BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

03 Mei 2011

Selepas 10 Tahun.. #1

Semasa di Phuket tempohari, telah menerima beberapa SMS. Salah satu daripadanya datang dari seorang rakan lama yang bertanyakan khabar.  Oleh kerana kos untuk membalas semua SMS tersebut dari luar negara  cukup mahal, hanya membalas mana yang penting dahulu sahaja. 

Bila sudah beberapa hari kembali ke tanah air, baru teringat tentang mesej tempohari.  Segera membalasnya dengan satu panggilan telefon.  Terus meminta maaf kepadanya kerana tidak membalas SMS  pada masa tersebut serta menerangkan kesulitan yang dihadapi ketika itu.

Bila sudah lama tidak berbual-bual tentunya banyak yang hendak diceritakan. Bermula dengan bertanyakan khabar ahli keluarga masing-masing serta yang bersangkut paut dengannya.  

Kali terakhir mendengar berita tentangnya ialah beberapa bulan yang lepas daripada seorang kawan yang menyatakan bahawa beliau sudah berpindah kediaman. Segera bertanyakan mengenainya untuk mengesahkan cerita tersebut.  Ternyata berita yang diterima itu memang benar.  

Menurutnya lagi,  kini dia sudah memandu sendiri ke tempat kerja.   Wahh! ini merupakan satu lagi kejutan!  Macam tidak percaya kawan yang seorang ini sekarang sudah berani memandu sendirian ke tempat kerja. 

Kemudian terus menyambung cerita dan dengan sengajanya bertanyakan sudah berapa tahun beliau berkahwin. Katanya sudah lebih 10 tahun dia berkahwin.  Respon spontan yang diberikan atas kenyataan tersebut:

Finally Cik Abang kamu sudah angkat bendera putih!  Lepas 10 tahun dah tak larat nak hantar dan ambil kamu balik dari tempat kerja ye.. hehe

Dan serta merta dibalas dengan ayat ini:

Ciss kurang asam kau!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan