BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Oktober 2010

Oktober 31, 2010

Keputusan Final Piala Malaysia 2010




KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.


28 Oktober 2010

Oktober 28, 2010

Kos Bandwidth Di Malaysia Tinggi..

Antara sebab utama kenapa Malaysia tidak menjadi pilihan syarikat-syarikat antarabangsa untuk menubuhkan "Regoinal Office" dan "Data Center" kerana kos  "Bandwidth" yang tinggi berbanding negara pesaing.

Perkara ini diakui sendiri oleh pihak kerajaan didalam Program Transformasi Ekonomi merujuk kepada Exhibit 12-7. 

Exhibit 12-7

Jadi untuk menjadikan Malaysia lebih kompetetif , syarikat telekomunikasi perlu menurunkan kos tersebut kepada kadar yang lebih rendah. 
Selain daripada menumpukan kepada sektor perniagaan, kos "Bandwidth" untuk segmen pengguna juga perlu dikaji semula (direndahkan). 

27 Oktober 2010

Oktober 27, 2010

Liberalisasi Untuk Maju?

Membaca Bab 13, Program Transformasi Ekonomi  (Communications Content and Infrastructure – Driving the Transition to a Knowledge Based Society) dan tertarik dengan Exhibit 13-1 yang menyatakan bahawa sektor telekomunikasi telah berjaya menyumbang sebanyak 4.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 
  
 Exhibit 13-1

Kejayaan ini dianggap cemerlang kerana angka ini juga merupakan antara yang tertinggi berbanding negara Asia yang lain. 

Sebenarnya kejayaan ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana kadar penembusan terhadap alatan telekomunikasi seperti telefon bimbit telah menunjukkan aliran peningkatan pada setiap tahun.

Kejayaan ini turut disumbang oleh langkah kerajaan yang telah meliberalisasikan sektor ini pada awal 1990an dahulu.  Malah dengan keputusan kerajaan menghapuskan cukai jualan terhadap alatan telekomunikasi seperti telefon bimbit pada Bajet 2011 pastinya akan merancakkan lagi sektor ini pada tahun-tahun yang akan datang.

26 Oktober 2010

Oktober 26, 2010

Program Transformasi Ekonomi: Hala Tuju Untuk Malaysia

Untuk memudahkan pembacaan, Booklet Program Transformasi Ekonomi:  Hala Tuju Untuk Malaysia telah pun dimuat naik ke SCRIBD.



Program Transformasi Ekonomi (ETP) berpegang kepada 12 Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEAs) yang berpotensi tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menyumbang secara langsung terhadap peningkatan ekonomi negara. Insyallah.







25 Oktober 2010

Oktober 25, 2010

The Economic Transformation Programme: A Roadmap for Malaysia

"The Economic Transformation Programme: A Roadmap for Malaysia” was launched by YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia, on 25th October 2010. This publication details the concrete results and targets from the recent 1,000-person workshop and 500-person laboratories orchestrated by the Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU).


The Roadmap covers the 12 National Key Economic Areas (NKEAs) and will unveil details related to the 131 Entry Point Projects (EPPs) and 60 Business Opportunities (BOs).






Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk halaman web PEMANDU - http://www.pemandu.gov.my/







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
Oktober 25, 2010

Bila Pemetik Api Pakai Buang Mahal..

Langkah kerajaan menaikan harga rokok seharusnya berupaya mengurangkan tabiat pembelian rokok dikalangan rakyat. Namun begitu langkah tersebut tidak memberikan kesan yang mendalam terhadap perokok. Jadi sesuatu perlu dilakukan..

Mungkin pada masa hadapan, kerajaan perlu menaikan harga barangan yang berkait dengan aktiviti merokok contohnya seperti pemetik api pakai buang, mancis serta "lighter fluid"!  Tumpuan khas buat pemetik api pakai buang.

Bagi pemetik api pakai buang,  harganya cukup murah sehinggakan kebanyakan perokok mampu membelinya berserta dengan sekotak rokok sekaligus!




Katatakanlah harganya dinaikan sehingga RM5 seunit, tentunya kos untuk menghisap rokok akan meningkat dengan drastiknya. Bila melibatkan kenaikan kos tentunya ia akan memberi kesan terhadap permintaan barangan tersebut.  

Bila pemetik api mahal, kemungkinan perokok akan mengurangkan aktiviti merokok. Maklumlah tak semua perokok akan membeli pemetik api pakai buang!  Ada rokok tetapi tiada api tentunya akan menyukarkan perokok. Hendak kembali menggunakan mancis?  Tentunya tidak sesuai untuk semua keadaan.  

Bila sukar untuk merokok, mungkin akan mengurangkan selera atau mematikan "mood" untuk merokok... 


21 Oktober 2010

Oktober 21, 2010

Malware Lagi?

Pagi tadi blog telah digegarkan oleh satu komen daripada Encik Imran mengenai kewujudan "Malware" di sini! Terkejut juga pada mulanya kerana Mozilla Firefox yang digunakan serta Google Chrome tidak memberikan apa-apa amaran mengenainya.

Memandangkan isu "Malware" merupakan satu isu yang agak "serious",  Segera mengemaskini Google Chrome kepada versi  7.0.517.41.  Lagipun semalam baharu sahaja mengemaskini Mozilla Firefox.

Oleh kerana menurut Encik Imran, beliau mendapat mesej berkenaan "Malware" ketika menggunakan Google Chrome,  adalah baik juga jika Google Chrome turut dikemaskini.



Sebaik sahaja Google Chrome dikemaskini, segera membuka url blog dan ternyata memang benar ada link "Malware" pada blog ini dan "Malware" itu berpunca daripada imcurtain.com!


19 Oktober 2010

Oktober 19, 2010

Proton Inspira - Cerita Kedai Kopi

Apabila pihak Proton mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan model baharu pada suku ke 4 2010, ramai yang tertunggu-tunggu serta tertanya-tanya bagaimanakah rupa, spesifikasi, keupayaan enjin dan harganya.

Proton sememangnya sudah memberitahu dari awal lagi bahawa model terbaharu ini adalah berdasarkan model dari Mitsubishi yang telah sedia ada dipasaran. Perubahan yang dilakukan bagi model terbaharu juga amat minimum lantas menimbulkan tanda tanya, apa sudah jadi dengan R&D  Proton?



Proton Inspira



Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Proton, dilakukan juga oleh syarikat lain didalam industri automotif. Perkara ini juga dianggap biasa oleh pemain industri di luar negara. Cuma apabila ia dilakukan oleh pihak Proton tentunya akan mengundang kontroversi didalam negara. 



Mitsubishi Lancer GT



Pelbagai kritikan dilemparkan terhadap keupayaan Proton. Apakah motif  sebenar mereka ini? Mungkinkah mereka ini terdiri daripada golongan yang dianggap "teranianya" kerana sudah membeli Mitsubishi Lancer GT ? Haha..

Gambar, kredit -  http://www.mitsubishi-motors.com.my & Google.


Oktober 19, 2010

Blog Maintenence..

Bila penyakit "M" sudah melanda nak buat apa pun seolah-olah tiada "mood". Sebenarnya tidaklah sesibuk mana cuma sejak dua tiga hari yang lepas lebih menumpukan terhadap proses mengemaskini blog ini. 

Banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi blog ini. Namun perkara yang terpenting yang perlu dibuat  segera antaranya ialah :

  • Memeriksa jika terdapat "Crawler Error", maklumlah sejak menukar domain baharu ni mungkin ada artikel-artikel lama yang masih ditujukan ke url lama. Terdapat 25 errors kesemuanya. Terpaksalah submit satu persatu untuk dibuang dari senarai.

  • Kemudian ke bahagian Link Exchange dan memeriksa satu persatu senarai URL. Yang mana telah tidak aktif dan sudah "make private" blog mereka terpaksalah dibuang dari senarai. Sambil memeriksa, sambil ber "Blog Walking"




  • Alhamdulillah proses mengintegrasi blog ini dengan aplikasi Facebook telah berjaya dilakukan. Pemasangan Widget "Like", Facebook Recomendation, serta Fan Page telah pun dibuat dengan jayanya. Lepas ini lebih mudah bagi pembaca memberikan reaksi melalui widget "Like" yang telah diintegrasikan pada setiap artikel. Kalau tidak mahu memberikan komen, cukup sekadar meninggalkan reaksi menggunakan "Like".

16 Oktober 2010

Oktober 16, 2010

Harga Smartphone Akan Mengalami Penurunan?

Antara intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang mencuri perhatian ialah:
 The Government proposes that sales tax be exempted on all types of mobile phones
Bukan main seronok mendengarnya. Memang sedang berkira-kira untuk membeli seunit bagi menggantikan smartphone lama yang semakin uzur ditelan zaman.

Cuma apa yang ditunggu sekarang ialah berapa cepat  peniaga, pengedar serta pasaran memberikan respon terhadap keputusan kerajaan itu. Harap-harap mereka segera memberikan reaksi dan jangalah memberikan pelbagai alasan untuk melengah-lengahkannya.
Biasanya apabila merujuk kepada penurunan harga tentunya ia akan mengambil sedikit masa untuk diselaraskan berbeza apabila kerajaan mengumumkan kenaikan cukai terhadap sesuatu barangan.
Langkah kerajaan ni seterusnya akan merancakkan lagi pasaran telefon bimbit di negara ini khususnya bagi kategori "Smartphone" yang selama ini dianggap segmen premium untuk mengalami penurunan harga. 



14 Oktober 2010

Oktober 14, 2010

Burger King - Now, Quality Is More Affordable

Pada pengemar makanan segera berasaskan "Burger", ini ada berita baik. Burger King telah menawarkan menu terbaharu iaitu "BK a4dables"  pada harga yang lebih rendah. 

Hidangan "medium" ini tentunya akan memikat pelanggan kerana harga yang ditawarkan adalah  amat berpatutan. Maklumlah, selama ini Burger King memang terkenal dengan menu yang berharga agak tinggi berbanding dengan pesaingnya.




Bukan selalu boleh ke Burger King kalau poket tidak cukup tebal! Now, Quality Is More Affordable :)



13 Oktober 2010

Oktober 13, 2010

Berblog Secara Serius? Blogger Perlu Beretika

Memang sudah diduga, pasti wujud ketidakpuasan hati daripada pihak keluarga dan mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri tempohari atas apa yang disiarkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab di internet. 


Berblog Secara Serius? Blogger Perlu Beretika


Tidak perlu diulas dengan lebih lanjut berkenaan isu ini kerana telah pun memberikan respon pada ruangan komen tempohari dan ini adalah pendapat peribadi pemilik blog ini :


Berblog Secara Serius? Blogger Perlu Beretika



Penyebaran imej serta video yang tidak terkawal di beberapa halaman web rangkaian sosial serta YouTube serta disemarakan lagi diblog sebenarnya perlu dibendung demi menjaga hati setiap pihak yang terlibat terutamanya mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

Yang pastinya "Blogger Perlu Beretika".


11 Oktober 2010

Oktober 11, 2010

Di Sebalik Kegembiraan 10.10.10, Ada Tragedi

Bila mendengar berita tentang kemalangan jalan raya terburuk tahun ini di televisyen semalam tentunya kita sebagai rakyat serta pengguna jalan raya amnya berasa sangat terkejut dan tertanya-tanya. Benarkah ia berlaku di negara ini?




Hari ini ia menjadi tajuk utama dikesemua akhbar aliran perdana. Tentunya kita tidak dapat membayangkan betapa dahsyatnya kemalangan tersebut sehingga mengorbankan 12 nyawa dan  berdasarkan daripada imej-imej yang telah disiarkan diakhbar memang ternyata tragedi kemalangan tersebut amat menyayat hati.

Nampaknya kemalangan seperti ini berlaku di infrastruktur lebuh raya terbaik dan selesa bakal menyebabkan pengguna kenderaan awam "trauma"

09 Oktober 2010

Oktober 09, 2010

Bersedia Awal..

Sekejap sahaja tahun 2010 telah memasuki suku ke 4. Ini bermakna kurang dari 3 bulan kita akan meninggalkan tahun 2010.  Tahun 2010 dinanti dengan penuh debaran buat keluarga kami.

Nurin Iman akan memasuki sistem persekolahan formal pada tahun hadapan. Sebagai keluarga kami tentunya seronok dan dalam masa yang sama juga risau bagaimana beliau akan memulakan hari pertamanya di sekolah kelak.

Persiapan serta persediaan kelengkapan untuk memulakan persekolahan sebenar juga perlu bermula sekarang. Kalau ditunggu sehingga saat terakhir nanti tentu akan membebankan kewangan. 

06 Oktober 2010

Oktober 06, 2010

Rokok Menjadi Barangan Eksklusif..

Tidak lama lagi rokok akan menjadi sebahagian daripada senarai barangan eksklusif di Malaysia. Inilah akibat apabila kerajaan menaikan cukai rokok setiap tahun. Barangan yang sepatutnya dianggap memudaratkan akan bertukar imej menjadi barangan eksklusif secara tidak langsung.  

Sebenarnya kesan inilah yang sepatutnya cuba elakkan. Imej palsu yang ditampilkan oleh rokok. Kalau dahulu usaha kerajaan menyekat iklan yang berkaitan rokok ditayangkan di TV dan media cetak seakan telah berkesan membendung imej palsu yang cuba dibentuk. Kini usaha tersebut seolah-olah dihakis oleh kenaikan harga rokok yang meningkat saban tahun. 

Apabila harga semakin mahal, secara langsungnya rokok akan menjadi barangan eksklusif dan secara automatiknya imej palsu akan terbentuk pada penghisapnya. Mereka kini mejadi golongan yang eksklusif yang mampu untuk membeli dan menghisap rokok!  Imej palsu ini jugalah yang menarik remaja untuk mendekati rokok!


Nampaknya kempen anti merokok yang sedia ada perlu diubah suai untuk melawan kesan secara tidak langsung ini. Kalau masih mengekalkan idea serta konsep yang sama patinya ia akan menemui kegagalan.

04 Oktober 2010

Oktober 04, 2010

Endhiran - The Robot

Tiba-tiba terperasan yang keyword "Endhiran" antara yang meletup di enjin carian Google Malaysia. Mulalah men "google" untuk memperolehi maklumat lebih lanjut mengenainya.

Rupa-rupanya "Endhiran" bermaksud Robot adalah filem tamil terbaharu yang ditayangkan pada 1 Oktober 2010 yang lepas.  Filem ini juga merupakan antara filem termahal dalam sejarah perfileman tamil. Barisan pelakon yang terlibat antaranya ialah Rajinikanth, Aishwarya Rai, Danny Denzongpa.  Tak sangka pula Aishwarya Rai pun sudah berlakon filem tamil.. 

Apa-apa pun ini cerita robot yang beremosi :) bukan sekadar robot biasa.



03 Oktober 2010

Oktober 03, 2010

Commonwealth Games - Delhi 2010

Bermacam-macam cerita yang tidak elok didengar tentang penganjuran temasya sukan terutamanya apabila ianya dianjurkan oleh negara membangun. Kebanyakan media terutamanya dari barat kerap menyiarkan berita yang berunsur negatif apabila ada negara membangun yang mendapat hak menganjurkan acara sukan bertaraf dunia!
Cerita yang sama juga menimpa Afrika Selatan ketika menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang lepas. Kali ini India juga diberitakan mengalami kesulitan dalam memastikan kelancaran penganjuran Commonwealth Games 2010 (Sukan Komanwel).  Tetapi apa yang pasti disebalik pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara pengajur, mereka pastinya mencuba sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik demi menjaga imej negara mereka.

01 Oktober 2010

Oktober 01, 2010

iPhone 4 Buat Orang Gigit Jari

iPhone 4 sudah pun dilancarkan di Malaysia. Terdapat dua buah syarikat telekomunikasi yang membawa masuk iPhone 4 di Malaysia iaitu Maxis dan Digi. Masing-masing sedang bersaing untuk memasarkan produk terbaharu Apple ini dengan pelbagai pelan yang agak memeningkan.

Memang diakui teknologi smartphone yang diperkenalkan oleh Apple ini amat menarik tetapi yang pastinya ia bukan semua mampu memilikinya disebabkan faktor harganya yang amat mahal. Jadi pemilik bertuahnya pasti berada didalam kelas tersendiri sebaik sahaja memiliknya! Ehem.. seperti kawan blogger, Encik Imran ni :)