Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2010/11 Sepanjang Bulan Oktober 2010

Berikut adalah jadual perlawanan lengkap UEFA Champion League bagi musim 2010 / 11 yang akan berlangsung sepanjang bulan September 2010.






0 comments:

Aktiviti Harian Part Time Blogger - Siri 1



Aktiviti Harian Seorang Part Time Blogger:
  • Jam 8:00 Pagi - Check Email.
  • Jam 8:30 Pagi - Membaca berita diportal berita online.
  • Jam 8:45 Pagi - Memeriksa halaman rangkaian sosial.  
  • Jam 9:00 Pagi - Bersedia untuk memulakan tugas dan setiap 1/2 jam  memberitahu dunia tentang perkembangan kerjaya, perasaan serta pendapat di halaman rangkaian sosial.
  • Jam 1:00 - 2:00 Tengahari - Rehat untuk makan tengahari.
  • Jam 2:01 - 5:30 Petang - Bertugas dengan penuh dedikasi dan diselang seli dengan aktiviti online yang lain.
  • Jam 6:00 petang -1:30 Pagi - Membuat rumusan tentang kehidupan seharian serta  perkembangan semasa dan mengolah sesuatu untuk ditulis didalam blog.


0 comments:

English Premier League - Jadual Perlawanan Sepanjang Oktober 2010

Berikut adalah jadual perlawanan lengkap yang bakal diadakan sepanjang bulan Oktober 2010.










0 comments:

Malware Menganggu Aktiviti Online

Memang kurang memberangsangkan untuk melakukan aktiviti "Blog Walking" sejak seminggu yang lepas berikutan serangan "Malware" dibeberapa halaman web yang masih belum reda sepenuhnya.

Oleh yang demikian, Aku mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti "Blog Walking" buat sementara waktu dan memilih untuk membuat beberapa perubahan serta penambahbaikan pada blog ini. 

Antara perubahan yang dibuat ialah merombak sedikit susun atur "Widget", membuang "Widget" iklan yang tidak produktif, membuang "link blog" yang disyaki tidak selamat dan akhir sekali menambah "Widget" yang lebih berguna untuk memudahkan navigasi kandungan blog. 


2 buah "Widget" terbaharu yang diletakkan pada blog ini ialah "Social Plugins Widget" dari Facebook dan "Widget RSS Custom".  "Social Plugins Widget" dari Facebook ini dapat memaparkan artikel popular pada blog ini yang telah disebarkan oleh pembaca blog untuk dikongsi di Facebook.

0 comments:

Kontroversi Pembunuhan Jutawan Kosmetik

Disebabkan cuti hari raya yang lepas, banyak isu semasa dan perkembangan didalam negeri tidak dapat diikuti dengan sempurna. Semuanya hanya sempat diikuti sekali imbas melalui TV dan surat khabar berikutan capaian internet yang terhad ketika pulang ke kampung dan semasa dalam perjalanan tempohari. Antara berita yang amat mengemparkan ialah pembunuhan jutawan kosmetik dan rakan-rakannya.
Memang tidak dapat dinafikan berita mengenai pembunuhan kejam jutawan kosmetik tersebut menjadi tumpuan serta bualan ramai seterusnya menenggelamkan cerita biasa di Aidil Fitri yang selalunya berkisar tentang OPS sikap berserta statistik kemalangan dan kematian di jalan raya.

Diharap pihak Polis dapat merungkai kes ini dengan segera serta mendakwa pihak yang bertanggungjawab.  Kes ini dijangka sukar dibuktikan berikutan pihak yang disyaki mengarahkan pembunuhan tersebut merupakan pihak yang pakar dalam selok belok perundangan.  

0 comments:

Checklist Hujung Minggu DiBulan Syawal


0 comments:

ImHalal - Moral Search Engine

Tercari-cari "Search Engine" yang hanya memaparkan topik serta keputusan yang baik dari segi moral? Gunakan www.imhalal.com"Serach Engine" ini diasaskan oleh Reza Sardeha, kelahiran Kuwait yang berusia 21 tahun dan berpengkalan di Amsterdam.

"Search Engine" ini akan menapis semua kandungan yang tidak bermoral seperti pornografi, perkara berkaitan dengan alkohol dan lain-lain topik yang tidak sesuai dengan cara hidup seorang muslim.

Oleh yang demikian, "Search Engine" ini amat sesuai dan selamat digunakan oleh kanak-kanak dan ibu bapa yang risau tentang kandungan internet yang tidak bermoral.



Menurut pengasasnya:

"We think that the other search engines are way too 'main street' oriented. We wanted to provide a solution to explore the Web in a safe environment, where you won't bump into explicit content or immoral websites, like pornography," said Reza Sardeha, the Amsterdam-based founder of the Muslim-oriented search engine I'mHalal.
If one types the world alcohol into imhalal.com, the search engine produces results that explain the Muslim viewpoint on drinking. Type in "pornography," and the search engine produces... nothing. The 21-year-old Kuwaiti says the site attracts users from places like Pakistan, Indonesia, Malaysia, the United Arab Emirates as well as the United States.
"Actually we know that our users are not only Muslims, and once a week we get an email from non-Muslims as well saying that they like the content of our safe search engine and they allow their children to search knowing they won't bump into offensive content."

0 comments:

Eh! Itu Angah la.. Raja Lawak!

2 hari yang lepas kami ke 7-Eleven untuk membeli roti. Kebetulan sebaik sahaja kami sampai, kelibat wajah seseorang yang macam biasa kami lihat pun tiba bersama anaknya.  

Tetapi dimana ya..? Tiba-tiba Azza memberitahu, Eh! Itu Angah la.. Raja Lawak! Lagipun memang tidak sangka untuk berjumpa dengan seseorang yang kita nampak di TV di kedai biasa.



Sebaik sahaja beliau masuk ke 7-Eleven, pekerja-pekerja disitu terus mengambil peluang untuk bergambar dengannya. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar tetapi menunggu sehingga beliau menyelesaikan urusan dan keluar dari premis kedai.

Sempat juga berbual-bual ringkas dengannya. Rupa-rupanya orang Skudai! Kira balik ke kampung la ni.. sempena Hari Raya. Orangnya mudah untuk didekati dan mesra. Selamat maju jaya dalam kerjaya :)



0 comments:

Kasihan Adik Ini

Melawat adik ini semalam di HSA, Johor Bahru. Kasihan melihatnya, baru berusia 3 bulan tetapi telah diuji dengan penyakit yang kronik.

Kalau dilihat sekali imbas beliau kelihatan sihat dan cergas. Walau pun begitu beliau sebenarnya menghidap penyakit yang belum diketahui puncanya yang mengakibatkan pembuluh darahnya pecah.




0 comments:

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia pada semua. Pada setiap 16 September, negara akan menyambut "Hari Malaysia" dan hari tersebut juga diiktiraf sebagai cuti umum.

Dengan adanya sambutan ini, diharap rakyat dapat memahami  dengan lebih sempurna tentang sejarah penubuhan Malaysia dan bukan sekadar hari cuti umum yang biasa!

0 comments:

Hari Kelima Syawal

Hari kelima Syawal merupakan hari terakhir dalam program berziarah memandangkan esok sudah mula bekerja.

Kami memulakan hari dengan melawat Pak Long sekeluarga (abang kepada arwah emak) di sebuah penempatan Felda di jalan Kluang - Kota Tinggi dan diikuti dengan adik arwah emak di Bandar Kluang. Kemudian kami meneruskan aturcara ziarah ke Simpang Renggam untuk melawat Pakcik (adik abah). Merancang seterusnya untuk melawat seorang lagi Pakcik dan Nyaie Saudara, malangnya mereka tiada di rumah. Memang tiada rezeki kamilah nampaknya. Maka dengan itu kami menamatkan program ziarah di sekitar dearah Kluang dan Simpang Renggam dan mungkin akan kembali lagi jika berkesempatan.

Kemudian kami dihubungi oleh adik dan mempelawa kami menyertai rombongan mereka untuk ke rumah seorang lagi Makcik kami yang berada di Johor Bahru. Oleh yang demikian kami segera merangka perjalanan untuk pulang ke Johor Bahru dengan kadar segera untuk bertemu mereka di rumah Makcik. Sejurus tiba di sana, kami kemudiannya mengajak Makcik sekeluarga untuk menyertai kami untuk pergi ke rumah seorang lagi Pakcik. Nampaknya daripada memulakan perjalanan secara bersendirian pada awalnya, akhirnya sudah menjadi rombongan 6 buah kenderaan. Lagi ramai lebih meriah!

Kalau diikutkan hati memang mahu sahaja menghabiskan program ziarah ke rumah saudara mara pada hari ini tetapi oleh kerana kami sudah mula keluar sejak pagi tadi, memang sudah tidak terlarat lagi badan untuk meneruskan aktiviti tersebut terutamanya anak-anak. Sampai sahaja ke rumah yang ke 5 di Johor Bahru, kami terpaksa angkat bendera putih. Nampaknya hanya Abah dan Makcik sekeluarga yang akan meneruskan acara. Bagi kami pula, Insyallah akan disambung lagi pada hujung minggu nanti.

0 comments:

Hari Keempat Syawal

Hari ini merancang untuk pergi ke 3 buah rumah lagi. Kesemuanya rumah pakcik dan makcik (adik beradik emak dan abah mertua). Dua rumah yang pertama terletak di dalam kawasan yang sama manakala rumah yang paling jauh ialah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Keluar rumah selepas jam 2:30 petang dan selesai semuanya sekitar jam 7:00 malam. Perlu menghabiskan ziarah ke 3 buah rumah ini untuk melengkapkan senarai ahli keluarga yang wajib diziarahi kerana pada sebelah malamnya kami merancang untuk pulang ke Johor.

Sebaik sahaja sampai di rumah mertua, kami segera bersiap dan berkemas. Perjalanan pulang merentas sempadan negeri akan dimulakan sekali lagi pada sebelah malam. Setelah siap berkemas serta memeriksa kenderaan, tepat jam 11:00 malam kami memulakan perjalanan pulang ke Johor.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan keadaan traffik di Lebuh Raya Utara Selatan tidaklah sibuk cuma perjalanan malam laluan di tersebut dipenuhi oleh lori dan bas ekspress. Keadaan dihentian rehat juga agak terkawal dan tidak sesak. Berehat di Hentian Rehat Dan Rawat Pagoh selama 30 minit sebelum menyambung semula perjalanan dan akhirnya kami selamat tiba di Kluang kira-kira jam 2:30 pagi.

Esok pada sebelah pagi (Hari Kelima Syawal) kami merancang untuk meneruskan program ziarah di sekitar Daerah Kluang.

0 comments:

Hari Ketiga Syawal

Hari Ketiga Syawal diteruskan dengan aktiviti berziarah. Kali ini kami ke Rembau. 

Kami keluar rumah sekitar jam 12:00 tengahari dan terus menuju ke pekan Pedas, di mana ada sekumpulan lagi anggota keluarga yang menunggu di sana. Setibanya di pekan Pedas, kami meneruskan perjalanan ke Rembau. 

Tujuan kami ke Rembau ialah untuk menziarahi saudara mara yang masih tinggal di kampung asal ibu mertua. Tentunya kesemua mereka berpangkat pakcik dan makcik kepada ibu mertua. Tidak ramai yang tinggal kerana yang lain sudah kembali kerahmatullah. 

Sejak kami berkahwin, inilah pertama kali ke sana. Malah ada anggota keluarga yang lain yang sama seperti kami yang tidak pernah pergi ke kampung-kampung tersebut.

Bagi yang sudah lama tidak pergi kampung  tentunya tidak menyangka yang keadaan sudah banyak berubah. Maklumlah dahulu persekitaran kampung ialah sawah padi, sekarang sawah sudah diganti dengan pokok getah.  Jadi tidaklah pelik jika kami kerap tersalah jalan!

Walau bagaimanapun kami puas kerana hajat ibu mertua untuk menziarahi saudara mara yang berada di sekiatr Rembau tercapai. Maklumlah bila sudah lama tidak berjumpa, setiap kali sesi berziarah umpama episod didalam "Jejak Kasih" :)

0 comments:

Hari Kedua Syawal

Perjalanan merentas sempadan negeri dimulakan pada Syawal kedua. Kami bertolak dari kampung Nyaie di Batu Pahat untuk menuju Seremban, Negeri Sembilan. Memulakan perjalanan seawal jam 9:00 pagi sebaik sahaja selesai bersarapan dan mengemas segala kelengkapan.

Untuk menuju ke lebuh raya utara selatan, kami mengelak untuk menggunakan laluan menuju ke Plaza Tol  Air Hitam. (Walaupun itulah Plaza Tol masuk terhampir)

Pekan Air Hitam memang sudah terkenal dengan kesesakan lalulintas setiap kali musim perayaan. Jadi kami seboleh-bolehnya akan mengelak untuk melalui kawasan tersebut.

Sebaliknya kami mengambil keputusan untuk masuk ke lebuh raya utara selatan menggunakan Plaza Tol Yong Peng Utara.

Alhamdulillah  perjalanan yang lancar. Kenderaan pun masih lagi tidak banyak di atas lebuh raya. Kami berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat Air Keroh. dan akhirnya kami selamat sampai ke Seremban kira-kira jam 11:45 pagi.

Oleh kerana kami tiba awal di Seremban dapatlah kami berehat secukupnya sebelum menyambung acara berziarah pada sebelah petangnya di sekitar Bandar Seremban.


0 comments:

Nyaie Dan Atuk

Nyaie - Panggilan kami sekeluarga untuk sebelah Abah.
Atuk - Panggilan kami sekeluarga untuk nenek sebelah arwah Emak.

Selain daripada untuk mengelakkan kekeliruan, ada logiknya mengapa nenek sebelah emak  kami tidak memanggilnya Nyaie. Sejak kami lahir kami memang tidak pernah berjumpa dengan arwah Datuk. Beliau meninggal dunia lama sebelum kami dilahirkan. Jadi itulah Datuk dan Nenek kami walaupun dia sepatutnya kami panggil Nyaie. Atuk nerangkumi kedua-duanya.

Jadi bila kami katakan Atuk, automatik ia semestinya merujuk kepada Nyaie (nenek) di sebelah Arwah Emak manakala bila kami katakan Nyaie, secara automatiknya ia semestinya merujuk kepada Nyaie (nenek) di sebelah Abah.

Alhamdulillah kedua-duanya masih sihat walaupun usia mereka telah pun menjangkau usia pertengahan 70an.


0 comments:

Hari Pertama Syawal

Hari pertama Syawal..

Sebaik sahaja balik daripada Bersembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri, hujan turun dengan lebatnya. Namun begitu ia tidaklah terlalu lama, reda lebih kurang setengah jam selepas itu.  Umpama hujan rahmat di pagi Syawal. Bagus juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bahang panas sejak beberapa hari yang lepas.

Terus balik ke rumah untuk makan besar (makan bersama seluruh ahli keluarga) dan kemudiannya memulakan sesi bermaaf-maafan bersama keluarga. Aktivi selingannya ialah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu bagi anak-anak iaitu sesi mendapat duit raya. Nampaknya adik-beradik yang telah bekerja mendapat rezeki yang lebih tahun ini. Alhamdulillah, rezeki buat anak-anak buah :)

Sebaik sahaja acara keluarga selesai, kami meneruskan perjalanan untuk puang ke kampung Nyaie. (Nyaie ialah Nenek dalam bahasa Jawa). Oleh kerana Abah masih lagi mempunyai emak, sudah menjadi tradisi kami sekeluarga untuk bermalam dan memulakan program berziarah dari kampung Nyaie. 

Tetapi sebelum sampai ke Kampung Nyaie, kami singgah sebentar di Bandar Kluang untuk menziarahi  salah seorang adik kami.  Oleh kerana kami tiba di sana ketika hampir tengahari, kami mengambil keputusan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat di kawasan tersebut.

Kami tiba di kampung Nyaie sekitar jam 2:30 petang. Alhamdulillah perjalanan agak lancar. Cuma ketika tiba di pekan Air Hitam, memang terdapat sedikit kesesakan di situ. Perkara biasa setiap terdapatnya cuti umum serta perayaan di Pekan tersebut!

Abah dan Arwah Emak berasal dari kampung yang sama. Setiap kali pulang ke kampung, kami wajib pergi  ke kedua-duanya dan ada kalanya bermalam bergilir di rumah Nyaie dan Atuk.  Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, Nenek di sebelah Abah kami panggil Nyaie manakala Nenek di sebelah Arwah Emak, kami panggil Atuk!


0 comments:

Patuhi Undang-Undang, Ingatlah Orang Yang Tersayang

Malam nanti kami akan bertolak pulang ke kampung. Mujur pihak Bursa Malaysia telah mengeluarkan memo beberapa hari yang lepas memberitahu bahawa Bursa Malaysia akan ditutup pada sesi petang dan ini bermakna hari ini Aku akan bekerja separuh hari. Yey!

Dalam pada bergembira untuk pulang ke kampung, beberapa perkara perlu diambil perhatian. Antaranya faktor kenderaan dan faktor pemandu itu sendiri yang telah Aku ringkaskan dalam bentuk komik untuk dikongsi bersama :)




0 comments:

Kalendar Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2011

Bagi peminat sukan permotoran khasnya Formula 1 (F1), kalender penuh perlumbaan untuk tahun 2011 telah pun dikeluarkan oleh FIA. 

Musim 2011 akan merekodkan sejarahnya tersediri sebagai perlumbaan paling banyak dalam satu musim sejak 6 dekad sejarah perlumbaan F1. Sebanyak 20 perlumbaan akan berlangsung kesemuanya pada musim 2011.

Antara "venue" terbaharu yang memasuki senarai perlumbaan kali ini ialah Korean Grand Prix dan Abu Dhabi Grand Prix  manakala Malaysian Grand Prix akan berlangsung pada 10 April 2011.



Broadly the same as the 2010 calendar, next season's schedule will begin in Bahrain in mid-March and conclude unusually late in Brazil at the end of November – two weeks later than this year – to include the inaugural Indian Grand Prix along the way on 30 October, 'subject to the homologation' of the Jaypee Circuit, 50km from the country's capital of New Delhi.
That race will slot in between the new-for-2010 Korean Grand Prix in Yeongam County and the Abu Dhabi Grand Prix, which has lost its season finale status after only two campaigns back to Brazil, whose popular Interlagos circuit is often regarded as a natural amphitheatre for title-deciders.

Berikut ialah kalender lengkap perlumban F1 bagi musim 2011:

March 13 Bahrain Grand Prix Sakhir
March 27 Australian Grand Prix Melbourne
April 10 Malaysian Grand Prix Sepang
April 17 Chinese Grand Prix Shanghai
May 8 Turkish Grand Prix Istanbul
May 22 Spanish Grand Prix Barcelona
May 29 Monaco Grand Prix Monte Carlo
June 12 Canadian Grand Prix Montreal
June 26 European Grand Prix Valencia
July 10 British Grand Prix Silverstone
July 24 German Grand Prix Nürburgring
July 31 Hungarian Grand Prix Hungaroring
August 28 Belgian Grand Prix Spa-Francorchamps
September 11 Italian Grand Prix Monza
September 25 Singapore Grand Prix Marina Bay
October 9 Japanese Grand Prix Suzuka
October 16 Korean Grand Prix Yeongam
October 30 Indian Grand Prix New Delhi
November 13 Abu Dhabi Grand Prix Yas Marina
November 27 Brazilian Grand Prix Interlagos



Tidak sabar menunggu musim baharu F1 2011. Walau bagaimanapun, harus diingat persaingan untuk menentukan juara mutlak bagi musim 2010 masih lagi terbuka. 

Yang pastinya hanya yang terbaik, kurang melakukan kesilapan dan konsistent pastinya bakal menjadi juara.

Sumber: http://www.crash.net



0 comments:

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Rasanya ada diantara kita yang sudah sampai ke kampung halaman. Maklumlah anak-anak sekolah pun sudah mula bercuti, kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk pulang awal  ke kampung. 

Insyallah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung pada hari Khamis sebaik sahaja segala urusan di tempat kerja diselesaikan. Tahun ini hanya 2 hari diperuntukan untuk cuti hari raya iaitu pada 13 dan 14 September 2010.  Untuk cuti yang sesingkat ini, Insyallah akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk berziarah.

Sempena dengan kehadiran Syawal yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" pada semua. Disamping itu kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang "berblog" serta "bersiosial secara maya" ada menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak disengajakan.



0 comments:

Checklist Hari Raya - Siri 3



0 comments:

Kontroversi Iklan Hari Raya TV3

Saban tahun kita tertunggu-tunggu iklan-iklan yang menarik yang disiarkan di TV terutamanya apabila tiba Hari Kemerdekaan dan Hari Raya. 

Tahun ini antara iklan yang dinanti-nantikan mengandungi elemen kejutan yang  agak negatif.  Iklan hari raya terbitan TV3 dilihat mempunyai unsur saduran "Krismas" dan "Santa Claus". Nampaknya pihak stesyen TV tersebut serta pengarahnya gagal memahami maksud sebenar Hari Raya Aidilfitri. 

Setelah beberapa ketika menjadi kontroversi di alam maya, akhirnya ia telah ditarik balik penayangannya. serta permohonan maaf secara terbuka di Buletin Utama.

Semoga ia menjadi iktibar kepada semua pihak agar berhati-hati mengintepritasi sesuatu perkara atau pun isu agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

0 comments:

Ramadan Buffet - Grand BlueWave Hotel Johor Bahru

Ini adalah catatan lama. Untuk senarai Ramadan Buffet 2012 Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link].

Hari Khamis yang lepas..

Antara acara tahunan yang amat dinanti-nantikan ialah majlis berbuka puasa anjuran pihak syarikat  Seperti kebiasaan, majlis ini diadakan di Hotel Grand BlueWave Johor Bahru yang terletak berdekatan dengan pejabat.

Oleh kerana hari ini hari istimewa, semua kerja mesti diselesaikan sebelum pukul 6:30 petang. Tiada alasan untuk pengguna sistem untuk berlengah-lengah lagi. Sebaik sahaja pengguna terakhir keluar dari sistem, kami segera melakukan proses "End of Day" dan membuat "Backup". Selesai semuanya kami terus berangkat ke hotel.



Buffet Ramadhan di Hotel Grand BuleWave Johor Bahru berharga RM55++ untuk dewasa dan RM35++ untuk kanak-kanak. Kadar yang hampir "serupa" dengan hotel-hotel lain yang ada di sekitar Johor Bahru.

Kalau terpaksa membayar sendiri, mungkin berfikir dua tiga kali untuk datang  ke sini! Maklumlah untuk makan ditempat begini memang tidak sesuai langsung dengan gaya hidup Aku.


Semua juadah yang disediakan memang menepati selera. Kalau dikutkan nafsu makan yang membuak-buak, memang mahu makan semuanya tetapi apakan daya, keupayaan diri sememangnya terhad.

0 comments:

Jadual Lengkap Perlawanan Piala Malaysia 2010

Berikut adalah jadual lengkap perlawanan  Piala Malaysia 2010 yang akan berlangsung sepanjang bulan September hingga Oktober 2010.  Perlawan pertama akan berlangsung pada 14 September 2010. Sebanyak 8 perlawanan akan bermula serentak pada hari tersebut.

Pasukan manakah yang berpeluang untuk menjadi juara Piala Malaysia untuk tahun 2010? Pastinya pasukan yang paling konsisten akan berpeluang merangkul piala yang berprestij ini.





0 comments:

Hari Aiskrim Sekeluarga - Siri 2

Sebaik sahaja membuat entry berkenaan berbuka puasa di restoran makanan segera tempohari, keseokannya harinya kami ke sana.  Tetapi bukanlah untuk berbuka puasa sebaliknya singgah kerana Nurin Iman mengadu lapar setelah balik dari membeli persiapan hari raya.

Sinonim bukan, bila sudah penat membeli belah dan berjalan-jalan tentu lapar!


Ingatkan bila sudah lepas waktu berbuka semakin kurang pelanggan tetapi apa yang berlaku agak mengelirukan. Semakin malam semakin ramai pelanggan sehinggakan untuk mendapatkan tempat duduk pun agak sukar. 

Ini semua pada hemat kami berpunca daripada perkhidmatan WiFi percuma yang disediakan. Seronok ber WiFi percuma di sini agaknya!


Mujur restoran ini perihatin dan membuka ruangan "reserve" yang selalunya digunakan hanya apabila ada keperluan mengadakan acara. 

Akhirnya setelah dua tiga kali berpusing-pusing mencari,dapatlah kami sekeluarga duduk. Itupun setelah ada beberapa orang yang keluar dari kawasan itu.

0 comments:

Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2010/11 Sepanjang Bulan September 2010

Berikut adalah jadual perlawanan lengkap UEFA Champion League bagi musim 2010 / 11 yang akan berlangsung sepanjang bulan September 2010.




0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™