BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Jun 2011

Yang Jahat Itu Cracker Bukan Hacker!

Kecoh satu negara apabila beberapa siri godaman terhadap beberapa halaman web berlaku semalam. Banyak juga halaman web pelbagai agensi serta pemilikan persendirian yang terjejas.  

Memang apabila server sudah berada didalam talian ditambah lagi dengan berkembangnya teknologi jalur lebar tentunya tiada jaminan yang ia akan selamat.  Semuanya berisiko untuk digodam. Bak kata Peter Norton:

There is no perfectly secure server, router, network operating system or any other networking component. There is no such thing as uncrackable network, except for one isn't connected at all!

Cuma apa yang diharapkan agar semua agensi yang terlibat dapat menangani serangan ini sebaik mungkin dengan mengimplementasikan pelbagai langkah keselamatan terhadap sistem dan network.


Ada bagusnya juga apabila website dan network itu digodam. Mana yang tidak dijaga dan dirapikan ciri keselamatannya dengan baik akan terdedahlah kelemahannya dan dieksploitasikan sepenuhnya oleh penggodam.

Jadi buat pentadbir sistem serta rangkaian, gunakanlah kesempatan ini untuk merapikan apa yang perlu agar keselamatan data serta perkhidmatan dalam talian dapat berfungsi semula.

Apa pun yang jahat itu Cracker bukan Hacker!







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan