BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 Januari 2011

Lain Pula Jadinya..

Alhamdulillah.. Beg yang ditebus tempohari telah pun sampai ke rumah pada 12/01/2011. Penebusan mata ganjaran tersebut cuma memerlukan 3 hari bekerja untuk diproses dan seterusnya penghantaran dilakukan. Syabas diucapkan pada Bonuslink kerana perkhidmatan yang cemerlang yang telah diberikan.



Beg ini ditebus bagi menggantikan beg Azza yang sudah menunjukkan "tanda-tanda penuaan" dan  masalah dibahagian zipnya.  


Apabila sudah sampai di rumah lain pula jadinya. Nurin Iman dan Nurin Amani pula yang berebut-rebut sesama mereka. Masing-masing cuba memujuk emaknya  supaya memberikan beg tersebut kepada mereka. 


Untuk berlaku adil akhirnya Aku katakan pada mereka  jika masih berebut-rebut beg tersebut, Aku akan bawa beg tersebut ke pejabat!  Konon-kononya la :)






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan