Esok Hari Penting

Memandangkan esok sekolah akan dibuka semula selepas dua minggu bercuti, segalanya perlu dipastikan untuk kembali seperti biasa.  

Kemudian baru teringat yang Nurin Iman telah kehilangan buku teks Bahasa Inggerisnya.  Telah pun diadukan pada gurunya sebelum cuti sekolah bermula tempohari dan dinasihatkan untuk menggantikannya.

Diberitahu oleh guru tersebut bahawa buku teks tersebut boleh didapati di Badan Bookstore dan MPH.

Kalau murid darjah satu tentu ada sahaja yang hilang.  Kehilangan pensel setiap minggu itu perkara biasa..
 
Kami ke Plaza Angsana untuk ke kedai buku tersebut. Mujur buku tersebut masih lagi ada dijual.  Terus membeli buku teks tersebut serta beberapa buku latihan yang lain.  Sambil itu terus berpesan pada Nurin Iman untuk menjaganya agar tidak hilang lagi.

Selain daripada itu, esok juga merupakan hari lahir Nurin Iman. Maka genaplah usianya 7 tahun esok. Sudah terlanjur berada di Plaza Angsana, kami terus ke Golden Oven untuk mendapatkan kek yang dihajatinya. 

Oleh kerana Azza masih belum sihat sepenuhnya, kami mahu menyelesaikan semua urusan dibawah satu bumbung.  Memandangkan kami baru sampai dari Seremban semalamnya, memang tiada apa lagi yang tinggal didalam peti sejuk.  Semuanya telah pun dikosongkan sebaik sahaja mahu balik ke Seremban tempohari.

Segera ke Pasaraya UO  untuk membeli barangan keperluan dapur. Memang jarang berbelanja di sini kerana selalunya kami ke Giant atau Tesco berhampiran rumah. 

Senang hati bila semua keperluan dapur serta peralatan persekolahan telah dilengkapkan semuanya. Memandangkan esok adalah hari penting buat Nurin Iman tentunya beliau tidak sabar untuk ke sekolah dan menyambut hari lahirnya.









Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™