BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Ogos 2010

Ogos 31, 2010

Projek Corn Flakes Madu

Sudah menjadi tradisi keluarga, tiap-tiap tahun Azza akan membuat kuih raya. Kuih-kuih yang mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkannya menjadi pilihan. Tahun ini seperti tahun -tahun yang sebelumnya "Corn Flakes Madu" menjadi kuih pertama yang berjaya disiapkan.


Tentunya anak-anaklah yang paling seronok apabila tiap kali Azza membuat kuih raya. Cuma tahun ini anggota terbaharu didalam keluarga sudah pandai menolong.  Tahun lepas Nurin Amani masih belum tahu apa-apa. Tahun ini dia menolong mengawatkan suasana!


Pada mulanya dia tidak mahu langsung merasa kuih tersebut disebabkan warnanya yang agak gelap. Hitam katanya.

Tetapi setelah dia merasa kesedapan kuih tersebut, memanjang asyik meminta dari Azza untuk memakanya.  Dia umpama tukang rasa untuk projek membuat kuih raya untuk tahun ini menggantikan kakanya.

30 Ogos 2010

Ogos 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 53

Sebagai Rakyat...

Esok Negara akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53. Sesungguhnya Aku amat gembira kerana negara telah mencapai banyak kemajuan sepanjang tempoh berkenaan. Kejayaan yang dikecapi bukan datang denga mudah.

Semoga negara ini terus kekal berada didalam kestabilan dan kemakmuran. Semoga semua rakyat sentiasa merasa selesa serta dikurniakan rezeki yang setimpal dengan usaha dan titik peluh mereka. Amin.


Sebagai Individu...


29 Ogos 2010

Ogos 29, 2010

Baju Basahan, Baju Jalan

Dalam pada sibuk membuat persiapan hari raya dan membeli pakaian untuk anak-anak dan isteri, tiba-tiba teringat kisah semasa Aku kecil dahulu. Kisah yang amat berkait rapat dengan pakaian.

Semasa kecil, arwah emak sentiasa mengasingkan pakaian kami adik beradik. Maksudnya sentiasa akan ada 2 kategori pakaian iaitu yang pertama Pakaian Basahan dan yang kedua Pakaian Jalan. Biar Aku terangkan apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua kategori tersebut:

Baju Basahan


Ini ialah pakaian yang kami gunakan seharian. Maksudnya pakaian yang dipakai ketika berada di rumah untuk bermain.

Baju Jalan


Yang ini memang istimewa umpama pakaian rasmi. Pakaian yang dipakai ketika hendak keluar berjalan-jalan, melawat saudara mara serta ke majlis. Pakaian ini sentiasa disimpan didalam almari emak. Pantang untuk dipakai kalau tidak ada keperluan. Boleh kena marah kalau memakainya tanpa alasan kukuh!

Sekarang bila sudah berkeluarga, Aku sangat faham kenapa arwah emak berbuat begitu. Maklumlah dahulu kehidupan tidaklah sesenang sekarang. Untuk mendapat pakaian yang baharu terpaksa menunggu sehingga hari raya (itu pun jika ada). Jadi ia terpaksa disimpan untuk mengelakkan daripada cepat lusuh dan hanya dipakai bila hendak keluar ke bandar dan apabila ada acara penting.

27 Ogos 2010

Ogos 27, 2010

Aku Masih Seperti Dahulu

Seorang kawan lama memberitahu: "Walaupun lama tak jumpa, Aku tetap akan kenal hang sebab rambut dan gaya hang masih macam dulu!."  Itu kata-kata seorang rakan yang sudah lebih 16 tahun tidak ditemui di Facebook.

Gaya Masih Sama?


Sudah sebati dengan jiwa agaknya. Walaupun Aku bekerja makan gaji, penampilan berambut panjang paras bahu masih menjadi identiti sejak tahun 1994.

Mujur juga syarikat tempat Aku bekerja tidak kisah sangat tetang penampilan, sebab apa yang penting ialah prestasi kerja. Nasib baik juga Aku bekerja di syarikat swasta, jika di pejabat kerajaan jangan mimpilah hendak menyimpan rambut sedikit panjang!


Tetap Grunge


Sudah lebih 12 tahun Aku meninggalkan universiti, namun gaya berpakaiann dan penampilan "grunge" masih kekal sehingga sekarang. 

Clothing commonly worn by grunge musicians in Washington consisted of thrift store items and the typical outdoor clothing (most notably flannel shirts) of the region, as well as a general unkempt appearance. The style did not evolve out of a conscious attempt to create an appealing fashion; music journalist Charles R. Cross said, "Kurt Cobain was just too lazy to shampoo," and Sub Pop's Jonathan Poneman said,
"This [clothing] is cheap, it's durable, and it's kind of timeless. It also runs against the grain of the whole flashy aesthetic that existed in the 80's.  - Sumber Wiki

26 Ogos 2010

Ogos 26, 2010

Berbuka Di Restoran Makanan Segera? Mengapa Tidak..

Tiada idea untuk menyediakan juadah berbuka puasa? Ataupun semua makanan yang di jual di bazar ramadhan sudah dicuba. Apa kata kalau berbuka di restoran makanan segera?  Kebanyakan restoran makanan segera juga menawarkan pelbagai pilihan makanan dengan harga yang berpatutan. Antaranya:


1. McDonalds

McValue Buka Puasa bermula dari RM5.95


2. Kentucky Fried Chicken (KFC)

KFC Jom Jimat bermula dari RM5.90






3. A&W

Aroma Ramadhan bermula dari RM11.50



 4. Pizza Hut

Citarasa Ramadhan bermula dari RM9.50


Rasanya kadar harga di restoran makanan segera ini adakalanya lebih munasabah daripada makanan yang dijual di bazar ramadhan. Walau bagaimanapun, pilihan ditangan anda.. Berbuka Di Restoran Makanan Segera? Mengapa Tidak.. "Selamat Berbuka Puasa.."




25 Ogos 2010

Ogos 25, 2010

Metrojaya Raya Sale Di EXPO Danga City Mall Johor Bahru

Berita baik terutamanya bagi warga Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Bagi yang masih belum membeli atau melengkapkan persiapan hari raya, ini antara peluang terbaik untuk mendapatkanya pada harga yang berpatutan.

Metrojaya Raya Sale ini akan diadakan di EXPO Danga City Mall, Johor Bahru bermula pada 27 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010 (11:00am - 9:00pm). Diskaun yang ditawarkan sehingga 80%.



24 Ogos 2010

Ogos 24, 2010

Jangan Tanya Soalan Ini! Sangat Sensitif.. OK!

Bila berjumpa rakan-rakan lama tentu ada sahaja maklumat terkini yang akan disampaikan dan dikemaskini berkaitan dengan rakan-rakan yang lain. Ada sahaja ceritanya.

Gossip?

Biasalah hidup memang tidak meriah tanpa sedikit gossip! Perlu ada sedikit perasa tambahan untuk memeriahkan suasana. Walau bagaimana pun terlebih perasa tambahan tentunya akan menimbulkan ketidakselesaan.


23 Ogos 2010

Ogos 23, 2010

Tips Untuk Membangunkan Anak Bersahur #1

Agak sukar untuk mengejutkan anak yang mula belajar berpuasa untuk bangun bersahur. Memang diakui itu antara cabaran dalam mendidik anak untuk menjalani ibadat berpuasa.

Nurin Iman juga tidak terkecuali. Memang sukar untuk membangunkanya. Kalau sudah bangun pun, matanya tetap terpejam lagi. Sehinggakan sewaktu mengunyah makanan pun, matanya belum celik lagi.

Tetapi pagi ini dia bangun dengan penuh bersemangat! Tiada tanda-tanda mengantuk walaupun jam menunjukan pukul 5:00 pagi. Sebabnya Azza telah membisikan ke telinganya yang dia akan dapat makan aiskrim selepas makan nasi.

Kesimpulanya untuk memastikan anak-anak boleh bangun untuk bersahur, ibu bapa perlu menyediakan satu tarikan berupa makanan kegemaran yang paling sukar untuk anak-anak tolak contohnya seperti aiskrim! Rasanya setiap ibu bapa mesti tahu apa yang disukai oleh anak mereka. Jadi gunakan peluang ini sebaik mungkin.
Ogos 23, 2010

Lagu Raya Pilihan - Keputusan Undian

Undian Lagu Raya Pilihan secara rasminya telah ditutup. Bermula pada 18/08/2010 sehingga 23/08/2010. Sebanyak 48 Orang responden telah mengundi. Berikut ialah keputusan undian tersebut:


Terima kasih diucapkan kepada pengunjung blog yang telah memberikan kerjasama.

Dengan ini diisytiharkan bahawa lagu "Dendang Perantau" yang dinyanyikan oleh P. Ramlee merupakan Lagu Raya Pilihan bagi Blog Anif.. Version 2.


22 Ogos 2010

Ogos 22, 2010

Singgah Bazar Ramadan

Setelah 11 hari berpuasa, ini adalah kali pertama Aku berpeluang ke Bazar Ramadan. Selalunya memang tidak berkesempatan kerana kebiasaanya pulang agak lewat dari tempat kerja. Sejak mula berpuasa hanya Azza dan anak-anak sahaja yang pergi ke bazar ramadhan.

Akhirnya semalam Aku ke bazar ramadan menemankan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa. Lagipun ini adalah aktiviti wajib bagi Nurin Iman sejak dia mula berpuasa penuh!


Mula-mula kami ke gerai menjual cucuk-cucuk!  Nurin Iman dan Nurin Amani memanggilnya cucuk-cucuk kerana makanan tersebut di cucuk menggunakan lidi sate. Ini makanan wajib bagi kakak dan adik.


Kemudian kami ke gerai menjual kuih tepung pelita atau ada sestengah orang memanggilnya kuih tako. Tak kisahlah apa pun namanya, ini kuih wajib untuk Nurin Iman. Ia dijual dalam kuantiti 5 dan berharga RM2. Rasanya Nurin Iman masih belum ketinggalan dari membeli kuih ini sejak dari awal ramdan lagi.


21 Ogos 2010

Ogos 21, 2010

"Mood" Kemerdekaan Ketika Ramadhan

Tidak lama lagi  pada 31 Ogos 2010, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke 53. Sempena sambutan tersebut rasanya sudah sesuai untuk blog ini menimbulkan "mood" kemerdekaan melalui "Banner | Header" yang baharu.



Istimewanya sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah ia jatuh didalam bulan Ramadhan. Tema Hari Kemerdekaan Kali ke 53 ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Selain dari memyambut Hari Kemerdekaan, negara juga akan menyambut Perayaan Hari Malaysia yang akan di sambut pada 16 September 2010.


19 Ogos 2010

Ogos 19, 2010

Bikers, Berhati-Hati Menunggang Ketika Musim Hujan

Sejak seminggu yang lepas, hujan sudah menjadi kebiasaan. Kalau tidak di waktu pagi, ia akan turun pada sebelah tengahari dan petang.

Oleh kerana hujan kerap turun, permukaan jalan raya turut mengalami perubahan. Lubang-lubang di atas permukaan jalan raya mudah terbentuk terutamanya jika kawasan itu pernah mengalami tumpahan minyak. Dalam sehari dua, lubang yang dahulu tiada pun boleh terbentuk!

Kawasan biasa terdapat lubang-lubang ialah diperhentian lampu isyarat serta kawasan berhampiran perhentian bas dan sambungan antara jambatan.

Memang mencabar bila menunggang motorsikal didalam hujan dan diburukan lagi dengan keadaan permukaan jalan raya yang tidak sempurna. Seperti yang diketahui oleh kebanyakan penunggang motorsikal, dalam keadaan basah tentunya brek tidak berfungsi pada tahap optimum.

18 Ogos 2010

Ogos 18, 2010

Lagu Raya Pilihan Sepanjang Zaman!

Entahlah, tiba-tiba terasa ingin tahu apakah lagu raya yang paling diminati dan menjadi pilihan sepanjang zaman terutamanya di Malaysia.

Terlalu banyak lagu-lagu bertemakan hari raya tetapi Aku berpendapat hanya yang terbaik sahaja dari segi melodi dan lirik akan tetap diminati sampai bila-bila.
 
Oleh yang demikian Aku telah menyenaraikan 10 buah lagu yang difikirkan antara yang terbaik mengikut citarasa sendiri didalam bentuk "poll" (undian). Poll tersebut Aku letakkanya di sebelah kanan blog.






Mungkin pilihan ini serupa dengan pilihan masyarakat umum atau pun berbeza sama sekali. Aku sekadar ingin tahu..

Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

17 Ogos 2010

Ogos 17, 2010

Mahu Tambah Rezeki Dan Pendapatan? Mari Masuk Pertandingan..

Mungkin ramai yang terlupa selain daripada memperolehi pendapatan daripada cara biasa iaitu melalui pekerjaan, berniaga dan menulis blog membuat kerja lebih masa serta kerja sambilan, ada satu lagi peluang keemasan yang perlu dimanfaatkan iaitu menyertai pertandingan.

Sepanjang bulan Ogos dan September terdapat beberapa pertandingan yang  telah berjaya dikesan antaranya ialah:

1. Pertandingan "Maggi Hari Malaysia" 01/08/ 2010 -16/09/ 2010


Untuk keterangan lebih lanjut sila layari - Halaman Web Rasmi Pertandingan

2. Pertandingan "Shell V-Power 97" 05/08/ 2010 - 30/09/2010


Untuk keterangan lebih lanjut sila layari - Halaman Web Rasmi Pertandingan

15 Ogos 2010

Ogos 15, 2010

Koleksi Lagu Hari Raya Yang Wajib Ada

Koleksi Lagu Hari Raya Yang  Wajib Ada
Kebanyakkan premis perniagaan sudahpun memutarkan lagu-lagu bertemakan Hari Raya. Adakah terlalu awal untuk "mood" hari raya? Dari sudut komersial tentunya tidak. Apa sahaja perkara yang melibatkan perayaan akan dieksploitasi secara maksimum. 

Walau bagaimanapun tidaklah keterlaluan dikatakan semasa berpuasa ini perlahan-lahan mood hari raya ini akan datang. Bila ingin meningkatkan "mood" Hari Raya, kenalah dengar lagu-lagu yang bertemakan Hari Raya.


Lagu Hari Raya Klasik vs Lagu Hari Raya Baharu?


Sudah pastinya Aku lebih gemarkan yang lama berbanding lagu terkini. Rasanya lagu-lagu lama lebih berjiwa hari raya berbanding dengan lagu-lagu yang baharu.


Koleksi Lagu Hari Raya Yang Wajib Ada?


Antara lagu-lagu kegemaran dan klasik sepanjang zaman tentunya lagu-lagu hari raya daripada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Saloma dan Sudirman.

Tidak lupa juga lagu M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya yang sentiasa termasuk didalam senarai "playlist" untuk meningkatkan "moodHari Raya.


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

14 Ogos 2010

Ogos 14, 2010

Nurin Iman Mula Berpuasa

Sudah 3 hari berpuasa, nampaknya Nurin Iman sudah berjaya melakukanya. Dia berjaya berpuasa penuh. Alhamdulillah. Tahun lepas dia mencuba tetapi hanya berjaya berpuasa penuh sehari sahaja.


Nampaknya tahun ini semangatnya sangat kuat sehinggakan dia tidak mudah tergugat dengan kerenah dan provokasi adiknya. Satu perkembangan yang menarik!


13 Ogos 2010

Ogos 13, 2010

Ramadan Buffet 2010 Johor Bahru

Untuk Senarai Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link].

Jemu berbuka di rumah atau membeli di Bazar Ramdan?  Jangan risau, boleh bertukar angin berbuka di hotel pula. Berikut adalah antara hotel-hotel yang menyediakan "Ramadan Buffet" di sekitar Johor Bahru. Harga bermula RM35++ sehingga RM68++.

GoodHope Hotel


Mutiara Hotel


Naza Talyya Hotel



M Suites Hotel


Suria City Hotel



Selesa Hotel



Grand BlueWave Hotel

Jika sudah membuat pilihan.. hubungi hotel-hotel tersebut untuk membuat tempahan :)

12 Ogos 2010

Ogos 12, 2010

Nuffnang Beri Duit Raya

Nampaknya tahun ini ialah tahun untuk "Cash Out" semua pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti berblog selama ini. Mangsa terbaharu ialah Nuffnang. Bulan lepas  Aku  "Cash Out" Advertlets


Walaupun pendapatan yang diperolehi ini tidak banyak, ia cukup mengembirakan. Sekurang-kurangnya ia menjadi pendorong untuk berblog dengan lebih aktif.


Pendapatan yang diperolehi ini membuktikan bahawa blogger boleh mencari duit tambahan dengan menulis. Mungkin jika dibuat dengan bersungguh-sungguh boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan seperti yang telah dibuktikan oleh beberapa orang "Top Blogger" yang ada di Malaysia.


11 Ogos 2010

Ogos 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua #0

Ramadan tiba lagi. Harapan semoga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa didalam keadaan tenang dan aman di negara tercinta ini. Insyallah.

Ramadan kali ini juga boleh dianggap istimewa kerana ia bermula pada bulan kemerdekaan negara kita.

Disamping itu Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang berblog ada menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak disengajakan.

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua.

10 Ogos 2010

Ogos 10, 2010

Kalau Mahu Makan Kena Pulas Dahulu!

Hujung minggu yang sangat membuahkan hasil! Balik ke kampung dan memetik buah dan itulah yang dikatakan sangat membuahkan hasil. Tahun ini pokok pulasan yang hanya ada sebatang itu berbuah dengan lebatnya. Alhamdulillah!

Memang meriah tahun ini sebab semua pokok buah-buahan di kampung berbuah. Pembuka tirai tempohari dimulakan oleh durian. Memang pengalaman yang menarik terutamanya buat anak-anak.



Nurin Iman dan Nurin Amani sangat sukakan buah-buahan terutamanya pulasan. Buah yang dipulas untuk mengeluarkan isinya tu..

Kali ini kami berjaya menunjukan pada mereka bentuk fizikal buah tersebut kerana sebelum ini kami hanya mampu bercerita mengenainya sahaja. Yang pastinya mereka keliru antara pulasan dan rambutan kerana rasanya hampir sama. Walaupun telah diberitahu, Adik tetap memanggilnya rambutan!


09 Ogos 2010

Ogos 09, 2010

Ramadan, Bulan Paling Sesuai Untuk Berhenti Merokok

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadan. Dibulan yang penuh mulia dan keberkatan itu, seharusnya kita gunakan untuk mempertingkat diri dan memohon keredhaan daripada yang maha Esa.

Bagi yang ingin berhenti merokok, inilah masa yang paling sesuai untuk memulakanya. Aku percaya inilah bulan yang paling sesuai.

Bagi perokok selain daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga, mengawal nafsu serta mampu menahan diri daripada merokok sepanjang hari sudah cukup menunjukkan kekuatan azam serta mental yang ada dalam diri. Apalah salahnya kekuatan azam dan mental tersebut diteruskan sehingga ke malamnya dan hari-hari seterusnya.

Jalan untuk keluar telah berada dihadapan. Gunakan peluang tersebut sebaik-baiknya. Ambil keberkatan bulan Ramadan untuk memulakan sesuatu yang lebih positif. Insyallah kamu akan berjaya!

Ramadan, bulan paling sesuai untuk berhenti merokok.

07 Ogos 2010

Ogos 07, 2010

Kadar Zakat Fitrah 2010 / 1431 Bagi Negeri Johor

JOHOR BAHRU 4 Ogos - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5 atau RM7.50 seorang untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, A. Rahman Jaffar berkata, penetapan kadar zakat fitrah tersebut adalah mengambil kira harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini.

"Menurutnya, kadar fitrah bagi RM5 seorang adalah untuk umat Islam yang memakan beras gred hancur iaitu yang berharga RM1.80 sekilogram manakala mereka yang memakan beras super, maka kadar fitrahnya ialah RM7.50 seorang."

“Umat Islam boleh mula membayar zakat tersebut mulai 1 Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, tetapi diingatkan agar menunaikan dengan seawal mungkin dan tidak menunggu pada saat-saat akhir.


“Selain itu, umat Islam juga diingatkan agar membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik MAIJ sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Jelas A. Rahman, dua kadar tersebut adalah sama dengan kadar yang dilaksanakan tahun lalu. Beliau berkata, pihaknya akan mengedarkan pekeliling ‘Panduan Membayar Zakat Fitrah Tahun 1431 Hijrah/2010 Masihi’, dalam tempoh terdekat ke pejabat agama daerah, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri ini.

06 Ogos 2010

Ogos 06, 2010

Malu Mengaku Peminat..

Biasanya kalau meminati seseorang (Penyanyi) kita mesti sekurang-kurangnya memiliki album artis tersebut. Mengikuti perkembangan terbaharu mengenai perjalanan karya seni mereka atau menjadi ahli kelab peminat dan menyertai pelbagai program yang dianjurkan.


Kadang-kadang pelik juga melihat orang yang meminati penyanyi tertentu tetapi tidak menyokong mereka. Maksud menyokong ini ialah membeli album artis tersebut. Kalau sudah tidak memiliki album bagaimana nak dikatakan sebagai peminat?

05 Ogos 2010

Ogos 05, 2010

Nurin Amani Demam!

Semalam, sebaik sahaja mahu masuk tidur tiba-tiba suhu badan Nurin Amani meningkat. Padahal sebelum mahu masuk tidur dia begitu asyik bermain dengan kakaknya. Semuanya nampak normal. Tidak ada tanda-tanda ketara.

Memang sahlah Adik demam! Sudah lama Dia tidak demam. Kali terakhir lebih kurang 3 bulan yang lepas. Cuma sebulan yang lalu dia terkena jangkitan selsema. Itu pun tidak berapa teruk. Mujur juga masih ada simpanan ubat demam. Malam tadi dia tidur sambil kepalanya dituam dengan tuala basah. Nasib baik juga dia tidak banyak meragam. Tidur lena sampai ke pagi.


04 Ogos 2010

Ogos 04, 2010

Modenas Jaguh 175 - Masalah Kotak Fius!

Perjalanan ke tempat kerja hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Memang ada sedikit kesesakan, walau bagaimanapun Aku tetap sampai awal di tempat kerja. Alhamdulillah.


Lampu Tidak Menyala!


Sebaik sahaja Aku ingin meletakkan motorsikal, baru terpersan yang lampu motorsikal ini tidak menyala. Aku ingatkan hanya lampu hadapan sahaja. Bila diperiksa, Aku dapati lampu hadapan, lampu belakang dan lampu brek semuanya tidak berfungsi.



Modenas Jaguh 175 - Kedudukan Kotak Fius!
Kedudukan Kotak Fius Modenas Jaguh 175


Bahaya Menunggang Tanpa Lampu!


Risau juga bila semua lampu tidak menyala terutamanya lampu brek. Bahaya menunggang tanpa lampu  isyarat atau brek yang tidak berfungsi.

Jadi Aku mengambil cuti setengah hari pada sebelah petang untuk menghantar motorsikal ini ke bengkel untuk diperiksa dan melakukan servis, maklumlah batuan perjalanan pun sudah menjangkau 3000km. Memang sudah sampai masa untuk diservis. 



Modenas Jaguh 175 - Kotak Fius
Kotak Fius Modenas Jaguh 175



Sengaja Mengelak Untuk Menguji Kotak Fius


Setibanya di bengkel, Aku terus meminta mekanik untuk memeriksa. Malangnya, mekanik yang Aku kenali tiada di bengkel.. mungkin beliau bercuti. Kali ini motorsikal ini diperiksa oleh tuan punya bengkel dan mekanik yang lain.

Mereka melakukan beberapa ujian tetapi dari pemerhatian Aku dapati mereka ini cuba mengelak daripada menguji antara komponen utama iaitu "Fuse Box"!  Tetapi yang peliknya mereka terus membuat kesimpulan mengatakan bahawa "Coil" motorsikal ini sudah rosak!



Modenas Jaguh 175 - Bahagian Dalam Kotak Fius
Bahagian Dalam Kotak Fius Modenas Jaguh 175




Coil Rosak? Biar Betul!


Bila mereka mengatakan "Coil", Aku berasa tidak sedap hati. Maklumlah, kalau ingin mengantikan "Coil" paling  kurang pun terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya RM250! Aku mengambil keputusan menyuruh mereka memasang semula komponen yang telah ditanggalkan untuk diuji dan mengatakan yang Aku tidak jadi hendak meneruskan kerja pembaikan sehingga Aku mendapat "Second Opinion".

Bukannya apa hanya untuk kepastian. Lagipun Aku sudah hilang "mood" untuk membuat servis enjin motorsikal di bengkel tersebut!


Akhirnya Saya Memeriksanya Sendiri!


Setibanya di rumah Aku segera membuka "Kotak Fius" dan Aku dapati ada kesan terbakar. Ada 2 buah "Fius" di dalamnya dan salah satu daripada "Fius" telah putus. Aku segera ke bengkel yang lain untuk membeli "Fius". Harganya cuma RM0.25 seunit! Bila sudah diganti, sistem lampu hadapan dan belakang serta lampu brek telah berfungsi semula.


Modenas Jaguh 175 - Fius - Cuma RM0.25sen sahaja!
Fius - Cuma RM0.25sen Sahaja!

Banyangkan jika diperdaya untuk menukar "Coil" sudah tentulah rugi besar!  Walaupun selalu ke bengkel berkenaan, mereka yang tamak ini sentiasa menanti peluang untuk untung dengan cara mudah!


Jika Bermotorsikal Perlu Tahu D.I.Y Serba Sedikit



Mujur juga, tahu sedikit tentang motorsikal ini dan sedikit teknik D.I.Y. Itupun sebab sudah lama menggunakanya. Susah kalau tidak tahu apa-apa langsung tentang kenderaan. Sekurang-kurangnya kena ada sedikit ilmu asas agar tidak mudah ditipu.

D.I.Y. Penyelamat keadaan..

03 Ogos 2010

Ogos 03, 2010

Hari Aiskrim Sekeluarga - Siri 1

Mereka semua telah ditahan daripada makan aiskrim selama sebulan. Alhamdulillah, mereka berjaya melakukannya walaupun sukar!


Sebulan yang lepas mereka demam dan selsema. Berjangkit dari kakak ke adik dan akhirnya kesemua ahli keluarga.



Oleh yang demikian peraturan ini mula dikuatkuasakan, "selagi mereka belum pulih sepenuhnya, aiskrim merupakan "benda" pertama yang perlu dijauhi."





Walaupun tidak mengembirakan dan mendapat bantahan perkara tersebut perlu dilakukan.



Sebagai ganti aiskrim, mereka hanya boleh membeli roti ketika ke kedai atau 7-Eleven!


Memanglah kasihan melihat mereka menjeling-jeling peti aiskrim di kedai dan 7-Eleven, tetapi apa boleh buat peraturan mesti dihormati. Setelah diterangkan akhirnya mereka faham dan akur. Semuanya untuk kebaikan mereka juga akhirnya.


02 Ogos 2010

01 Ogos 2010

Ogos 01, 2010

USB Flash Drive - Siri 3

Fungsi ReadyBoost diperkenalkan pada tahun 2006 dan sedia digunakan di dalam sistem pengoperasian Windows Vista. Pada versi ini ReadyBoost hanya boleh diaktifkan pada satu unit USB Flash Drive sahaja dan kapasiti maksimum untuk fungsi ini terhad kepada 4GB.

Namun dengan pengenalan Windows 7, segala kekangan ReadyBoost pada Windows Vista telah dihapuskan. Pengguna kini telah boleh menggunakan beberapa unit USB Flash Drive serentak untuk digunakan sebagai ReadyBoost bagi meningkatkan prestasi komputer dan mengoptimumkan kapisitinya. Seolah-olah menggunkan teknologi Cluster untuk fungsi ReadyBoost! (Lawak orang I.T)

Bagi yang masih menggunakan Windows XP, jangalah risau. Walaupun pihak Microsoft tidak melengkapkan fungsi ReadyBoost ke dalam Windows XP, terdapat beberapa buah syarikat yang membuat program seakan-akan ReadyBoost  untuk digunakan pada Windows XP.  Antara program yang popular ialah eBoostr. - http://www.eboostr.com/



eBoostr memang membantu pengguna Windows XP meningkatkan prestasi komputer mereka sama seperti fungsi ReadyBoost.  Versi terbaharu yang dikeluarkan ialah Versi 4.