Kisah Cuti Persekolahan - Nilai 3, Pengantin Dan Wad!

Menghabiskan hujung minggu terakhir cuti sekolah kali ini di Seremban. Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung pada hari Rabu yang lepas.  Sebaik sahaja tiba, tentnya anak-anaklah yang paling gembira kerana dapat bertemu Atuk dan Uwan serta sepupu-sepupu mereka. 

Memandangkan Nurin Iman dan Nurin Amani sudah sampai ke kampung, maka lengkaplah kesemuanya cucu-cucu yang ada untuk meriuhkan lagi rumah Uwan!

Pada petang  Khamis, sempat juga kami ke Nilai 3 untuk melihat-lihat apa yang menarik dan baharu yang sedang menjadi tend di sana. Semasa kami hendak ke sana, Nurin Iman tidak mahu mengikut kerana dia lebih gemar untuk terus bermain bersama-sama sepupunya.  Jadi kami bertiga sahajalah yang pergi ke sana.  


Oleh kerana terdapat kekangan masa serta kewangan, tidak banyak yang boleh dibeli melainkan beberapa helai tudung untuk Azza, Uwan serta anak-anak :D 



Pada hari Jumaat, aktiviti kami ialah mengiringi pengantin. Kami ke Morib untuk menyertai rombongan pengantin lelaki untuk ke majlis pernikahan anak lelaki  saudara kami yang berlangsung di Tanjung Sepat

Namun begitu cerita balik kampung kali ini ada kelainannya. Setelah selesai menghadiri majlis pernikahan tersebut kami terus pulang ke Seremban. 

Sebaik sahaja tiba dihadapan rumah, kami segera masuk dan menuju ke halaman rumah. Ketika Azza hendak menutup pagar, tiba-tiba pintu pagar itu menimpanya! Kebetulan pula ada seorang pakcik yang lalu dihadapan rumah dan segera bersama-sama menolong mengangkat pagar tersebut. 3 orang diperlukan untuk mengangkat pagar tersebut!  

Sebaik sahaja pintu pagar itu diangkat, terus memeriksa keadaan Azza untuk masih lagi terbaring kesakitan dan memastikan tiada anggota badan yang patah. Ketika memeriksa, beliau mengadu kepala serta lehernya sakit. 

Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, kami memastikan supaya beliau dalam keadaan sedar dan terus mengajaknya berbual. Azza dirujuk ke KPJ Seremban untuk menerima rawatan di unit kecemasan dan kemalangan.

Setelah lebih setengah jam menerima rawatan, Doktor bertugas memaklumkan bahawa Azza tidak mengalami kecederaan yang serius. Alhamdulillah. Cuma terdapat bengkak dikepala seta luka-luka kecil dikaki, tangan serta lututnya.

Namun begitu Doktor memaklumkan bahawa dalam tempoh 24 jam ini adalah tempoh kritikal.  Jika terdapat tanda-tanda seperti muntah dan pening kepala, beliau harus dirujuk semula ke hospital. Oleh yang demikian, kami  meminta Doktor untuk memasukan Azza ke wad bagi  tujuan observasi semalaman.

Kemalangan boleh berlaku dimana sahaja.  Tentunya kemalangan seperti ini tidak dijangka. Siapa sangka pintu pagar boleh menimpa  orang yang ingin menutupnya. Mujur juga ketika kejadian, anak-anak telah masuk ke rumah.  Apa pun kami amat bersyukur kerana anak-anak tiada di situ.  Jika tidak tentu keadaan menjadi lebih buruk.

Cuti kali ini tentunya menjadi kenangan seumur hidup!












Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™