Mula-Mula Gunting Kertas..

Bila disebut anak-anak, tentunya kita akan terbayangkan senyuman, kegembiraan serta kegigihan mereka melakukan sesuatu.  Inilah yang hendah diceritakan dalam entry ini - " Mula-Mula Gunting Kertas.."

Seperti orang dewasa dalam mempelajari serta cuba memahami sesuatu perkara, anak-anak juga bereksperimen. 

Bila merujuk kedua-dua anak perempuan kami, memang terdapat satu corak yang hampir serupa antara kakak dan adik. 

Memandangkan sikap ingin tahu mereka begitu tinggi, kami menyediakan beberapa peralatan seperti gunting dan gam kertas serta buku untuk mereka gunakan dalam proses pembelajaran.  Tentunya aktiviti gunting dan tampal merupakan aktiviti kegemaran mereka. Setelah beberapa ketika, kemahiran mereka dalam menggunting kertas semakin baik.  

Mungkin sudah bosan menggunting kertas, akhirnya mereka mencuba menggunting sesuatu yang baru. Entah dari mana datang idea tersebut, buat kami tertanya-tanya. Mungkin juga dari naluri semulajadi ingin tahu mereka..


Sebaik sahaja mereka melepasi umur 3 tahun, kedua-duanya telah berjaya melakukan eksperimen menggunting rambut sendiri dan menyembunyikan rambut tersebut dibelakang almari!  

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memberikan sesuatu peralatan kepada anak-anak. Walaupun telah diajar cara mengendalikan serta menggunakannya dengan betul, pastinya anak-anak akan mencuba yang  sebaliknya. 

Memang ternyata mereka sentiasa bereksperimen! :D







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™