Now Reading [
Gadget
] News

Pertikaian Nama Dagangan Melahirkan Blackberry 10

Tahun 2011 merupakan tahun yang serba tidak kena kepada syarikat Research In Motion (RIM) atau lebih dikenali sebagai pengeluar gadget terkenal BlackBerry. Ada sahaja cerita negatif mengenainya yang mencalar imej syarikat tersebut. Nampaknya tahun 2011 memang tahun yang amat mencabar buat mereka.

  • Bermula dengan kegagalan produk tablet PlayBook untuk memberikan saingan di pasaran dan mengakibatkan kerugian USD485 juta kepada RIM.
  • "BlackBerry services" yang kerap mengalami gangguan akhir-akhir ini mengundang kemarahan pengguna di seluruh dunia. BlackBerry Messenger (BBM) adalah antara sebab utama mengapa pengguna muda tertarik untuk menggunakan BlackBerry
  • Manakala di Indonesia, CEO syarikat tersebut bakal didakwa kerana kegagalan mengawal keselamatan pada promosi yang dijalankan syarikat tersebut sehingga menyebabkan berpuluh orang tercedera ketika berebut-rebut dan berasak-asak untuk mendapatkan BlackBerry model terbaharu. Kejadian berasak-asak itu disebabkan oleh tawaran harga istimewa untuk pembeli 1000 unit pertama yang bakal menikmati harga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran. 
  • Sementara itu di Kanada, gelagat 2 orang eksekutif kanannya yang mabuk ketika dalam penerbangan untuk ke Beijing dan menyebabkan pesawat terpaksa berpatah balik telah menambah derita serta memburukkan lagi imej RIM!


Pihak RIM sebenarnya sedar bahawa terdapat sebuah syarikat lain yang telah pun menggunakan nama dagangan tersebut. Namun begitu mereka cuba untuk meneruskan penggunaannya kerana yakin pengguna tidak akan terkeliru dengan nama dagangan tersebut kerana bidang pengkhususan kedua-dua syarikat adalah amat berbeza. 

Pemilik nama dagangan "BBx" iaitu Basis International merupakan sebuah syarikat yang mempunyai pengkhususan dalam bidang pembangunan perisian dan pangkalan data telah pun mengemukakan permohonan injunksi daripada mahkamah bagi menghalang RIM daripada menggunakan nama dagangan tersebut.

RIM akhirnya mengalah dan seterusnya menamakan sistem pengoperasian terbaharu mereka sebagai BlackBerry 10.

Sepatutnya dari awal lagi RIM perlu memastikan pemilihan nama untuk sesuatu produk itu dilakukan dengan betul. Adalah lebih baik menggunakkan kekuatan jenama yang sedia ada daripada membangunkan jenama atau nama dangangan yang baharu. Kekuatan RIM selama ini dibina dengan jenama BlackBerry. Keputusan untuk menamakan sistem pengoperasian terbaharu mereka sebagai BlackBerry 10 adalah keputusan yang tepat!

Semoga RIM dapat bangkit memperbaiki prestasi serta imejnya dan terus memberikan saingan kepada pengeluar gadget yang lain.



Kredit, Business Financial Post, AFP, Reuters,











Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment