BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Jun 2011

Masuk Tentera Dapat iPad!

Antara berita yang menarik perhatian di akhbar The Sun hari ini ialah berkenaan negara jiran kita, Singapura yang memberikan iPad sebagai kelengkapan standard bagi setiap tentera mereka bermula pada pengambilan November ini.

Bertuah sungguh golongan muda di negara jiran ini, masuk tentera dapat iPad! Dipercayai langkah ini dibuat untuk menggalakkan serta menarik minat golongan muda menyertai tentera. 

Mungkin pihak Angkatan Tentera Malaysia boleh mengambil inspirasi serta mengikuti langkah Kerajaan Singapura ini. Kalau bukan iPad sekalipun mungkin gadget lain, netbook misalnya.



Tapi bila sudah ada insentif sebegini takut pula ada yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia sebab hendakkan iPad!  Maklumlah bila bercerita tentang iPad, bermacam-macam cerita negatif serta tidak masuk akal mengenai golongan muda yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya.

Ingin memiliki iPad tanpa perlu masuk tentera? Sertai contest ini:








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan