Cerita Tentang [
Syawal
]

Persiapan Hari Raya 2011 #1

Nampaknya pusat membeli belah disekitar Johor Bahru sudah mula dibanjiri oleh pengunjung yang tentunya ingin melengkapkan Persiapan Hari Raya Aidifitri yang bakal tiba. Seperti keluarga lain, Kami juga tidak ketinggalan berkunjung ke beberpa buah pusat membeli belah untuk melihat-lihat apa yang menarik.

Alhamdullilah bulan ini gaji telah dimasukkan awal ke dalam akaun. Jadi mood untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri juga sudah boleh diaktifkan sepenuhnya. 
Cuma perlu sedikit berhati-hati agar tidak terlebih bebelanja. Maklumlah hari raya disambut pada hujung bulan ini, jika sudah berhabis-habisan berbelanja takut nanti terputus wang diawal-awal Syawal sedangkan bulan itu masih panjang lagi untuk ditempohi. Jadi memang amat wajar dalam merancang perbelanjaan menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri agar tidak ditimpa masalah nanti.
Berdasarkan pemerhatian, Kami dapati tahun ini kegiatan menjual kuih raya seperti tidak semeriah seperti tahun-tahun yang lepas. Berkemungkinan ia disebabkan oleh isu mentega yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini menyebabkan penjual enggan mengambil risiko.


Apa pun alasannya, persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri perlu dibuat secara bersederhana dan seboleh-bolehnya janganlah sehingga berlebih-lebihan. Ukur baju dibadan sendiri agar tidak merana dipertengahan bulan!











Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment