Now Reading [
JPO
] News

Johor Premium Outlets - Kami Sudah Ke Sana!

JPO - Kami Sudah Sampai
Antara cerita dan berita terhangat sepanjang Disember 2011 dari Selatan Tanah Air ialah tentang pembukaan Johor Premium Outlets (JPO)

Kami sudah pun terlepas untuk menghadirkan diri ke sesi preview yang diadakan pada awal bulan ini. Namun begitu, semalam kekecewaan itu telah pun terubat dan berjaya ditebus. Akhirnya kami telah berjaya menjejakkan kaki ke sana.

Lokasi Dan Panduan Ke Destinasi


Memang pada mulanya tidak berapa pasti jalan manakah yang patut diguna untuk menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Berdasarkan kepada cerita daripada rakan-rakan yang telah pun ke sana, lokasinya adalah terletak di bersebelahan dengan Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai.

Lokasi dan Panduan Ke JPO

Setelah mengenal pasti laluan yang sepatutnya digunakan, kami telah berjaya sampai di sana sekitar jam 6:00 petang iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan dari kediaman kami.


Berikut Adalah Panduan Mudah Untuk Menuju Ke Johor Premium Outlets (JPO):



Dari Singapura melalui Woodlands Singapura → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Singapura melalui 2nd Link Singapura → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Kuala Lumpur Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)

Kemudahan Yang Disediakan


Sebaik sahaja sampai, memang agak kagum dengan barisan butik-butik berjenama terkenal yang ada di situ. Kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan Johor Premium Outlets (JPO) merangkumi tempat permainan kanak-kanak, medan selera, eskulator, lift, surau, mesin ATM, perkhidmatan pengurup wang, Balai Polis serta tandas.

Cuma sedikit yang dikesalkan ialah saiz bilik surau yang disediakan itu agak kecil dan pastinya menyukarkan pengunjung untuk melakukan ibadah solat diawal waktu. Saiz bilik surau itu sebenarnya tidak mampu menampung bilangan pengunjung yang ramai. Selain daripada itu nisbah saiz bilik surau itu langsung tidak berpadanan dengan saiz keseluruhan kompleks yang tersergam indah itu. Hal seperti ini seolah-olah sudah seperti menjadi kelaziman di negara ini. 

Panduan Pengunjung - Senarai Jenama Dan Direktori


Berdasarkan senarai rasmi terdapat hampir 80 jenama terkenal yang dijual di Johor Premium Outlets (JPO). Namun begitu ada beberapa butik yang masih belum beroperasi lagi.

Berikut adalah senarai butik yang terdapat di Johor Premium Outlets (JPO) mengikut kategori dan nombor suite sebagai panduan kepada pengunjung :


Designer Fashion & Sportwear


Suite Store Telephone
902 Adidas 075909199
632 Aigner 076708088
920 Anakku (Opening Soon) -
922 Animation World (Opening Soon) -
436 Armani Exchange 075909390
338 Armani Outlet 075909350
706 BCBGMAXAZRIA 076708031
1102 Bread & Butter 076708096
220 Brooks Brothers Factory Store 075909225
700 Burberry 075909228
712 Calvin Klein Jeans 076708052
714 Calvin Klein Underwear 076708051
328 Canali 075909382
434 CK Calvin Klein 075909380
230 Coach 075909232
610 Coach Men's 076708011
1104 Columbia 076708097
510 Cotton On 075909358
824 Cotton On Kids 076708055
622 Diane von Furstenberg 076708061
432 DKNY 075909360
910 ELLE 076708099
606 Ermenegildo Zegna Outlet Store 075909201
424 Esprit 075909323
516 Flow 075909361
704 Furla 076708030
416 G2000 Outlet 075909398
528 Gap Outlet 075909309
532 Guess 075909296
806 Guess Kids 076708048
812 Guy Laroche 076708001
816 Hang Ten 076708009
612 Hugo Boss 076708085
630 Juicy Couture 076708065
616 Kate Spade 076708089
430 Lacoste Outlet 075909211
426 La Senza Lingerie 075909321
908 LeSportsac 076708007
526 Levi's Outlet Store 075909278
232 Michael Kors 075909305
520 New Balance (Opening Soon) -
1000 Nike Factory Store 075909227
314 Oroton Factory 075909267
100 Padini Outlet Store 075909262
604 Polo Ralph Lauren 075909500
917 Poney Outlet 076708022
406 Puma 075909260
222 Raoul 075909325
400 Renoma Paris 075909723
414 Rip Curl 072897162
708 Sacoor Outlet 076708080
332 Salvatore Ferragamo Company Store 075909218
1302 Soda 076708010
1306 South China Sea 076708010
912 Springfield 076708099
814 The Bold & Beautiful 076708028
808 Timberland 076708071
218 Tommy Hilfiger 075909152
308 Universal Traveller 075951900
224 Versace Company Store 075909495
212 Victoria's Secret 075900552
1304 Voir Gallery 076708010
1106 World of Outdoors 076708097

Shoes


Suite Store Telephone
514 Charles & Keith Reductions 075909363
420 Clarks 075951668
718 Florsheim 076708070
316 Geox 075909288
918 Hush Puppies 076708008
820 Nose 076708038
518 Obermain (Opening Soon) -
304 Pedro Outlet 075909310
916 Rockport 076708005
402 Skechers 075909255
825 Stride Rite 076708037
300 Vincci 075909262

Accessories & Jewelery


Suite Store Telephone
412 City Chain 075909351
214 Evita Peroni 075909272
626 Optical 88 076708020
915 Sunglass Hut 076708015
914 Swatch 076708032
326 Swiss Watch Gallery 075909388
418 Time Lab 075900871
306 Tomei 075909899
624 Watch Station International 076708003
320 Wear & When 075909561

Fine Leather & Luggage


Suite Store Telephone
312 Bonia 075909246
208 Braun Buffel 075909433
408 Carlo Rino 075909219
428 Fossil 075909248
822 Leather Avenue 076708068
310 Samsonite Factory Outlet 075909289
818 Sembonia 01137713880
628 Tocco Toscano 076708035
322 Tumi 075909187

Gift & Specialty Items


Suite Store Telephone
716 Beauty Scents 076708018
722 Chocolat 5D Studio 076708076
302 Cosmetics & Designer Fragrances 075909179
206 Fidani Chocolate 075909300
602 Maybank 076639912
724 Pan-West 076708000
318 Royal Selangor 075909196
522 The Body Shop Outlet 075909119
210 The Cosmetics Company Store 075909456

Housewares & Home Furnishings


Suite Store Telephone
410 Akemi Uchi
075909258
1202 Akemi Uchi Galleria 076708026

Food & Beverages


Suite Store Telephone
1002 Absolute Thai 075909221
926 Alcove 0124500856
502 Baskin-Robbins 075909285
1402 Cafe Barbera 076708067
401 Crepe Signature 075909318
236 Desafarm® Shop 076708081
633 Dome Café 076708083
204 George & Dragon Café 075909268
504 Kampachi Japanese Restaurant 075909277
924 Pies Inc. 0124500856
500 Starbucks Coffee 076651020
2000 Taang Shifu 075909336
1402 TCBY Frozen Yogurt 076708847
200 The Coffee Bean & Tea Leaf 075909337


Pengalaman Membeli-belah Di JPO


Walaupun terdapat pelbagai jenama terkenal yang dijual pada harga yang telah pun diberikan diskaun, terus terang dikatakan bahawa ianya masih lagi diluar kemampuan bagi golongan kebanyakkan.

Secara peribadinya kami menggangap bahawa tempat ini umpama syurga membeli belah buat golongan pertengahan ke atas dan pelancong asing terutamanya warga Singapura berikutan nilai tukaran matawang dan kuasa beli yang lebih tinggi yang dimiliki oleh rakyat negara tersebut.


Antara Yang Menarik Di JPO

Pun begitu masih ada beberapa butik yang memberikan lebih nilai untuk wang seperti Levi's Outlet Store dan Flow yang menjual barangan dengan harga yang agak berpatutan. Selain daripada itu bagi penggemar jenama sukan seperti Nike, Adidas dan Puma, butik-butik jenama tersebut menawarkan harga yang agak menarik.

Untuk kunjungan kali ini, sepasang jeans Levi's Bold Curve - Skinny Boot dan baju dari Flow telah berjaya disambar oleh isteri tercinta!

Kami amat yakin bagi penggemar barangan berjenama dan berkualiti, kunjungan ke Johor Premium Outlets (JPO) tentunya tidak akan pulang dengan tangan kosong!


Nasihat Dan Tips

  • Sediakan wang secukupnya!
  • Tidak banyak pilihan untuk makan dan makanan yang dijual di medan selera agak mahal. Makan dahulu sebelum sampai ke sana adalah digalakkan.
  • Sekurang-kurangnya perlukan 3 atau 4 jam untuk menjelajah ke semua butik-butik yang ada.
  • Agak sesak dihujung minggu. Jadi kunjungan dihari bekerja adalah lebih baik untuk mengelakkan dari kesesakan.


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment