Did You Log Into Facebook From Somewhere New?

Baru sebentar  tadi menerima email daripada pihak Facebook yang bertajuk "Did You Log Into Facebook From Somewhere New?" memberitahu bahawa terdapat seseorang diluar sana sedang cuba menggunakan akaun Facebook daripada lokasi yang diragui.  

Menurut email itu lagi, berikutan masalah tersebut akaun Facebook tersebut telahpun dikunci buat sementara untuk tujuan keselamatan.



Memang terkejut pada mulanya apabila membaca notis pemberitahuan tersebut. Maklumlah, kita ini cuma orang kebanyakan dan bukan tergolong daripada golongan yang terkenal.  Masakan ada orang yang cuba mencuri akaun Facebook? Untuk tujuan apa agaknya? Suka-suka?  Yang pastinya ia akan digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Bila diselidiki memang ternyata benar, akaun Facebook tersebut telah pun dikunci buat sementara sehingga  pemilik akaun melakukan proses menuntut semula akaun.

Pihak Facebook mengarahkan supaya pemilik akaun masuk seperti biasa ke akaun Facebook  serta membuat semakan terhadap aktiviti terkini akaun Facebook untuk tujuan pengesahan.



Berdasarkan semakan aktiviti terkini memang menunjukkan terdapat cubaan untuk menggunakan akaun Facebook dari Jakarta, Indonesia! Jadi amat jelaslah bahawa itu adalah aktiviti yang amat meragukan kerana pada masa itu pemilik akaun Facebook tersebut berada di rumah! Ciss!





Sebaik sahaja mengesahkan bahawa aktiviti tersebut adalah mencurigakan, pihak Facebook terus mengusulkan secara mandatori supaya kata laluan untuk mengakses akaun Facebook ditukar.

Setelah menukar kata laluan dan menyemak semula informasi penting, barulah lengkap proses menuntut semula akaun Facebook  untuk membolehkannya digunakan kembali seperti biasa.

Namun begitu, memang agak melecehkan proses untuk menuntut semula akaun Facebook apabila sudah dikunci buat sementara  waktu tetapi langkah yang agak ketat ini dapat menyelamatkan akaun Facebook daripada menjadi mangsa "hijack" individu yang tidak bertanggung jawab.

Buat pemilik akaun Facebook serta perkhidmatan dalam talian yang lain, rajin-rajinlah menukar  kata laluan. Jangan gunakan sesuatu kata laluan untuk tempoh yang terlalu lama.

Untuk tujuan meningkatkan ciri keselamatan sila jadikan amalan menggunakan  kata laluan yang bersifat kompleks untuk meningkatkan lagi kualiti kekuatan kata laluan.








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™