BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

13 April 2011

GIVI HPS 9.0 - Kerja Modifikasi D.I.Y Berjaya Dilakukan

Projek modifikasi D.I.Y bertujuan untuk membaiki helmet yang rosak tu bermula semalam. Kerja-kerja membaiki dilakukan sebaik sahaja helmet yang baharu telah dibeli.  

Walaupun helmet lama itu hendak disimpan, rasanya memang tak patut kalau dibiarkan "binding tape" terus melekat dihelmet tersebut.  Buat sakit mata sahaja melihatnya!  Memang harus dilakukan sesuatu..

Mulalah menyelongkar peti perkakasan, membelek-belek serta mencari skru kecil dan "washer"  yang bersesuaian.


Mujur juga di dalam kotak perkakasan tersebut masih banyak koleksi skru-skru kecil yang dikumpul setiap kali membaiki dan memasang komputer.  Nampaknya skru yang sesuai ialah skru kecil yang digunakan untuk mengikat pemacu cakera liut.





Bila semuanya sudah lengkap, kerja seterusnya ialah mengeluarkan pelapik dalaman helmet tersebut untuk memudahkan kerja-kerja memasang skru.


Proses memasang skru kecil itu memang agak mudah kerana bahagian yang patah itu memang mempunyai lubang ditengah. Cuma perlu pasang seperti biasa dan kemudiannya skru kecil dan "washer" diketatkan dari dalam helmet.  


Bila sudah selesai, pasang semula pelapik dalaman helmet.  Sekarang kedudukan "Visor" helmet sudah kembali seperti asal dan tidak senget ke tepi lagi. Jadi kalau hendak disimpan dan dipamerkan taklah nampak buruk sangat.  Sedap sikit mata memandang... :)










Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan