BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

26 Jun 2011

Aktiviti Hujung Minggu #0

Aktiviti yang melengkapkan hujung minggu ini ialah menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat yang berlangsung di Taman Sri Stulang, Johor Bahru. Kami tiba di sana lebih kurang jam 2:15 petang. 

Memandangkan masih terdapat kerja-kerja pembinaan jalan raya disekitarnya terdapat sedikit kekeliruan pada mulanya untuk masuk ke kawasan perumahan tersebut. Namun begitu sebaik sahaja faham bagaimana untuk menuju ke taman perumahan tersebut semuanya menjadi lancar.

Apa pun sebaik tiba kami dapati rombongan pengantin lelaki baru bersiap bersedia untuk berarak dan seterusnya kami menyertai mereka.  Macam sudah berjanji-janji pula.


Seperti biasa yang seronok tentunya Nurin Amani. Beriya-iya ingin melihat penganting bersanding dengan lebih dekat.  

Di majlis ini juga sempat juga bertemu dengan beberapa orang  rakan sepejabat yang lain serta rakan-rakan lain yang bertugas dibangunan yang sama.

Kadang-kadang walaupun bertugas di pejabat yang sama sukar juga untuk bertegur sapa serta makan bersama. Peluang sebegini memang baik untuk dimanfaatkan untuk bersosial sebaiknya :D









Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan