Reunion
November 30, 2010
Kawan Lama Mengeratkan Networking
Sejak menamatkan pengajian, Aku telah memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan kehidupan. Memang sepanjang tempoh itu Aku tidak berhubung langsung dengan rakan-rakan sekolah yang lain kecuali beberapa orang yang kebetulan bekerja di bangunan yang sama dan yang tinggal berhampiran.
Hendak dijadikan cerita pada satu hari, terserempak dengan seorang rakan sekolah di bangunan tempat Aku bekerja. Kebetulan beliau baru sahaja berpindah kerja ke bangunan itu. Memang seronok bila bertemu rakan lama, maklulah sudah hampir 15 tahun meninggalkan alam persekolahan tentu banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.
Akhirnya pada suatu hari Aku dijemput untuk ke rumah beliau. Katanya untuk mengeratkan "Networking" antara kita. Tiba-tiba hati berasa seronok kerana menggangap bahawa perjumpaan tersebut mungkin akan membuka jalan bagi projek "reunion" rakan-rakan sekolah yang tertangguh sejak beberapa tahun yang lepas.