BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 November 2011

Santai Malam Minggu..

Kami ke McDonalds berhampiran dengan kediaman. Memang sudah agak lama juga tidak makan di situ.  Kali terakhir singgah ke sana sekadar membeli untuk dibawa pulang ke rumah.

Oleh kerana cuti persekolahan sudah bermula dan kebetulan pula malam itu adalah malam minggu, keadaan di restoran agak sesak dengan pelanggan dan kanak-kanak. Susah juga hendak mendapatkan tempat untuk duduk buat kami sekeluarga. Namun begitu setelah menunggu seketika, kami akhirnya mendapat tempat duduk.



Memandangkan hari itu merupakan ulang tahun hari kelahiran Saya, maka makan malam ini bolehlah dianggap sebagai jamuan kecil-kecilan bagi meraikan hari istimewa tersebut. 

Namun begitu, Saya sebenarnya agak kekok apabila diraikan. Maklumlah meraikan hari kelahiran bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh keluarga sebelah SayaApa pun kini, Saya memandang perkara ini dari sudut positif  sebagai aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.  






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan