BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Januari 2011

Januari 30, 2011

Sizzling Hot Plate Noodle

Semalam kami ke Jusco Bukit Indah untuk melihat-lihat keghairahan orang ramai membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. Memang bila sudah hampir dengan hari perayaan, pusat membeli belah akan sesak dengan orang ramai.  

Dalam pada bersesak-sesak itu sempat juga kami menambahkan kemeriahan dengan ber "window shopping".  Sekadar melihat-lihat apa yang murah dan menarik. 




Bila kaki sudah kepenatan, barulah terperasan jam sudah menunjukkan hampir pukul 6:30 petang iaitu waktu makan malam kami sekeluarga. 

Berjalan sebentar disepanjang "Restaurant Street" untuk melihat-lihat apa yang mampu membuka selera. Seriusnya memang agak bosan dengan makanan segera.  Tiba-tiba teringin hendak makan "Sizzling Hot Plate Noodle"!




Kalau di dalam Jusco, tempat yang harus dituju untuk mendapatkan makanan yang bukan makanan segera ialah di Arena Food Court. Memang sudah lama tidak menikmati hidangan "Hot Plate".

Jadi, hidangan "Hot Plate" adalah menu makan malam kami manakala "Nasi Ayam" untuk kedua-dua anak kami.


29 Januari 2011

Januari 29, 2011

Iklan Petronas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2011 - "Meet The Parents"

Setiap kali ada sambutan perayaan besar, tentunya kita tertunggu-tunggu iklan yang dibuat oleh Petronas. Iklan terbaharu Petronas sempana sambutan Tahun Baru Cina ini bertajuk "Meet The Parents" telah pun dilancarkan secara rasminya di halaman web Petronas Greetings di Facebook.

Happy Year of the Rabbit! from PETRONAS

Iklan yang sarat dengan mesej kekeluargaan ini tentunya akan menyentuh hati dan perasaan.  Kadang-kadang perkara yang kita anggap remeh sebenarnya begitu besar nilainya pada ibubapa. 

28 Januari 2011

Januari 28, 2011

Eh Ada Poskad Lah!

Memang jarang menerima poskad sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Tetapi semalam satu poskad telah selamat tiba di rumah. Bukan main seronok lagi apabila mendapat sekeping poskad yang dikirim oleh Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.  


Tujuan poskad itu dihantar ialah untuk memberitahu tentang Kempen Menderma Darah yang diadakan di Plaza Angsana pada bulan Januari.



Tetapi bila dibaca betul-betul, aktiviti Kempen Menderma Darah yang hendak diberitahu itu sudah pun berlaku! Aktiviti tersebut telah berlangsung pada 3, 4, 5 dan 6 Januari 2011 sedangkan poskad itu dipos pada 25 Januari 2011 dan selamat sampai ke destinasi pada 26 Januari 2011!  

Entah berapa banyak poskad sebegini yang telah dihantar. Yang pastinya ia adalah perbuatan yang sia-sia dan membazir. Belanja setem pun sudah RM0.60 sen bagi setiap poskad!  

26 Januari 2011

Januari 26, 2011

Pembalab Liar Kocar-kacir!

Selongkar album di Facebook, tiba-tiba terperasan gambar petikan akhbar ini ketika pergi ke Bandung pada tahun 2009.

Memang tertarik dengan tajuk berita yang disiarkan iaitu "Pembalab Liar Kocar-kacir". Isu tempatan mengenai "Pembalab Liar" yang memeriahkan jalan-jalan di Bandung ketika malam minggu. 



Kalau di negara ini "Pembalab Liar" ini ini dikenali sebagai "Mat Rempit"!  Nampaknya isu yang sama juga dialami oleh negara jiran kita. 

25 Januari 2011

Januari 25, 2011

Benci Dengan Iklan Nuffnang Ini!

Kemunculan iklan daripada Nuffnang memang ditunggu-tunggu oleh oleh pemilik blog tetapi iklan seperti memang tidak dialu-alukan.  Sememangnya betentangan dengan prinsip serta tema blog ini secara terang-terangan.




Malas nak cerita panjang. Kalau ada iklan sebegini di blog ini dalam minggu ini, terpaksalah menghilangkan kempen iklan Nuffnang di blog ini buat sementara waktu.

24 Januari 2011

Januari 24, 2011

Samsung GT-E1080F - Telefon Bimbit Ringkas

Memang sudah lama berniat untuk membeli sebuah handphone asas untuk kegunaan kecemasan dirumah. Untuk telefon bimbit asas harga yang dikira berpatutan ialah dibawah RM100. Memang sudah ada beberapa model telefon bimbit yang berada dalam radar sejak beberapa bulan yang lepas. Namun begitu Samsung GT-E1080F menjadi pilihan.


Samsung GT-E1080F - Review


Kami ke Tesco Bukit Indah semalam. Semasa dibahagian alatan elektrik dan elektronik tiba-tiba terpandang, telefon bimbit Samsung model GT-E1080F yang bertanda harga RM68.88 seunit. Nampaknya inilah telefon bimbit yang sesuai untuk dijadikan telefon kecemasan kerana telah menepati ciri utama iaitu harga.


21 Januari 2011

Januari 21, 2011

Selepas 10 Tahun.. #0

Sudah masuk tahun ke 11 Aku bekerja di sektor swasta. Dalam tempoh itu sudah 3 kali aktiviti penyusunan semula koprat dilakukan. Diantaranya melibatkan penggabungan syarikat, pemindahan operasi ibu pejabat  dan pembentukan anak syarikat yang baharu.  

Ketidaktentuan..

Setiap kali menempuhi aktiviti tersebut perkara yang paling dirisaukan ialah sama ada diri ini masih diperlukan atau tidak.  Tidak dapat dinafikan bekerja di sektor swasta ketidaktentuan sentiasa bermain difikiran.  Bila terlalu difikirkan, ia jadi lebih menakutkan!

Jadi untuk tidak terlalu terbawa-bawa oleh ketakutan tersebut, adalah lebih aman jika tidak memikirkan sangat mengenainya. 

Selepas 10 tahun..

Untuk mengekalkan prestasi selepas 10 tahun bekerja juga merupakan sesuatu yang sukar.  Pada ketika ini motivasi serta dorongan sudah semakin berkurangan.  

Bila dicampur elemen ketidaktentuan dan dorongan serta motivasi yang semakin menurun, kesannya pada diri akan menjadi lebih teruk! Perlu dilakukan sesuatu untuk mengembalikan semula kekuatan.





19 Januari 2011

Januari 19, 2011

Rubik's Cube - 7 Step Solution Guide

Bagi yang masih belum berjaya membongkar misteri Kuib Rubik, sila baca panduan ini untuk mendapat lebih kefahaman bagaimana cara yang mudah untuk menyelesaikannya. Permainan popular bagi Generasi X [Link] ini tentunya amat mencabar minda.

Memang ramai yang cuba bermain permainan ini tetapi putus asa di pertengahan jalan kerana kecewa tidak dapat menyelesaikannya.

Sesekali cuba lari dari konsol permainan video dan digital tentu menarik! 





18 Januari 2011

Januari 18, 2011

Heterochromia Iridum - Persoalan Akhirnya Terjawab

Gambar kucing istimewa ini diambil pada tahun 1995 ketika sedang makan di satu majlis perkahwinan di Kuala Selangor. Memang pada mula tidak menyedari ada sesuatu yang istimewa tentang kucing ini tetapi apabila diperhatikan dengan agak teliti barulah terperasan yang kedua-dua matanya berlainan warna! Terus mencapai kamera untuk diambil gambarnya. 


Pada zaman itu kamera masih menggunakan filem, jadi tidak dapatlah melihat hasilnya pada masa itu juga. Terpaksa hantar ke kedai untuk dicuci dan bila sudah siap memang sah ia adalah seekor kucing yang istimewa!

Sebenarnya apa yang dialami oleh kucing tersebut disebut "Heterochromia Iridum" merujuk tentang ketidaksamaan warna mata, kulit serta rambut yang disebabkan oleh faktor genetik, penyakit atau kesan daripada kecederaan.

15 Januari 2011

Januari 15, 2011

Lain Pula Jadinya..

Alhamdulillah.. Beg yang ditebus tempohari telah pun sampai ke rumah pada 12/01/2011. Penebusan mata ganjaran tersebut cuma memerlukan 3 hari bekerja untuk diproses dan seterusnya penghantaran dilakukan. Syabas diucapkan pada Bonuslink kerana perkhidmatan yang cemerlang yang telah diberikan.



Beg ini ditebus bagi menggantikan beg Azza yang sudah menunjukkan "tanda-tanda penuaan" dan  masalah dibahagian zipnya.  


Apabila sudah sampai di rumah lain pula jadinya. Nurin Iman dan Nurin Amani pula yang berebut-rebut sesama mereka. Masing-masing cuba memujuk emaknya  supaya memberikan beg tersebut kepada mereka. 

12 Januari 2011

Januari 12, 2011

Lelaki Lebih Nampak Cool Bila....

Kalau dahulu sebelum berkahwin lelaki memang malu bila diminta untuk membawa beg wanita. Bila sudah berkahwin dan mempunyai anak tentunya lelaki sudah tidak berkira sangat untuk membantu isteri membawa beg tangan, walaupun ia tidak "cool".

 Lelaki membawa beg tangan wanita?


Lelaki membawa beg tangan wanita? Memang merupakan permandangan biasa di majlis-majlis terutamanya di majlis perkahwinan apabila seisi keluarga turut menghadirinya. Bila si isteri terpaksa melayan anak-anak, tugas membawa beg secara automatik diserahkan kepada si suami!



Beg Tangan Wanita 


Entah mengapa setiap kali ke majlis perkahwinan Aku pastinya tertarik melihat lelaki-lelaki yang tidak kisah membantu membawa beg tersebut disepanjang majlis berlangsung.  Disinilah relevannya, lelaki memang perlu memilih beg tangan yang ada ciri-ciri unisex dan mesra lelaki agar penampilan nampak bersesuaian.

10 Januari 2011

Januari 10, 2011

Sabtu, Hari Tanpa Beg Plastik

Seperi kebiasaan, setiap hari Sabtu kami ke hypermarket berdekatan untuk membeli barangan keperluan dapur. Setelah selesai memilih barangan yang dikehendaki, kami beratur dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran. 

Setelah beberapa minit menunggu, sampailah giliran kami.  Sebaik sahaja meletakkan barang-barang dikaunter, kami diberitahu oleh juruwang bertugas pada setiap hari Sabtu beg plastik tidak akan diberi.  Oleh kerana tidak menumpukan perhatian sangat terhadap apa yang dikatakan oleh juruwang tersebut, ia kedengaran pada mulanya seperti pada hari itu beg plastik kehabisan di hypermarket tersebut!   

Apa yang bermain difikiran pada ketika itu ialah "Aiks tempat besar macam ni pun beg plastik boleh habis?".  Mujur juruwang tersebut memberitahu sekali lagi berkenaan kempen "Hari Tanpa Beg Platsik Pada Setiap Hari Sabtu". Jika masih juga mahu menggunakan plastik pada hari tersebut, pengguna akan dikenakan bayaran RM0.20 sen untuk sehelai beg plastik yang diminta. Kemudian barulah kami faham, rupa-rupanya itulah yang diberitahu oleh beliau kepada semua pelanggan yang beratur untuk membayar tadi. 




Tentu meletihkan apabila terpaksa memberitahu berulang-ulang kali ayat yang lebih kurang sama pada setiap pelanggan yang tidak memberi perhatian seperti kami :)  Apa pun langkah ini dianggap amat baik kerana ia bakal merubah pandangan orang ramai terhadap penggunaan beg plastik. Bagi pihak peniaga pula tentunya langkah ini disambut baik kerana secara langsungnya akan menjmatkan kos perniagaan. Kempen yang telah dimulakan di Pulau Pinang dan Selangor ini akhirnya di nasionalkan bermula pada 1 Januari 2011.

Januari 10, 2011

AJL 25 - Tahniah Buat Ana Raffali


Apa lagi yang hendak dikata. Keputusan telah pun diketahui secara rasmi. Tahniah buat Ana Raffali kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)Bakat yang ditemui di YouTube ini memang cukup sensasi.

Siapa kata berbaju kurung atau berkebaya tidak boleh jadi popular? Dia telah membuktikannya :) Tahniah!


08 Januari 2011

Januari 08, 2011

Bonuslink - Redeem A Bag Kali Ke Kedua

Tergerak hati untuk melihat akaun Bonuslink. Segera ke halaman web Bonuslink untuk memeriksa baki terkini pungutan mata ganjaran yang telah terkumpul. Bila diperhatiakan, bermula bulan Februari 2011 sudah ada mata ganjaran yang akan dilupuskan. Jadi terpaksalah membuat penebusan sekarang. Kali terakhir menebus mata ganjaran adalah sekitar tahun 2008.

Tidak banyak barangan yang dapat ditebus jika  mata ganjaran cuma sekitar 6600 mata. Namun begitu terlihat sesuatu yang menarik dibahagian "Simply Bags' iaitu "Simple Dimple Diaper Bag". Memang sedang mencari sesuatu untuk Azza.  Lagipun baru teringat beg yang sedang digunakan sekarang pun sudah bermasalah dibahagian zipnya. Sudah sampai masanya ianya diganti.  Jadi penebusan beg tersebut dibuat secara rasminya sebentar tadi.



Berdasarkan pengalaman yang lalu, proses penerimaan barangan yang ditebus adalah agak cepat. Insyallah beg yang ditebus itu akan sampai ke rumah pada minggu hadapan. 


06 Januari 2011

Januari 06, 2011

MacBook Pro Mengembalikan Semangat

Semalam seorang kawan lama menelefon. Katanya "MacBook Pro" miliknya mengalamai sedikit masalah. Pemacu cakera keras sudah hampir kehabisan ruang! Kemudian, Aku katakan padanya supaya singgah sebentar di pejabat. Nanti kita sama-sama lihat apa yang menyebabkannya hampir meyebabkan ia hampir penuh.



Selepas makan tengahari, kawan tersebut pun sampai di pejabat bersama "MacBook Pro" nya.  Memang dikala sedang tercari-cari "mood" untuk memulakan tahun baru dengan lebih bersemangat, MacBook Pro ini hadir tepat pada waktunya! 

Oleh kerana MacBook Pro ini digunakan sepenuhnya untuk "Photo Editing", suspek utama tentunya fail-fail foto yang berformat "raw" dan "jpeg" lama yang belum dibuang sepenuhnya selepas kerja-kerja "editing" disiapkan.  Ternyata memang benar, terdapat hampir 10,000 fail yang berformat sedemikian dalam pemacu cakera kerasnya yang tidak perlu ada dalam MacBook Pro tersebut!  

05 Januari 2011

Januari 05, 2011

Proses Mengadaptasi Rutin Terkini

Alhamdulillah, hal berkaitan anak ke sekolah sudah diselesaikan tetapi "mood" untuk bekerja belum pulih sejak masuk ke pejabat buat pertama kalinya untuk tahun 2011 semalam.



Sepatutnya bila sudah masuk tahun 2011,  secara automatik minda akan memberikan semangat yang terbaik untuk memulakan kerja. Namun tahun ini nyata berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

04 Januari 2011

Januari 04, 2011

Hari Pertama ke Sekolah

Semalam, hari pertama Nurin Iman secara rasminya ke sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Beliau bangun seawal jam 6 pagi dengan penuh bersemangat. Tak sabar nak ke sekolah katanya. Melihat anak yang bersemangat untuk ke sekolah tentunya membakar semangat kami untuk menghantar dan menemaninya ke sekolah. 

Maklumlah banyak perkara yang kami risaukan dan yang pastinya kami tidak mahu terlepas peluang melihat dia di hari pertama persekolahannya. Harapan kami semoga dia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru serta rakan-rakan yang baru.



Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!
Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!



Memang diakui apabila Nurin Iman memasuki alam persekolahan sebenar, aktiviti persekolahannya memang cukup padat. Sesi persekolahan untuk sekolah kebangsaan bermula pada 7:20 pagi sehingga 1:20 tegahari manakala sesi persekolahan untuk sekolah agama pula bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. 

Pulang sahaja dari sekolah kebangsaan, beliau hanya mempunyai lebih kurang 1/2 jam untuk bersiap dan pergi ke sekolah agama manakala sebaik pulang dari sekolah agama terus ke kelas mengaji.  

02 Januari 2011

Januari 02, 2011

Tahun 2011 Menjanjikan Seribu Harapan



Rasanya masih belum terlambat buat blog ini mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua pengunjung dan kenalan.  Maklumlah terlalu menumpukan terhadap anak sulung kami yang bakal memulakan tahun 1 secara rasminya esok membuatkan banyak perkara lain diketepikan buat seketika.

01 Januari 2011

Januari 01, 2011

Dulu 3M Sekarang 4M

Aktiviti pertama pada tahun 2011 yang dilakukan ialah melengakpkan proses pendaftaran dan menghadiri taklimat di sekolah kerana anak sulung kami secara rasminya ke darjah satu pada tahun ini. 

Tahun ini pelajar tahun 1 adalah kumpulan pertama yang mengikuti modul baharu kurikulum yang dikenali sebagai KSSR bagi  menggantikan KBSR. KSSR  ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang lebih memberi penekanan terhadap 4M  iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah - KSSR


Ada banyak yang dibertitahu ketika menghadiri taklimat di sekolah pagi tadi tetapi ada 2 perkara yang benar-benar menarik perhatian iaitu 

  • Menaakul 
  • Penilaian Berasaskan Sekolah