Cerita Tentang [
Makan-Makan
]

Lotus Garden, The Zon Regency Hotel Johor Bahru

Baru sebentar tadi balik dari menghadiri "Chinese New Year Dinner" anjuran pihak syarikat.  Tahun ini lokasi baharu telah dipilih setelah beberapa tahun tidak pernah bertukar tempat.  Asyik makan ditempat yang sama tentu menjemukan bukan?

Lokasi yang dipilih tidak jauh dari pejabat, lantas memudahkan untuk semua pergi sebaik sahaja tamat waktu pejabat.  Tahun ini pihak syarikat memilih Restoran Lotus Garden di The Zon Regency Hotel Johor Bahru  untuk jamuan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.


Kalau dahulu tekak memang sukar menerima masakan Cina tetapi sejak mula bekerja dan bergaul dengan rakan-rakan sekerja yang berbangsa Cina, sedikit sebanyak telah mendapat maklumat mengenai budaya serta makanan masyarakat Cina secara amnya.

Seperkara lagi mengenai masakan Cina, bukan sahaja  cirinya berbeza malah cara memakannya juga berbeza. Yang pastinya mereka menggunakan penyepit atau dikenali sebagai "chopsticks". Kalau pertama kali menggunakannya tentunya akan menimbulkan huru hara di meja makan!

Jadi, jika tidak biasa menggunakannya baik minta sahaja sudu dan garfu daripada pelayan. Untuk mahir menggunakan "chopsticks" pastinya mengambil masa beberapa bulan. Apa yang pasti untuk mendapatkan kecekapan maksimum perlu perbanyakkan latihan menggunakannya.




Memang tidak sah makan di restoran Cina jika tiada hidangan "Yee Sang", Sup Sirip Ikan Yu, "Butter Prawn" serta Ikan Bawal Putih Kukus dan lain-lain. Hidangan "Yee Sang" paling istimewa kerana hanya boleh didapati ketika  musim Perayaan Tahun Baharu Cina  dan hidangan ini secara eksklusifnya hanya boleh didapati di Malaysia dan Singapura.

Memang menyeronokkan dapat makan bersama-sama rakan sekerja yang lain. Lebih-lebih lagi ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat :)  Cuma terpaksa meminta diri untuk pulang awal walaupun masih ada 3 jenis hidangan yang belum tiba.  Maklumlah tadi semasa hendak pergi ke The Zon Regency Hotel menumpang kereta rakan sepejabat. Jadi apabila beliau mahu pulang awal terpaksalah mengikutnya.  

Lagipun kalau betul-betul hendak menunggu sehingga majlis tamat, mungkin akan menjangkau sehingga pukul 12:00 malam!  Lebih baik pulang awal dan menyimpan tenaga untuk ke pejabat esoknya.








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment