BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

02 Oktober 2011

Mengemaskini Blog - Kerja Melecehkan Yang Perlu Dilakukan

Hujung minggu ini digunakan sepenuhnya untuk mengemaskini dan memperbaiki susun atur blog.

Sudah lama rasanya tidak berbuat demikian. Jadi eloklah melakukannya apabila ada masa yang terluang.

Lebih-lebih lagi didapati dibahagian "Link Exchange" sudah banyak link yang sudah tidak aktif. Memang perlukan sedikit masa untuk memeriksa pautan-pautan tersebut satu persatu dan akhirnya dengan berat hati terpaksa membuang yang sudah tidak aktif.

Selain daripada itu, iklan-iklan diblog juga disemak semula untuk dinilai keberkesannya. Mana yang sudah tidak berdaya maju perlu dikeluarkan dan diganti dengan yang lain. 

Sudah terlanjur bermain-main dengan "coding" blog, akhirnya mengambil keputusan untuk membuat sedikit rombakan pada blog.  Tiada apa yang istimewa, cuma menggabungkan beberapa "widget" menjadi satu dan memperbaiki semula susun aturnya.


Memang kerja-kerja sebegini agak melecehkan tetapi ia perlu juga dilakukan secara berkala untuk memastikan blog sentiasa berada didalam keadaan terbaik.







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan