuk terjatuh!