Cerita Tentang [
Thailand
]

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #5

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #5

Phuket - Hari Kelima

Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 9:45 pagi. Oleh yang demikian kami perlu bersiap awal untuk mengurusakan pendaftaran keluar daripada hotel penginapan dan seterusnya menaiki bas yang disediakan untuk dihantar ke lapangan terbang.   Perjalanan untuk ke lapangan terbang memakan masa lebih kurang 30 minit.





Memang berat hati hendak meninggalkan Pulau Phuket kerana sejak 4 hari yang lepas telah pun menggapnya sebagai tempat tinggal sementara kami. Apa pun kami sedar sebaik sahaja percutian ini tamat, semuanya perlu ditinggalkan. Ini hanyalah keseronokkan sementara.  Bila kembali semula ke Malaysia, hidup kami akan kembali seperti asal.




Melihat kejayaan Pulau Phuket menjadi destinasi tumpuan para pelancong tentunya menjadikan kita tertanya-tanya apakah istimewanya Pulau Phuket ini.  Ada yang mengatakan pantainya yang cantik serta tarikan alam semulajadinya dan industri hiburan yang mantap merupakan tarikan utama pelancong ke Pulau Phuket. Berdasarkan pemerhatian singkat tentunya budi bahasa serta kebersihan terutama tandas awamnya boleh dikategorikan sebagai kelas satu! 


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment