Cerita Tentang [
Bonuslink
]

Bonuslink - Redeem A Bag Kali Ke Kedua

Tergerak hati untuk melihat akaun Bonuslink. Segera ke halaman web Bonuslink untuk memeriksa baki terkini pungutan mata ganjaran yang telah terkumpul. Bila diperhatiakan, bermula bulan Februari 2011 sudah ada mata ganjaran yang akan dilupuskan. Jadi terpaksalah membuat penebusan sekarang. Kali terakhir menebus mata ganjaran adalah sekitar tahun 2008.

Tidak banyak barangan yang dapat ditebus jika  mata ganjaran cuma sekitar 6600 mata. Namun begitu terlihat sesuatu yang menarik dibahagian "Simply Bags' iaitu "Simple Dimple Diaper Bag". Memang sedang mencari sesuatu untuk Azza.  Lagipun baru teringat beg yang sedang digunakan sekarang pun sudah bermasalah dibahagian zipnya. Sudah sampai masanya ianya diganti.  Jadi penebusan beg tersebut dibuat secara rasminya sebentar tadi.



Berdasarkan pengalaman yang lalu, proses penerimaan barangan yang ditebus adalah agak cepat. Insyallah beg yang ditebus itu akan sampai ke rumah pada minggu hadapan. 





Bila melihat rekod penebusan yang lalu, tak sangka ini adalah kali ke 4 Aku membuat penebusan mata ganjaran. Boleh dikatakan hampir 90% mata ganjaran yang dikumpul adalah dari pembelian minyak kenderaan di Shell.  

Jadi jika setia dengan sesuatu jenama pastikan anda mengikuti program mata ganjaran yang dianjurkan. Sekurang-kurangnya ada sedikit ganjaran yang diberikan balik kepada pengguna sebagai penghargaan kepada pengguna setia.




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment