BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Mei 2011

Jam Tangan Masih Releven

Ada sesuatu yang pelik dapat dirasakan hari ini. Bila diperiksa dengan lebih teliti, rupa-rupanya terlupa untuk memakai jam tangan. Patutlah terasa ringan tangan kiri ni.

Semalam baharu sahaja membelek-belek jam tersebut dan memakainya sebentar untuk memastikan ia terus hidup. Maklumlah jam tangan automatik  jika tidak dipakai lebih 2 hari ia akan mati. 

Jadi sehari sebelum menjelang hari Isnin, ia akan dipastikan hidup untuk menjamin ketepatan masanya. Itu adalah rutin mingguan sejak 15 tahun yang lepas.

Nasib baik ada  telefon bimbit. Jika terlupa memakai jam tangan sekalipun masa boleh diperiksa melaluinya. Patutlah sekarang sudah ramai yang tidak memakai jam tangan. 


Mungkin satu hari nanti jam tangan akan dilupakan. Gadget tertua didunia ini nampaknya sedang menghadapi ancaman daripada telefon bimbit!

Apa pun, buat masa ini  jam tangan masih lagi releven dalam kehidupan.. tak lengkap keluar rumah tanpanya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan