BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Februari 2011

Plaza Angsana, Beg Sandang, Kitab Iqra Dan Mee Rebus

Pada sebelah petang Cuti Maulidur Rasul, kami pergi Plaza Angsana untuk mencari beg sandang buat Nurin Iman dan kitab Iqra buat Nurin Amani. Sudah menetapkan dari awal lagi bahawa beg yang bakal dibeli haruslah tidak lebih daripada RM30. 

Dalam pada berjalan-jalan dan meninjau dari satu kedai ke kedai yang lain akhirnya terjumpa dengan beg yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh Nurin Iman dan harga yang berpatutan. Memang sukar mencari pada mulanya kerana apa yang dikehendaki oleh Nurin Iman ialah beg warna hitam yang ada gambar kartun!  

Satu Besar, Satu Kecil


Ingatkan bila sudah berjumpa dengan  beg berkenaan masalah sudah selesai. Rupa-rupanya sebaik sahaja Nurin Iman terjumpa beg idamannya, adiknya pun merengek mahukan beg yang sama dengan kakaknya. Mujur juga ada versi mini beg tersebut. Jadi terpaksalah membeli satu untuknya.


Satu besar, satu kecil!
Satu besar, satu kecil!



Terlupa Si Adi Pun Sudah Pandai Meminta


Hasrat awal menetapkan kekangan harga sekitar RM30 terpaksa diabaikan kerana si adik pun mahukan beg juga.  Tidak mengapalah terlebih sedikit dari jangkaan awal, asalkan kedua-duanya gembira. Kadang-kadang  terlupa yang si adik pun sudah tahu meminta :)


Mee Rebus Haji Wahid


Selesai membeli belah, kami menuju ke medan selera di Plaza Angsana untuk makan malam. Sementara mencari  meja kosong, kami lalu di  hadapan Gerai Mee Rebus Haji Wahid.  Terus mendapat ilham untuk makan mee rebus.



Mee Rebus Haji Wahid - Antara Yang Terbaik Di Johor Bahru
Mee Rebus Haji Wahid - Antara Yang Terbaik Di Johor Bahru


Hari-hari Makan Pun Tidak Mengapa!


Rasanya baru 2 minggu lepas dapat  makan mee rebus ketika balik ke kampung di Kluang. Hari ini makan mee rebus lagi!  

Sebenarnya kalau hari-hari makan mee rebus pun tidak mengapa kerana ia tidak menjemukan. Entahlah mungkin kami penggemar mee agaknya. Manakala untuk anak-anak kami pesan Yong Tauhu.

Cuma untuk makan di Gerai Mee Rebus Haji Wahid ni kena ada sedikit kesabaran kerana terpaksa beratur. Maklumlah ramai orang  gemar makan mee rebus!  

Mee rebus di sini antara yang terbaik di Johor Bahru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan