BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Mac 2011

Selamat Menyambut Hari Lahir


Semalam kami ke Vivo American Pizza & Panini. Kami ke restoran tersebut kerana meraikan hari ulang tahun Azza. 

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kami menyambutnya di restoran yang menyajikan pizza. Cuma kali ini lokasi dan restorannya sudah berubah. Kalau dahulu kami suka ke Pizza Hut di Plaza Angsana, kini kami mencuba Vivo American Pizza & Panini di Sutera Mall.  

Restoran tersebut dipilih berikutan lokasinya yang berhampiran dengan kediaman. Jadi ia lebih  mudah untuk dikunjungi.  Lagipun semalam, pulang agak lewat dari pejabat, jadi tidak larat rasanya hendak pergi ke tempat yang agak jauh.  Lebih-lebih lagi esoknya merupakan hari kerja dan persekolahan.


 
Memandangkan sekarang Nurin Iman sudah pun bersekolah terpaksalah menunggu dia menyiapkan kerja sekolahnya sebelum dapat keluar dari rumah.   

Kami tiba di Vivo American Pizza & Panini di Sutera Mall lebih kurang jam 8:30 malam.  Disebabkan hari tersebut bukanlah hujung minggu memang tidak ramai pengunjung di pusat membeli belah tersebut serta di dalam restoran.





Restoran yang agak sunyi itu akhirnya dimeriahkan oleh  anak-anak, lebih-lebih lagi Nurin Amani yang sekarang ini memang suka bertanya dan menyanyi.  Ada sahaja keletahnya.



Diam tak diam sudah 8 tahun kami berkahwin. Anak sulung kami pun sudah  bersekolah rendah. Tanpa disedari masa memang pantas berlalu.


Sudah menjadi tradisi keluarga kami setiap kali menyambut hari lahir (Azza), kami akan meraikanya di luar iaitu dengan pergi makan di restoran yang menyediakan makanan kegemarannya iaitu Pizza. Mungkin selepas ini tradisi ini akan diubah sedikit. Jika masa dan keadaan kewangan mengiziknan tentu seronok bila dapat menjelajah serta mencuba restoran yang menyediakan pizza di sekitar Johor Bahru untuk meraikan hari lahir beliau. Insyallah.

Walaupun sambutan kali ini agak ringkas, ia tetap menjadi  antara saat yang mengembirakan buat kami sekeluarga. Insyallah tradisi ini akan diteruskan sampai bila-bila.

Memandangkan esok adalah hari kerja dan persekolahan, terpaksalah kami pulang sebelum pukul 11:00 malam.  Untuk anak yang bersekolah tidur mereka memang perlu dijaga dan diawasi. Kalau mereka tidur lewat tentunya akan menyukarkan untuk bangun keesokan harinya.





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan