Sebelum Cuti Tahun Baru Cina yang lepas, sempat ke Pejabat Celcom untuk membuat 2 urusan penting. Yang pertama ialah menukar kad sim untuk Celcom Bradband dan yang kedua ialah menaik taraf pakej daripada Broadband Classic kepada Broadband Advance.
Kad sim terpaksa ditukar kerana ia sudah lama serta terdapat kesan calar pada cip yang menyebabkan ia tidak boleh digunakan pada modem PCMCIA yang sedia ada, manakala penukaran pakej dilakukan kerana telah ada rancangan untuk berkongsi sambungan internet dengan ahli keluarga yang lain.
Jadi sebagai langkah pertama, perlu ditingkatkan kelajuan internet sebelum memulakan projek WiFi di rumah.
Jadi sebagai langkah pertama, perlu ditingkatkan kelajuan internet sebelum memulakan projek WiFi di rumah.
Apabila telah membuat penukaran pakej, peralatan lama tentunya sudah menjadi tidak releven. Maka Modem USB Huawei E173 secara rasminya akan menggantikan modem PCMCIA Novatel Merlin U530 yang telah berkhidmat hampir 3 tahun tanpa sebarang masalah.
Oleh kerana modem PCMCIA ini secara rasminya telah diumumkan persaraannya, ada sesiapa yang berminat hendak membelinya? Mahu dijual murah-murah :)

