Perangkap Di Zon Selesa

Perangkap Di Zon Selesa
Untuk melahirkan idea, inovasi, penyelesaian dan pemikiran hebat memang perlu ada sedikit unsur tekanan. 

Bermaksud kita sebenarnya mampu melahirkan sesuatu idea atau pemikiran hebat ketika berada didalam keadaan tertekan atau ketika berada didalam situasi yang mendesak.

Pada situasi tersebut, otak akan dikerah ke peringkat lebih tinggi daripada biasa untuk mencari jalan dalam menyelesaikan permasalahan yang sedang atau akan dihadapi.

Perangkap Di Zon Selesa



Keinginan untuk meningkatkan dan memajukan lagi diri berkemungkinan mula berkurangan kerana sudah terlalu selesa atau seronok dengan sesuatu situasi. Zon selesa umpama perangkap pemikiran secara tidak disedari..

Jika berada di zon selesa, memang sukar untuk menghasilkan idea, penyelesaian dan pemikiran hebat. Oleh yang demikian untuk keluar daripada situasi ini, kita boleh mencipta satu situasi tekanan. Ramai yang mengelarkan perkara ini sebagai motivasi.

Rasanya banyak perkara sukar diubah apabila sudah berada di zon selesa. Walaup bagaimanapun, dengan memotivasikan diri tentunya mampu membantu untuk keluar dari zon selesa dan seterusnya berinovasi semula.



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™